Saturday, 24 December 2016

KERAJAAN PUSAT SEPATUTNYA MERAMPAS SPLASH & PENGURUSAN AIR SELANGOR BUKAN BAGI MUKA PADA AZMIN


Menteri patut mencabar Azmin Sekarang. Tarikh ambilalih Splash tamat Oktober lalu malah sudah menghampiri hujung tahun 2016.  Dah hilang telur ke Menteri ni. Kalau Azmin boleh guna kuasa mengapa Kerajaan Pusat tidak bertegas menggunakan kuasa?

1. Walaupun hampir RM1billion Azmin Ali belanjakan untuk Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masalah air di Selangor dan Lembah Kelang pasti tidak akan selesai.

2. Pada 12 September 2014 Kerajaan Persekutuan dan Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sebuah entiti baharu yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi. Sejumlah RM 9.13bilion dimuktamadkan

3. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).

4. Manakala Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyediakan peruntukan RM1.68 bilion bagi memudah cara pengambilalihan syarikat konsesi iaitu SYABAS, PNSB dan ABASS oleh Air Selangor Sdn Bhd selaras dengan MoU dan HoA Air Selangor. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan memindah milik aset air kepada PAAB secara pegangan pajakan selama 45 tahun dengan jumlah peruntukan yang sama.

5. PAAB juga akan mengambil alih liabiliti syarikat konsesi dan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS dan PNSB yang dianggarkan berjumlah RM7.45 bilion. 

6. Kemudian, PAAB akan memajakkan aset air yang sudah diambil alih kepada Air Selangor yang akan membayar sewa pajakan kepada PAAB pada kadar yang akan dirundingkan kedua-dua pihak dan dimeterai melalui Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Pajakan.

7. Air Selangor Sdn Bhd pula akan diberikan lesen perkhidmatan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA (Akta 655) bagi membolehkannya menjalankan aktiviti merawat dan mengagih air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Tetapi apa terjadi? SPLASH tidak berjaya di ambil alih!


Selagi ada kepentingan selagi itulah masalah air Selangor tidak akan selesai

8. Sehingga tarikh akhir tamat 7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Malah sehingga kini nampaknya polemik itu berpanjangan. Kisah kepentingan Azmin dan Splash yang dijual RM250.6 juta menjadi RM2.7Bilion boleh dibaca di sini. Klik 1, klik 2, Klik 3

9. Pada Mei lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dilaporkan bernada keras sebagai berkata bahawa kerajaan pusat mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016. Sesuatu yang Azmin Ali takuti.

10. Namun Maximus menjadi lemah lembut dengan berkata Kerajaan Selangor perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," kata Ongkili. Kerajaan Pusat sepatutnya sekarang merampas dan ambil alih menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006).



11. Sehingga ke hari ini pengambilalihan Splash dari Gamuda terus melalui jalan buntu. Azmin menjadi bingung kerana pembayaran RM2.7b kepada Splash bakal menjadi isu. Komisen RM400 juta kepada PKR sekiranya urusniaga itu diteruskan dan RM 200 juta lagi diberikan diberikan kepada Anwar secara peribadi untuk gerakan politiknya terdedah. Azmin menjadi bingung sama ada ikut bosnya dalam penjara atau membiarkan sahaja!




12. Lihat sahaja keangkuhan Azmin Ali. Masalah air Selangor dan Lembah Kelang parah dia masih berpolemik dalam menyelesaikan masalah air. TNB selenggara 16 jam pun masalah air boleh tergendala selama 6 hari. Jika tiada tekanan rakyat rasanya isu ini akan lebih berlarutan. Malah rakyat yang menentangnya diugut dan perniagaan disita. Kerajaan pusat sepatutnya bertegas dengan mamat bernama Azmin Ali ini. Masalah air tidak selesai sehingga tarikh yang ditetapkan. Masalah ini akan berlarutan selagi SPLASH tidak berjaya diambil alih. 

Masalah bermula dari Kerajaan Negeri tapi rakyat protes dianggap lebih bodoh
dari haiwan 


13. Kesungguhan kerajaan Pusat menyelesaikan pertikaian pengurusan air sehingga menyuntik dana kepada kerajaan negeri malah meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) adalah bukti keseriusan kerajaan Pusat mengutamakan kebajikan rakyat dalam isu air. Malah Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Projek LRAL2 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Datuk Menteri Besar Selangor terus memantau perkembangan projek LRAL2. Tapi Selangor isu Splash pun tidak selesai!!!

Apapun isu Tuala Jamal telah mempercepatkan penyebaran betapa Selangor tiada air!

Captain M
24 Disember 2016

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI