1. Beberapa bulan lalu sudah ada desas –desus kenaikan harga minyak masak dan pemansuhan Subsidi minyak masak. Tapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak bijak bermain komunikasi. Bermain tarik tali.
2. Akhirnya Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media pada 26 Oktober 2016 mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016
3. Belum reda kenaikan minyak Petrol dan diesel nampaknya sentuhan terus kepada “suri rumah” di dapur menggegarkan negara. Apapun untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik pelbagai jenama 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan keatas) harganya akan mengikut harga pasaran.
4. Katanya tindakan ini dapat mengelak kerajaan daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses). Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan.
SKIM Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) Antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
4. Subsidi minyak masak atau lebih dikenali sebagai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) [1] adalah skim yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu mengawal harga minyak masak untuk pengguna di samping untuk menampung kerugian yang dialami pengilang dan pembungkus minyak masak akibat kos minyak sawit mentah yang tinggi.
5. COSS mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2007 sebagai salah satu langkah-langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
6. KPDNKK sendiri memaklumkan sejak Mei lalu mereka mengaktifkan skim penstabilan harga minyak masak di pasaran tempatan memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan paras harga siling semasa dikekalkan. Sejak Mei mereka berusaha bertahan untuk Harga siling bagi bungkusan paket minyak satu kilogram ialah RM2.50 manakala minyak dalam botol masing-masing seberat satu, dua dan tiga kilogram ialah RM3.30, RM6.25 dan RM13.35. Namun pada 1 November KPDNK dan MPIC tewas.
7. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yang bertanggugjawab memberi kelulusan Kouta Minyak Masak Bersubsidi Mei 2016 berkata kerajaan membayar balik kerugian yang dialami oleh pengilang dan pembungkus minyak masak secara berperingkat-peringkat, dengan anggaran pembayaran balik sebanyak RM145.41 juta bagi tempoh Januari hingga Mei lepas.
8. Tuntutan yang diterima antara Januari dan April 2016 berjumlah RM74 juta. Daripada jumlah itu, bayaran pertama sebanyak 10 peratus yang bernilai RM7.4 juta, melibatkan 11 kilang penapis dan 193 pembungkus minyak masak, pada 18 Mei 2016. Bayaran balik selebihnya akan berdasarkan semakan terhadap borang tuntutan serta borang sokongan. Tarikh akhir ketika itu untuk menghantar borang tuntutan ialah pada 30 Jun 2016.
9. Boleh anda bayangkan berapa agaknya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bayar kepada pengilang dan pembungkus minyak masak pada Ogos- Oktober 2016? Jadi menuduh KPDNKK seorang sahaja belum cukup.
10. Berikut menunjukkan Subsidi minyak masak yang telah dibayar oleh kerajaan kepada pengilang dan pembungkus minyak masak bersubsidi
11. Sejak 2010 misalnya kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperolehi oleh kerajaan.
12. Kerajaan Malaysia hanya mengutip cukai dan levi ke atas hasil kelapa sawit iaitu duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit (palm kernel), levi minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit. Secara purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi minyak masak tahunan RM1 billion setahun.
13. Jadi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia, penjualan-penjualan berkaitan minyak kelapa sawit diraih oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit dan kerajaan hanya mengutip duti dan levi melalui jualan tersebut. Adalah jelas hasil pendapatan berkaitan kelapa sawit yang dikutip kerajaan tidak dapat menampung subsidi minyak masak yang dibelanjakan setiap tahun. Subsidi minyak masak ini juga menggalakkan penyeludupan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, malah para pemborong dan peruncit juga menyorok bekalan minyak masak.
Tapi siapakah puncanya?
14. Pertama, Kerajaan mesti mengawal pemberian kelulusan kepada Syarikat yang mendapat Kouta Minyak Masak Bersubsidi di negara ini. Jika ada 23 pengilang dan 193 Pembungkus Minyak masak ( mungkin lebih) kerana mereka ada satu dari puncanya ketirisan subsidi. Di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak /Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) subsidi dibayar kepada mereka. MPIC dan MPOB yang meluluskan kouta ini harus melantik syarikat yang layak.
15. Walaupun ada pelbagai syarat ketat namun ada syarikat yang tidak layak dan menjual kouta mereka kepada pihak lain. Bayangkan kouta minyak masak bersubsidi di jual negara yang mempunyai keuntungan lebih tinggi berbanding dalam negara. Dikatakan minyak bersubsidi yang dijual dalam negara syarikat pembungkus mendapat keuntungan minima RM0.30 sen perKg berbanding dijual di luar negara RM3.00 PerKg. Jika ada kouta minyak masak 200 tan sebulan pun dah banyak!
16. Di peringkat ini pegawai-pegawai atasan MPIC dan MPOB harus diberi perhatian.
17. Kita tidak mahu pengilang dan pembungkus minyak bersubsidi bersekongkol dengan pemborong, peruncit dan pihak-pihak lain menyebabkan minyak bersubsidi tidak sampai kepada rakyat.
18. MPIC dan MPOB juga harus bertegas mana-mana syarikat diberi kelulusan kouta minyak masak bersubsidi jika terlibat dan menyalahgunakan lesen mereka, maka lesen mereka perlu ditamatkan.
19. Kedua, Penguatkuasaan dibawah KPDNKK kerana merekalah yang melaksanakan tanggungjawab dalam semua Skim Penstabilan Harga Barang bukan setakat Harga Minyak Masak. Para Penguatkuasaan KPDNKKlah yang akan bertindak menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
20. Jika Para Pegawai KPDNKK ini melakukan rasuah bersekongkol pengilang, pembungkus, pemborong, pengedar dan peruncit keadaan akan lebih buruk. Kouta Minyak Masak bersubsidi yang sepatutnya dibekalkan ke satu kawasan tidak dihantar mengikut jumlah sebenar. Namun Pegawai KPDNKK mengesahkan tuntutan syarikat itu. Belum masuk minyak subsidi yang sampai di pasaraya disembunyikan dan ditukarkan semula kepada bungkusan atau botol supaya dijual tanpa subsidi.
21. Sikap leka dan lalai dalam kerja lebih memburukkan keadaan. Kekurangan Pegawai Penguatkuasa tidak boleh dijadikan alasan. Pegawai harus pergi segera ke meneriksa semua premis. Jangan tunggu aduan sahaja!
21. Para pegawai KPDNKK yang hidup mewah biasanya melakukan cara bijak mencuri subsidi ini. Anda lihat gaya hidup Pengarah KPDNKK di negeri dan cawangan. Apa mereka buat, kenderaan, rumah dan akaun mereka? Jika ada elok laporkan kepada SPRM. Pegawai Gred 44, 48,52 dan 54 di setiap negeri mana mungkin mereka berpendapatan tinggi. Jika hidup mewah bermakna mereka "kawtim" dengan pengilang, pembungkus, pengedar dan peruncit.
22. Ketiga ialah kelalaian agensi kerajaan menjalankan penguatkuasaan di pintu sempadan negara. Mereka gagal mengawal selia pintu keluar masuk negara. Bukan sahaja minyak masak tetapo melibatkan barang lain.
23. Antara laluan penyeludup yang popular adalah Padang Besar di Perlis; Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Hulu di Perak serta Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor di Kelantan. Dalam masa sama, kawasan bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Brunei tidak terlepas menghadapi masalah tersebut.
22. KPDNKK, Jabatan Imigresen, kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) perlu berfungsi baik. Jauh lebih buruk jika rasuah berlaku berleluasa di kawasan sempadan ini.
23. Dua kementerian ini KPDNKK dan MPIC yang bertanggungjawab terhadap minyak masak bersubsidi mesti bertegas melaksanakan tanggungjawabnya. Penguatkuasaan sepanjang masa. Jangan kerana pengilang, pembungkus, pengedar dan peruncit rakyat menjadi mangsa!
24. Sebagaimana kata Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali berkata operasi berterusan sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak menyorok bekalan yang sepatutnya sampai kepada pengguna.
25. KPDNKK katanya akan memastikan pengilang, pembungkus dan pemborong berlesen mengeluarkan bekalan minyak masak mengikut kuota yang ditetapkan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan bahan itu.
“Isu yang timbul mungkin pengilang ada masalah teknikal dari segi maklumat dan kuota yang ditetapkan, jadi kita akan pastikan pembungkus mendapat bekalan secukupnya daripada pengilang untuk diedarkan kepada pelanggan masing-masing.
“Pengilang, pembungkus dan pengedar mesti laksanakan tugas mereka jika tidak kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya
Harapnya semua masalah ini selesai dengan segera.
No comments:
Post a Comment