Hanya kerana kesilapan Zahida melaporkan kepada polis dan mendedahkan dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan dia kehilangan wang berjumlah RM200,000 pada Mac 2012 dan pelakon Zahida menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman Azemi pemandu peribadinya, akhirnya membongkar satu hubungan terlarang antara Zahida Rafik dan Shafie Apdal.
Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya memanfaatkan isu ini mendedahkan salah laku Shafie Apdal ketika itu. Shafie Apdal hanya mampu menafikan dan acah-acah mengugut secara perundangan pihak yang mengaitkannya dengan Zahida.
Gaji Shafie sebagai Menteri dan Ahli Parlimen baru RM30K. Dari mana Shafie dapat duit yang banyak setiap bulan untuk Zahida? |
Pada 18 April 2012, Noor Azman Azemi dan Zuraida mendedahkan penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi mendedahkan transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik. Soalannya dari mana dana sebanyak itu diperolehi Shafie Apdal diberi kepada Zahida Rafik?
Transaksi itu ialah pada ;
Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember - RM333,000
Januari 2012 - RM510,000
Selain Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta di alamat 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.
Mungkin ketika itu Shafie Apdal masih bergelar Menteri dan mempunyai hubungan yang baik dengan Dato' Seri Shukri Arif Timbalan Pesuruhjaya SPRM maka siasatan dibuat dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Azman yang disoal kira-kira 20 soalan oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Timbalan Pegawai Penyiasat tidak didedahkan hingga ke hari ini. Malah mungkin aduan serta kes itu ditutup!
Jika disemak dari urusan perniagaan dan pendapatan filem tidaklah mampu Zahida memperolehi jumlah itu. Jadi kata kuncinya hanyalah Shafie Apdal Presiden Parti Warisan ini. Malah syarikat Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A) yang diasaskan Zahida atas kasih sayang Shafie Apdal sejak sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) bagi kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant. ( 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008) tetap tidak boleh memberi kemewahan kepada Zahida.
Noble Benchmark |
Lembaran Putih Sdn Bhd |
Begitu juga Noble Benchmark milik Zahida diberi projek 2 buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.
Ini menunjukkan hubungan Shafie Apdal sejak 2004 hingga kes wang hilang meletus tahun 2012 menunjukkan jumlah pemberian Shafie Apdal melebihi 50 juta. Bayangkan Jika setiap kali pertemuan RM 50 ke 100k.
Pengakuan Pemandu Kesayangan Shafie- Vincent
Bagaimanapun menurut info dalaman yang rapat dengan Shafie Apdal seorang Pemandu kesayangan Shafie bernama Vincent ( Seorang India) menyimpan rahsia besar Shafie ini. Beliau dikatakan masih menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot Kuala Lumpur ketika bersama Zahida Rafik. Beliau mengaku Shafie Apdal memang mempunyai hubungan dengan Zahida Rafik malah Zahida kini menjadi Isteri Shafie Apdal. Bagaimanapun Shafie tidak mungkin dapat mengumumkannya. Jadi ketika kes kecoh adalah lebih baik Shafie berdiam diri.
Ketakutan Shafie Apdal ketika kes wang RM200k Zahida Rafik pada tahun 2012 melarat ke tahun 2013 menyebab Shafie Apdal memberhentikan Vinsent sebagai pemandu rasmi Menteri KKLW yang diganti dengan Kartiges. Shafie amat takut dokumen yang ada pada Vincent ditemui atau dibayar pihak tertentu sehingga Vincent menyerahkan kepada pihak lain. Vincent sehingga kini menjadi pemandu kepada keluarga dan anak-anak Shafie di Kuala Lumpur sahaja.
Kerisauan Shafie Apdal bertambah apabila Vinsent turut terlibat dengan kes rasuah (pemalsuan dokumen) dan pengambilan wang dari kontraktor pada tahun 2013. Vincent ditahan reman bersama seorang anak mantan Timbalan Menteri ketika itu.
Kunci Rahsia Shafie Apdal ialah Vincent pemandu kesayangannya ini. Rahsia wanita dan duit Shafie dalam tangannya. Tindakan Shafie memberhentikan Vincent ketika kes kehilangan wang Zahida adalah satu jalan menyelamatkan dirinya dari siasatan. Kemungkinan ketika tahan reman seminggu SPRM Vincent telah mendedahkan info ini kepada SPRM. Shafie Apdal demi menutup kesnya sanggup membayar Vincent. Hingga kini Vincent kaya raya hasil projek Shafie Apdal.
Vincent mengaku ketika projek NKRA KKLW bermula sejak 2010 hingga 2013 banyak projek jalan luar bandar ( JALB), Projek Elektrik Luar Bandar ( BELB), Projek Bekalan Air Luar Bandar ( BALB) Projek Jalan Kampung, dan projek Agensi KKLW Shafie memang kaya raya. Projek Rundingan Terus, Tender Terhad ( Terpilih 10 kontraktor) dan tender terbuka yang dikawal oleh Menteri KKLW menjadikan Shafie dan pegawainya kaya-raya. Duit berjuta kontraktor dari Sabah,Sarawak dan semenanjung dihantar. Mungkin dah berbilion dikutip Shafie Apdal.
Begitulah Zahida mendapat manfaat. Setiap kali Vincent Check in hotel di JW Marriot KL lebih RM50k Shafie Apdal bawa malah sesetengah kes lebih RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW! Jika tidak dari mana Shafie dapat duit sebanyak itu? Gaji Ahli Parlimen dan MP baru berapa ribu sebulan. Setakat RM30k mana mencukupi membiayai kemontokon Zahida Rafik!
Bukti Zahida terima wang dari Shafie dan Pemandu Zahida Menang Kes Saman Malu RM150,000!
Selain wang yang dibuktikan dari penyata bank tamparan hebat buat Zahida dan Shafie apabila Noor Azman pada 27 November 2013 mengemukakan saman malu yang menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.
Beban pembuktian Zahida ialah benarkah ada wang RM200k? wang dari mana? dari siapa? kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah tidak dapat dibuktikan sumbernya. Nampaknya berat kepada pembongkaran skandal wang dan hubungannya dengan Shafie.
Akhirnya kes saman ini dimenangi oleh Noor Azman Azemi Pemandu Zahida.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.
Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya. Malah Zahida diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.
Zahid Rafik di luar Mahkamah Tinggi selepas didapati bertanggungjawab memfitnah bekas pemandunya Noor Azman Azemi pada Februari 2015 |
Malah Hue berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan Zahida mengenai kewujudan baucar yang dipalsukan.
Akhirnya dakwaan Zahida kepada pemandunya melarikan wang RM200,000 sebagai fitnah. Noor Azman bukan sahaja untung duit RM200k atas angin juga kos mahkamahnya terpaksa dibayar Zahida malah dapat lagi RM150,000. Tuntutan semula wang dari Noor Azman juga ditolak. Ya dari segi Moral tindakan Noor Azman sangat buruk kerena mencuri tetapi dari segi teknikal tidak dapat dibuktikan memandangkan Zahida bimbang pemberi wang terbongkar! Apa bila Zahida ada selain pasrah dan menutup kisah pemandu mencuri wangnya. Jika tidak Shafie Apdal pasti akan ke tengah kancah isu semula.
Kalau benar wang itu wang Zahida, pasti Zahida akan berhabis-habisan melawan di mahkamah. Tapi sebab ia wang haram amat sukar untuk mengakui sumber dana tersebut! Barangkali pada henat Shafie dan Zuraida biaeah hilang RM200k dari terdedah banyak info lain.
Apapun kekalahan Zahida di mahkamah tidak mengurangkan kekayaan Zahida. Kenderaan mewah pemberian Shafie Apdal masih ada, rumah pula RM4 juta. Dia kini bahagia keka dengan "si pendek" itu. Anda pula bagaimana?