Thursday 13 July 2017

TERBARU SKANDAL ZURAIDA PERUNDING HUTANG SYARIKAT PEMIMPIN PKR AMPANG DI YAYASAN SELANGOR


1. Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang selaku Timbalan MPN Negeri Selangor yang juga Ketua Wanita PKR berhdapan dengan skandal baru iaitu penglibatan beliau dalam membantu syarikat Naib Ketua PKR Ampang Abdul Latif Shaari iaitu "TREMENDOUS PROGRESS SDN BHD" yang berhutang dengan Yayasan Selangor RM233,833.00 

2. Sebuah NGO Inspirasi Melayu Gombak, dipengerusikan oleh Datuk Zul Azhari Mohamed Juah tampil ke Yayasan Selangor mendedahkan dokumen dan meminta penjelasan Yayasan Selangor apabila nama YB Zuraida Kamaruddin dan bekas YB CC Lee terlibat sebagai perunding hutang dengan Yayasan Selangor.


3. Dokumen memo Yayasan Selangor yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Harta Yayasan Selangor menyebut nama YB Zuraida Kamaruddin sebagai perunding untuk ulasan dan tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar ketika itu. Ini bermakna Zuraida Kamaruddin sebelum itu ada memberikan surat sokongan kepada Yayasan Selangor untuk membantu syarikat 
TREMENDOUS PROGRESS SDN BHD.

4. Susulan pendedahan itu Zuraida pada 12 Julai lalu menyangkal tuduhan beliau menjadi perantara Syarikat Tremendous Progress Sdn Bhd untuk menyelesaikan hutang Yayasan Selangor berjumlah RM233,833 termasuk tidak membayar deposit RM 196,112.00. Kata Zuraida ia tidak berasas dan berniat jahat hanya merujuk surat layang. 



5. Bagaimanapun CheGuBard bekas pemimpin PKR dalam entri terbaru blognya membuat penjelasan bahawa ia bukan surat layang tetapi dokumen rasmi dari Yayasan Selangor. Anda boleh membaca dokumen itu di sini yang jelas dokumen rasmi serta kronologi kes syarikat Tremendous Progress Sdn Bhd  yang gagal membayar hutang sewaan di premis milik Yayasan Selangor. 




6. Persoalannya apa kepentingan Zuraida Kamaruddin menolong syarikat Tremendous Progress Sdn Bhd ini? Zuraida Kamaruddin pasti punya jawapan kerana Abdul Latif Shaari pemilik syarikat adalah orang kanan PKR Cabang Ampang. Anda boleh melihat betapa akrabnya hubungan Zuraida Kamaruddin dengan Abdul Latiff Shaari ini di Parlimen Ampang malah bersama-sama Zuraida mengumpul wang jaminan untuk Adam Rosly yang didakwa di mahkamah baru-baru ini. 





7. Katanya tindakan YAB Tan Sri Khalid menyokong Yayasan Selangor bertegas mengikut undang-undang telah menyebabkan kemarahan Zuraida Kamaruddin. Tidak hairanlah "Kajang Move" pada 2014, Zuraida adalah pemimpin PKR yang paling kuat menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan. Malah bekas YB Lee Chin Cheh yang namanya turut disebut sebagai perunding syarikat sanggup meletak jawatan sebagai Adun Kajang pada 27 Januari 2014 menentang Khalid Ibrahim dengan menukar MB Selangor.

8. Tanda-tanda perbalahan Kem Wan Azizah Presiden dan Kem Azmin Timbalan Presiden PKR juga sedang rancak sekarang. Bagi Azmin Ali yang sebelum ini sudah binggung dengan kes Adam Rosly, kereta mewah Zuraida kini Yayasan Selangor pula Azmin tiada pilihan melainkan berkata jika ada bukti sila lapor kepada SPRM. 

Apa jawapan Zuraida Kamaruddin selepas dokumen melibatkan orang kanan PKR Ampang didedahkan? Apakah terus dengan permainan surat layang?

Captain M
13 Julai 2017




3 comments:

  1. zuraida mak lampir kaki rasuah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Sama2 pecah amanah.. memang mati la org melayu.. mereka main kroni samapai mati..

    ReplyDelete