Sunday 6 November 2016

DARI LOT TANAH 68054 PAYA INDAH WETLANDS AZMIN LULUSKAN GAMUDA, KINI AZMIN BAYAR EKUITI SPLASH ( GAMUDA) RM2.7B, 10 KALI GANDA DARI HARGA RM250.6 JUTA!


1. Gamuda dan Azmin Ali tidak dapat dipisahkan. Hari ini kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim mantan MB Selangor hari ini mempertikaikan Pentadbiran Azmin Ali kerana membayar Splash RM2.7B, 10 kali ganda dari harga asal tawaran iaitu RM250.6 JUTA.


KENYATAAN AKHBAR TAN SRI KHALID IBRAHIM ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.
          5 NOVEMBER 2016
Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah: 

1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:
 

> RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada. 
 
> RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih
Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar. 
 

Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.
 

Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion
 

Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.
 

Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian
 

Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.
 

Di samping itu, pejabat Menteri Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat. 
 

Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.
 

Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
 

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor. 
 

Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

2.  Captain M selama ini konsisten dengan pendedahan bahawa Azmin Ali mempunyai kepentingan dengan Gamuda selaku pemilik tanah Lot 68054 Paya Indah Wetlands yang tidak pernah bertukar status tanah tetapi naik sahaja Azmin sebagai MB, beliau meluluskan status pertukaran tanah Salak Land Development dimiliki oleh Gamuda itu. Proses kelulusannya jelas mempunyai elemen penyalahgunaan kuasa. Apa yang didedah CheGuBard dan dilaporkan kepada SPRM sangat berasas. 

3.  Mac 2016 pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bertukar pembekal baharu kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang mana Azmin Ali MB adalah pemegang sahamnya. Ini menambahkan lagi kerakusan Azmin Ali. 


Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Selepas memiliki Splash bermakna semua pengurusan air di bawahnya

4. Perubahan ini berikutan kerajaan Persekutuan dan Selangor menandatangani empat perjanjian dan penyerahan lesen individu kepada Air Selangor. Susulan termeterainya Perjanjian Utama, tempoh dua minggu diperuntukkan kepada Air Selangor untuk memuktamadkan pengambilalihan jual beli saham Puncak Niaga Sdn Bhd Berhad (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Bagaimanapun Splash diberi ruang lagi hinggalah oktober 2016. 

5. Dalam tempoh perundingan jual beli Splash, Azmin masih sempat memberi kelulusan status Lot tanah 68054 Paya Indah Wetland bernilai RM784.3 juta milik Salak Land Development Sdn Bhd (Milik Gamuda). Betapa istimewanya Gamuda di mata Azmin. 


MARI KITA LIHAT KRONOLOGI HUBUNGAN AZMIN ALI MB SELANGOR LULUSKAN STATUS  LOT TANAH 68054 KAWASAN PAYA INDAH WETLAND MILIK GAMUDA SEHINGGA KEPADA PENJUALAN SYARIKAT PENGELUAR AIR SELANGOR (SPLASH/ GAMUDA)


6.  Persoalan yang masih bermain difikiran rakyat. Mengapa Azmin Ali luluskan pertukaran status tanah itu? Sedangkan 4 MB Selangor termasuk Tan Sri Abdul Khalid telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland.  Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau. 

 

7. Ternyata pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD. Telah juga dibuktikan bahawa perubahan status tanah turut dilobi oleh proksi Azmin Ali, AMK Gombak.

Zainol Abidin Mohamed Ahli Majlis Ampang Jaya. Kaya raya hasil projek Azmin Ali. Adakah beliau juga terlibat sebagai penghubung Gamuda (Splash) dengan MB Selangor?

8. 20 Ogos 2014, Investor Central yang berpusat di Singapura membuat "survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur?

Apakah jawapannya soalan -soalan di atas? 

SPRM perlu meneliti laporan Chegu BARD pada 26 Ogos 2016. Dengan perkembangan terbaru ini jelas Azmin punya kepentingan dengan Gamuda Berhad pemilik Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands


4 Ogos 2014:
- Gamuda Berhad mengumumkan membeli tanah Salak Land Development Sdn Bhd milik Dato’ Tan Leong Min dan semua kepentingan dalam syarikat itu bernilai RM 784.3 juta. Salak Land kini adalah anak syarikat dalam Gamuda Berhad. Media massa melaporkan pembelian ini pada 5 Ogos 2014. 

26 Febuari 2014:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

9 September 2014:
- GAMUDA mendaftar tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atas nama GAMUDA BERHAD

5 Disember 2014:
- Gamuda Berhad bercadang menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Duabelas.

24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan. 

9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. 

6 April 2015:
YAB Azmin Ali MB terus bekerjasama dengan Kumpulan Gamuda. Azmin Ali merasmikan Pusat Pemborong GM Klang bersama Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok. Gamuda mahu menjadi pemborong antarabangsa sehenti terbesar dan komprehensif di Malaysia sekali gus menjadikan Klang, Selangor sebagai sebuah pusat perdagangan serantau.

25 Mei 2016:
Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. 

9 April 2016:
Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama Geran Lot tanah 68504 kepada GAMUDA BERHAD.

1 Ogos 2016.
Azmin ketika sidang Dun Selangor menjawab rundingan air dengan Splash akan muktamad pada oktober 2016


6 Mei 2016

Sehingga tarikh akhir tamat  7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," kata Ongkili. 

Pada Mei, Ongkili dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan pusat mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016.Sesuatu yang Azmin Ali takuti.



4 November 2016
Apa seterusnya?  Azmin Ali menuduh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH). Kata Azmin tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,” 

Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk "score".

5 November 2016
Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan media berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada Splash. Benarkah dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim? Dokumen KDEB mengesahkan tawaran RM250.6 juta itu.






Inilah situasi "win win" antara Azmin Ali dan Gamuda. SPRM perlu sekali lagi menyiasat hubungan istimewa Azmin Ali dengan Gamuda ini. Semua permintaan Gamuda mudah ditunaikan. Adakah Azmin Ali sedang mencari dana pilihanraya? atau memang mengkayakan lagi proksinya!

Captain M
6 November 2016 


Lain-lain berkaitan:

Page Jeneral M

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA