Wednesday 4 January 2017

RAMPAS HARTA ANAK YATIM GUNA KUASA SPRM KINI BAHRI ISYTIHAR SERTAI PEMBANGKANG?


Bahri sekejab kata tiada kenyataan media, SPRM nafi. Sekarang hendak mengugut hendak dedah. Apa dia lupa bagaimana Bahri dan isteri keduanya Noor Harlina merampas harta arwah Zamly menggunakan kuasa SPRM kononnya siasatan rasuah. Wal hal ini semua agenda Bahri dan Noor Haslina untuk menakutkan Noraihan Che Ali dan aank-anak arwah. Apa nasib anak yatim bernama Muzi?
Harta dirampas..

1.  Kekecewaan terbesar Datuk Bahri Mohd Zin ialah pada penghujung Julai 2016 Kerajaan mengumumkan Datuk Dzulkifli Ahmad dari pejabat Peguam Negara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bermula 1 Ogos 2016. Bukan satu rahsia di SPRM pegawai SPRM pro Shukri (Mantan TKP Operasi) dan Bahri bakal meletak jawatan jika Datuk Dzulkifli menjadi KP SPRM. Malah Datuk Bahri juga telah menghantar beberapa orang pelobi berjumpa YAB PM untuk melantiknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. 

Kenapa dulu tak letak jawatan sahaja. Dedah dan bawa ke mahkamah segala isu
2.  Selepas kisah pembocoran maklumat 1MDB, pemindahan pegawai SPRM serta merta, bersekongkol dengan pembangkang dan mempertikaikan Peguam Negara melangkaui majikannya Ketua Pesuruhjaya SRPM dan ugutan meletak jawatan serta pendedahan bukanlah sesuatu yang baru jika sekira Datuk Bahri bersara awal dan meluahkan rasa kecewanya. Perkara ini sudah dijangka lebih awal. 

3. Portal FMT selepas persaraan Datuk Bahri memetik kenyataan bahri "Saya bersara kerana kecewa, kata pengarah operasi khas SPRM"  mengembalikan sandiwara Bahri dalam politik tanah air dan kurang 24 jam SPRM membuat penafian Datuk Bahri membuat kenyataan seumpama itu. Banyaklah cerita SPIN dari portal FMT dan Malaysiakini selepas itu. Termasuk reaksi marah dan ugutan Datuk Bahri terbaru "Jangan Cabar Saya".  Itulah Bahri dia nafi tetapi sebenarnya sengaja menunggu masa untuk menyerang kerajaan. 

4. Sebelum ini pada 24 JUN 2016 Rafizi mendedahkan bersekongkol dengan SPRM dalam beberapa kes. Bukti dan tindakan beberapa pegawai kanan SPRM yang bias bukanlah baru. Selain kes Lim Guan Eng kes Manikavasagam, Zuraida, kekayaan Adam Rosly malah skandal tanah Paya Indah Wetlands serta komisen SPLASH RM600 juta dengan Azmin sehingga kini tidak selesai. Banyak perkara dan tindakan SPRM pro kepada pembangkang sebelum ini. Hanya selepas Datuk Dzulkifli Ahmad menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM nampak lebih laju tangkapan-tangkapan perasuah bukan sahaja orang politik tetapi penjawat awam dan CEO GLC.



6. Kenyataan Media Rafizi dan Akmal melalui National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada 23 Jun  2017 jelas dan terang Rafizi mengaku betapa Pegawai Kanan SPRM sentiasa bersekongkol dengan pembangkang. antaranya;
"Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini. Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM"

7. Hari ini Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), Akmal Nasir sekali lagi tampil berkata Bahri wajar mendapat perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2012. Nampak tak hubungan mereka? Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan tindakan Bahri. Kita hanya perlu tunggu apa seterusnya beliau lakukan. Menyertai parti pembangkang?

Bahri Guna Kuasa SPRM Rampas harta 
Milik Anak Yatim!






8.
Kisah isteri kedua Bahri Datin Noor Haslina mendedahkan siasatan suaminya dalam Facebook bukan baru. Tahap menjengkelkan bagi keluarga anggota penyiasat. Tidak kurang anak-anaknya. Bahri bercakap soal integriti dan rasuah tetapi dia sendiri akur dan menggunakan kuasanya dalam SPRM untuk menekan Noraihan Che Ali isteri arwah Muhd Zamly Abdulllah pemilik Kolej KIST. Noor Haslina adik  Zamly nekad merampas harta milik abangnya. Haslina menggunakan suaminya Bahri mengarahkan orang-orangnya (SPRM Putrajaya) melakukan serbuan ke rumah dan pejabat Noraihan bagi menghalang Noraihan daripada memasuki premis-premis berkenaan. Laporan polis telah dibuat.








Lihat cara Bahri guna kuasa. SPRM perlu menyiasat dan membuka fail siasatan terhadap salah guna kuasa Bahri. Ini perkara yang boleh menjejaskan nama SPRM. Siasatan oleh Bahri jelas berpilih-pilih. 

9. Kata Datuk Bahri "Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah." Jadi kisah dia menyalahgunakan kuasa sehingga merampas harta pemilik KIST bukan satu isu rasuah?

Sunday 1 January 2017

PERCUTIAN 'MABRUR' MUHYIDDIN TAJAAN ANAK & MENANTU JUTAWAN HANCURKAN PPBM DI MALAYSIA!



1. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan orang kuat kesayangan Mahathir meneruskan gerakan arahan Mahathir untuk menyerang Tan Sri Muhyddin Yassin Presiden PPBM. Sebelum ini menyentuh hal membersihkan nama Presiden dari skandal dengan isteri orang. Kini Khairuddin mempertikaikan  Muhyddin Yassin tidak seharusnya bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir dan menghadapi kemelut dalaman.

2. Khairuddin mempertikaikan tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.



“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.

“Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” 
Muhyiddin di Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya. Kucar-kacir oleh tangan-tangan berebut kuasa. 
3. Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti bersama anak-anaknya Anina Saadudin disingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Ketua Srikandi. Belum masuk Cybertroper Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan kepimpinan parti. Mahathir pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin. Game yang baik membunuh karektor Muhyiddin. 

4. Belum masuk polemik Ezam Mohd Nor keluar PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya, ugutan Anina membocorkan rahsia pemimpin PPBM dan pendedahan Skandal Seks Syed Saddiq Ketua Armada PPBM. Semua ada ketika Muhyiddin bercuti. Tapi Mukhriz tidak membela semua itu. Dia hanya tahu menuduh orang lain. 


5. Dari luar negara ketika sekalipun Muhyiddin dikecam Khairuddin dan orang-orang Mukhriz FB Muhyiddin terus senyap tanpa jawapan. Muhyiddin terus melayan percutian bersama keluarga khususnya bersama anaknya Fakhri Yassin (Pemilik Thriven Berhad) dan anak menantunya Adlan Berhan yang memang kaya raya (Projek Biometrik & BestariNet) dan jutawan hasil projek ketika Muhyiddin berkuasa dulu. Cerita mereka boleh klik di sini.


Fakhri Yassin Anak sulung Muhyiddin. Dikaitkan dengan Panama Papers dengan dua entiti syarikat di British Virgin Islands. Pengerusi Eksekutif Syarikat Thriven Berhad membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun. Tahun 2015 Fakri Yassin telah membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM 130 juta. Menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn Bhd dan Ketapang Capital Sdn Bhd menguasai majoriti saham Mulpha Land (Thriven Berhad). manakala Datuk Adlan Behran anak menantu Muhyiddin menyapu RM4bilion projek BESTARINET YTL juga projek '#BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA melalui syarikat Nexbis Sdn Bhd. Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) konsesi 12 tahun ketika Muhyiddin TPM Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing.

6. Kata Khairuddin anjing Mahathir, PPBM belum mantap, baru ditubuhkan "Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” katanya.

Muhyiddin terus melayan makan mewahnya di Park Hyat Vienna Austria. Dia kata di negara Malaysia GST menyusahkan rakyat, kena jimat, BRIM umpan dan macam-macam lagi. Tapi.......


nenas di Johor tak sedap katanya..... dekat Hyatt sedap.

Boleh menyaksikan karya hebat Pablo Picaso.......Hebat tak Abah......
Relaklah Malaysia. Tunggu abah balik lah..


Boleh sambut birthday party abang jutawan......tak mainlah kat Malaysia






7. Ok apapun tunggu Tan Sri Muhyiddin kembali ke tanah air. Sekarang biarlah dia habiskan dulu percutiannya. Anak dan menantu jutawannya masih belum habis lagi membelanjakan wangnya di Eropah itu. Makin lama Muhyiddin bercuti makin lunyailah dia dikerjakan Khairuddin, Mahathir, Anina dan Mukhriz....


Captain M
1. 1. 2017

Thursday 29 December 2016

SIAPA BONGKAR RAHSIA BESAR KAKI "CLUBBING" KETUA ARMADA PPBM TERLIBAT SKANDAL SEKS?

Sumber gambar: Media sosial- Dengan tercetusnya kisah Syed Saddiq kembali bermakna lengkaplah sudah Skandal Presiden, Srikandi dan  Ketua Armada. Betapa bersihnya pemimpin PPBM. Khairuddin dan Anina mahu Muhyiddin membersihkan nama Presiden. Rakyat mahu tahu!

1. Sehari selepas Anina berkata punya kunci dan hanya TEKAN BUTANG dia mampu merosakkan semuanya "..saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua..."

2. Masih ingat dengan kisah Syed Saddiq Clubbing ketika kecoh menjawab isu "Clubbing' satu ketika sehingga beliau terpaksa mengaku ya beliau memang gemar berkunjung ke Clubbing khususnya ketika berada di luar negara dalam pertandingan debat. Ia bukan sahaja berlaku di Filipina malah di Jerman juga.  Apakah isu clubbing itu punya cerita belakang tabir yang tersembunyi? Ada cerita lain kita tidak ketahui?

Ketua Armada PPBM yang hebat! Yang inikah bakal menjadi ikutan?


3. Kini kira-kira 18 jam lalu satu page FB North Borneo Paparazzi memuat turun print screen Skandal Ketua Armada PPBM. Berkisar kepada pendedahan Haiyan Ugba mantan Pembantu Anina Saadudin dalam Facebooknya yang memaparkan perbualan mesej seseorang yang menyebut nama Syed Saddiq juga Mohd Rafiq  Naizamohideen 







4.  Bagaimanapun perkongsian pendedahan ini oleh sebuah akaun Facebook bernama ‘Hafizi Harris‘ telah mempercepatkan viral kisah inbox rahsia itu ke dalam media sosial. 

Asas posting ini lalah satu pertanyaan dan pencerahan agar SYED SADDIQ memberi jawapan

Menjadi perdebatan panjang dalam facebook Hafizi

5. Bukan hanya Hafizi Haris sahaja yang berkongsi posting page North Borneo Paparazi itu. 



6. Perkongsian portal TV14 dengan tajuk MUNCUL PULA SKANDAL “BLOW THE HORN” PEMIMPIN PPBM? mempercepatkan lagi penyebaran berita mengenai Syed Saddiq Ketua Armada PPBM ini. 



7. Rentetan itu Haiyan Ugba individu yang dikatakan memuat turun status itu membuat penafian BAHAWA BUKAN DIA yang menulis kenyataan facebook itu. Haiyan juga membuat laporan polis agar siasatan dilakukan segera. 



Laporan polis Haiyan Ugba

6. Dalam satu respon Syed Saddiq di Facebooknya  "Dalam dunia Politik, terdapat banyak manusia jijik yang hanya berani untuk melemparkan fitnah sambil berselindung disebalik Haiyan Ugba akan buat laporan polis"



7.  Apapun yang berlaku sekalipun penafian itu dilakukan oleh Haiyan Ugba dalam posting Facebooknya paling utama ialah pendedahan mesej rahsia itu yang memaparkan gambar serta pengakuan dalam perbualan itu. Isu yang penting ialah kebenaran perbualan inbox rahsia itu ketika clubbing. Boleh jadi ada pihak yang hanya mahu menggunakan nama Haiyan Ugba memandangkan beliau sudah terkenal lebih awal dan dengan menumpang nama Haiyan maka lebih cepat ia tersebar. Tujuan utamanya adalah viral yang cepat dan pantas!

8. Syed Saddiq sepatutnya sekali lagi memberi penjelasan bahawa individu atau kumpulan orang dalam gambar bukanlah dia atau rakan-rakannya SKANDAL “BLOW THE HORN" itu bukanlah dia!. kENAPA PERLU TERTUMPU PADA PENYEBARNYA?  

9. Sudah tentu mesej itu sedang berlegar di media sosial melalui beberapa individu. Jika tidak disebar atas nama Haiyan tentunya atas orang lain. Ini mencerminkan moral dan akhlak pemimpin PPBM. Betapa buruknya mereka sehingga terpaksa menerima Pemuda kaki "Clubbing" Presiden Skandal isteri orang dan Ketua Srikandi "Kaki Seks". 

10. Atau Syed Saddiq memberi respon betapa seperti ada perebutan kuasa dan pangkat dalam PPBM. Bukan sahaja Presiden dengan Timbalan, Ketua Srikandi dan juga Ketua Armada yang sekarang punya persaingan dengan Mohd Rafiq Naizamohideen. Bukankah polemik itu telah ada sekarang?

11. Lebih tepat PPBM memang sedang dalam masalah. Apakah Anina Saadudin sedang membuka kunci perlahan atau sedang menekan BUTANG KUNCI mana-mana yang dia ada? Sama-sama menanti.


Wednesday 28 December 2016

VIDEO PENDEDAHAN KENAPA ANINA DIPECAT & SERANGAN TERBARU ANINA KEPADA MUHYIDDIN SELEPAS DIPECAT



1. Selepas dipecat Anina meneruskan kontroversi menyerang Tan Sri Muhyiddin. Sebelum ini Datuk Seri Khairuddin orang kepercayaan Tun M menggesa Muhyiddin membersihkan namanya skandal dengan isteri orang. Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu. 



2. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November dan dipecat 25 Disember lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya

3. Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan. Ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara pemecatannya  kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden. 


"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," katanya.
4. Pendedahan Skandal Seks Anina adalah faktor besar pemecatan Anina namun tidak disangkal sikap Anina yang suka mendabik dada, sombong dan mahu menentang Mukhriz dibelakang tabir mempercepatkan lagi pemecatan itu. Bagi Mukhriz tentu ini peluangnya untuk meranapkan Anina yang bercita-cita besar sebagai Ahli Parlimen Langkawi. Pendedahan audio dan video kesombongan Anina seperti video di atas mula tersebar siapa Anina sebenarnya.

5. Perang Anina terhadap Muhyiddin dan Mukhriz mungkin akan lebih menarik lagi selepas ini.


Tuesday 27 December 2016

BARU "ROUND 1" BELUM 4 KALI PANCUT, SKANDAL ANINA SUDAH MULA MERUNTUHKAN PPBM- SYABAS ANINA!



1. Tiga bulan parti PPBM atau kurang 100 hari didaftarkan Skandal Anina menampakkan kesan keruntuhan awal PPBM. Seperti kata Anina "hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,"



2. Bermula dengan permainan layaran perbualan seks whatapps Anina, pancutan 4 kali (jadi tagline), beberapa audio seks Anina, info grafik Anina dan satu gambar menampakkan Anina serta belakangnya di sebuah hotel. Pemberitaan kecoh dari blog masuk ke portal seterusnya pick up media cetak Sinar Harian akhirnya merebak dengan cepat. Musuh-musuh Anina yang pernah Anina Peralatkan guna duit membayar rumah, kereta dan perbelanjaan Anina sebaiknya digunakan. Pengakuan Toyboy dan kaki seks oleh Haiyan Uqba Pembantu Khasnya menambahkan kepercayaan rakyat. Kenyataan Facebook dan komen para mantan Pembantu Anina sangat berkesan sekali memberi tekanan kepada Anina dan pucuk pimpinan PPBM. Pemain-pemain blog dan media sosial memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang mereka dapat dari pelbagai sumber. Mereka adalah pejuang sebenar Anina tumbang!


Siapa TOYBOY?

Sumber Gambar: media sosial

SUMBER GAMBAR: MEDIA SOSIAL- Mempercepatkan polemik dan viral Anina ialah kebencian bekas pegawai dan rakannya. Yang pernah guna wang bayar rumah, kereta, belanja dll atas faktor janji Anina nanti jika beliau
mendapat jawatan penting. Akhirnya semua mereka ditinggalkan. Toyboy Anina masih ikut ke?

3. 'Setting' serupa itu menghasilkan impak yang besar, persepsi yang melebar masuk ke kampung-kampung hingga ke Langkawi kawasan tempat kelahiran Anina juga desakan pada pucuk pimpinan tertinggi parti. Anina buruk dengan Skandal Seks. Kelemahan Anina terbesar ialah menjawab skandalnya selepas paparan blog menggunakan Facebook sebagai Skandal Seks Adalah Lumrah orang politik tanpa penafian serta Laporan Polis sebagai fitnah terhadapnya. 

Sebelum ini tiada satu media cetak yang pick up isu Anina. Hanya bermain di media sosial sahaja. Sinar Harian pembuka kepada isu ini lebih meluas. Malah para mantan pegawai Anina dan musuh Anina dalam PPBM mengunakan Artikel sinar sebagai serangan bertubi-tubi pada Anina. Isu sebegini pasti merosakkan Srikandi PPBM. Pilihan yang ada ialah pastinya Tun Mahathir dan Muhyiddin menyemak bukti-bukti termasuk rakaman video Anina yang sudah terkeluar dan yang belum terkeluar. Tentunya beri kesan jika ROUND 2 berlaku. Kesan buruk kepada PPBM pasti sangat berat. Langkah terbaik menyingkir Anina secara teknikal

4. Mana mungkin Anina sebelum dilantik Ketua Srikandi dilihat sebagai seorang yang lantang mengkritik PM, menyaman Presiden UMNO di mahkamah malah mentalqinkan Najib di Langkawi menjadi kecut membuat laporan polis menepis Skandal seksnya. Jadi fikiran rakyat amat mudah bertumpu benarlah dakwaan itu.

5. Nampaknya belum pun Round 2 Anina dan PPBM runtuh. Baru Round 1, Mereka akhirnya ditunjukkan satu persepsi rakyat betapa parti baru itu caca marba, berebut kuasa, mengaku pemimpin PPBM tiada kualiti, kaki pau, kaki skandal seks, rasuah politik dan segala macam lagi. 

6. Sedangkan bukti lain untuk Round 2 iaitu beberapa video dan audio serta gambar masih belum lagi dipaparkan di media sosial. Nampaknya biarlah ia disimpan menunggu PRU14 nanti. Pasti menarik kalau-kalau Anina menjadi calon Langkawi. Namun nampaknya Mukhriz Mahathir yang mengintai ruang di Langkawi lebih bijak dari Anina. Beliau membiarkan Anina ditikam oleh persepsi rakyat di Langkawi.  


7. Sudah dijangka Skandal Seks Anina bakal mengorek semula kisah skandal Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee Siew Yee isteri Stanley Clement Augustin seorang peguam dan bekas timbalan pendakwa raya apabila Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal kerana memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu kelihatan adil bersih dan saksama. Katanya Muhyiddin tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya.

“Jika Skandal Seks Anina Ketua Srikandi PPBM viral di media sosial; rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan tuduhan kes skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dulu,” - Khairuddin. 

8. Kisah Skandal Muhyiddin lebih jelas kerana berdasarkan akuan berkanun (SD) yang ditandatangani  memperincikan tindakan seksual fizikal oleh suami Nika Gee. SD itu juga telah diakui secara rasmi ke dalam mahkamah dalam kes perceraian mereka juga. Huraian yang terperinci seperti dalam portal Malaysia-today.net. Tentunya suami Nika Gee seorang peguam berhati kental untuk mendedahkan rasa malu kes melibatkan isterinya ini.





9. Skandal Seks Anina dan Muhyiddin berbeza tetapi ada satu persamaan iaitu kedua-duanya Anina dan Muhyiddin tidak menafi skandal mereka tetapi menjawab dalam Facebook secara berbunga-bunga sebagai tuduhan. Anina tidak melaporkan kepada polis atau menyaman pembantunya yang melabelkannya sebagai kaki seks dan punya Toyboy. Begitu juga Muhyiddin tidak melaporkan kepada PDRM atau menyaman Raja Petra juga pembuat SD suami Nika Gee Stanley Clement Augustin. Mengapa? takut dan benar?

10. Ternyata hanya satu cuitan pada PPBM yang kurang 100 hari itu sudah bergoncang. Lebih santai UMNO dan BN hanya makan pop corn menonton drama PPBM dan Khairuddin. Elok Mahathir mengambil kira pegawai saranan pegawai kesayangannya Khairuddin;

“Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku,”  
“Majlis tertinggi parti mesti mengambil pendekatan tegas ke arah membersihkan imej parti yang semakin tercalar kebelakangan ini,”
Amacam PPBM Muhyiddin kena turun? Belum pancut 4 kali dah makin melemah!

Sumber gambar: Media sosial- Namun adakah kisah Anina akan terhenti selepas Anina digugurkan? atau ada lagi yang menarik?

Saturday 24 December 2016

KERAJAAN PUSAT SEPATUTNYA MERAMPAS SPLASH & PENGURUSAN AIR SELANGOR BUKAN BAGI MUKA PADA AZMIN


Menteri patut mencabar Azmin Sekarang. Tarikh ambilalih Splash tamat Oktober lalu malah sudah menghampiri hujung tahun 2016.  Dah hilang telur ke Menteri ni. Kalau Azmin boleh guna kuasa mengapa Kerajaan Pusat tidak bertegas menggunakan kuasa?

1. Walaupun hampir RM1billion Azmin Ali belanjakan untuk Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masalah air di Selangor dan Lembah Kelang pasti tidak akan selesai.

2. Pada 12 September 2014 Kerajaan Persekutuan dan Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sebuah entiti baharu yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi. Sejumlah RM 9.13bilion dimuktamadkan

3. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).

4. Manakala Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyediakan peruntukan RM1.68 bilion bagi memudah cara pengambilalihan syarikat konsesi iaitu SYABAS, PNSB dan ABASS oleh Air Selangor Sdn Bhd selaras dengan MoU dan HoA Air Selangor. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan memindah milik aset air kepada PAAB secara pegangan pajakan selama 45 tahun dengan jumlah peruntukan yang sama.

5. PAAB juga akan mengambil alih liabiliti syarikat konsesi dan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS dan PNSB yang dianggarkan berjumlah RM7.45 bilion. 

6. Kemudian, PAAB akan memajakkan aset air yang sudah diambil alih kepada Air Selangor yang akan membayar sewa pajakan kepada PAAB pada kadar yang akan dirundingkan kedua-dua pihak dan dimeterai melalui Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Pajakan.

7. Air Selangor Sdn Bhd pula akan diberikan lesen perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA (Akta 655) bagi membolehkannya menjalankan aktiviti merawat dan mengagih air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Tetapi apa terjadi? SPLASH tidak berjaya di ambil alih!


Selagi ada kepentingan selagi itulah masalah air Selangor tidak akan selesai

8. Sehingga tarikh akhir tamat 7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Malah sehingga kini nampaknya polemik itu berpanjangan. Kisah kepentingan Azmin dan Splash yang dijual RM250.6 juta menjadi RM2.7Bilion boleh dibaca di sini. Klik 1, klik 2, Klik 3

9. Pada Mei lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dilaporkan bernada keras sebagai berkata bahawa kerajaan pusat mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016. Sesuatu yang Azmin Ali takuti.

10. Namun Maximus menjadi lemah lembut dengan berkata Kerajaan Selangor perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," kata Ongkili. Kerajaan Pusat sepatutnya sekarang merampas dan ambil alih menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006).



11. Sehingga ke hari ini pengambilalihan Splash dari Gamuda terus melalui jalan buntu. Azmin menjadi bingung kerana pembayaran RM2.7b kepada Splash bakal menjadi isu. Komisen RM400 juta kepada PKR sekiranya urusniaga itu diteruskan dan RM 200 juta lagi diberikan diberikan kepada Anwar secara peribadi untuk gerakan politiknya terdedah. Azmin menjadi bingung sama ada ikut bosnya dalam penjara atau membiarkan sahaja!




12. Lihat sahaja keangkuhan Azmin Ali. Masalah air Selangor dan Lembah Kelang parah dia masih berpolemik dalam menyelesaikan masalah air. TNB selenggara 16 jam pun masalah air boleh tergendala selama 6 hari. Jika tiada tekanan rakyat rasanya isu ini akan lebih berlarutan. Malah rakyat yang menentangnya diugut dan perniagaan disita. Kerajaan pusat sepatutnya bertegas dengan mamat bernama Azmin Ali ini. Masalah air tidak selesai sehingga tarikh yang ditetapkan. Masalah ini akan berlarutan selagi SPLASH tidak berjaya diambil alih. 

Masalah bermula dari Kerajaan Negeri tapi rakyat protes dianggap lebih bodoh
dari haiwan 


13. Kesungguhan kerajaan Pusat menyelesaikan pertikaian pengurusan air sehingga menyuntik dana kepada kerajaan negeri malah meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) adalah bukti keseriusan kerajaan Pusat mengutamakan kebajikan rakyat dalam isu air. Malah Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Projek LRAL2 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Datuk Menteri Besar Selangor terus memantau perkembangan projek LRAL2. Tapi Selangor isu Splash pun tidak selesai!!!

Apapun isu Tuala Jamal telah mempercepatkan penyebaran betapa Selangor tiada air!

Captain M
24 Disember 2016