Tuesday 14 November 2017

SHAFIE SAMAN THE STAR KERANA DEDAH RM48 JUTA SERTA 14 SYARIKATNYA TAPI TUDUH MUSA AMAN DI PARLIMEN "DIA SYOK"




1. Peguam baru kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Dato' Seri Shafie Apdal telah menghantar notis tuntutan kepada Star Media Group Berhad berkenaan satu laporan khas yang diterbitkan akhbar The Star pada 29 Oktober lalu. Shafie mendakwa artikel bertajuk "MACC sifting through the flow of RM48 million cash" itu bersifat fitnah.

2. Sebenarnya ada dua media utama saja yang berani menyiarkan artikel RM48 juta dan juga 14 syarikat dikaitkan Shafie Apdal itu iaitu The Star dan The Malaymailonline. Satu lagi ialah portal berita milik kawan Shafie Apdal sendiri iaitu The Malaysiainsight.com   kelolaan Jahabar Sadiq. 



3. Notis tuntutan yang dihantar firma guaman Law Practice of Rafique mendakwa laporan itu menjatuhkan reputasi Shafie, sedangkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai.
"Artikel itu membuat beberapa dakwaan yang membimbangkan, mengarut dan bernada fitnah," 
4. Apa masalah Shafie Apdal sebenarnya? Ketika ada desas-desus siasatan SPRM terhadapnya beliau pernah berkata bersedia disiasat malah mencabar SPRM menyiasatnya.  Apabila beliau diserang kononnya ditangkap beliau mengarahkan lebih 20 bahagian Warisan melaporkan kepada polis. Apabila realiti Shafie ditahan dan reman SPRM beliau mula berkata 'siasatan ini adalah serangan politik dan berpili-pilih". 
5. Kemuncak isu apabila beliau selepas disiasat SPRM kes rasuah Naib Presidennya Peter Anthony kerana menipu tuntutan RM43 juta UMS. Beliau berang dan masuk ke dalam dewan rakyat serta membuat tuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah pada 7 November 2017 seolah-olah Musa Aman melakukan rasuah wal hal projek Loji Air Sg Intan Semporna adalah bawah kelulusan Shafie Apdal. 
6. Mengapa Shafie Apdal bersikap 'double standard'? dia marah kepada akhbar the star dalam masa sama dia pula boleh membuat persepsi buruk serta tuduhan kepada Musa Aman di Parlimen. Dia tuduh orang rasuah tak apa tapi kritikan kepadanya tidak boleh. Maka Shafie mengupah peguam untuk memohon The Star meminta maaf kepadanya sebelum disaman. Nampak tak pengecutnya Shafie Apdal.
7. Captain M sendiri telah menjelaskan apa yang didedahkan oleh The Star itu dan memperhalusi semula  carta 'The money trail' dana rasuah RM 48 juta dari 14 syarikat itu. Ia satu fakta yang wujud bahawa adik-adik Shafie Apdal telah menerima sejumlah wang dari 14 syarikat yang dikenal pasti itu.  Bagaimana jika kes ini dibicarakan dan mendedahkan fakta-fakta ini? Ia sebenarnya memalukan Shafie Apdal sendiri.
8. Shafie Apdal berkata artikel berita The Star dan SPRM telah menjejaskan proses undang-undang dan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap Shafie dan merosakkan imejnya di mata umum. Apakah artikel berita pendedahannya "Anak buah Musa Aman dapat projek " tidak bertujuan berniat memburukkan seseorang yang tidak ada dalam dewan rakyat serta punya imuniti dalam Parlimen. Pihak yang dituduh tidak berupaya menyaman beliau.  Shafie sendiri tahu LRA Sungai Intan salah satu projek yang disiasat oleh SPRM. Bukankah itu juga menjejaskan proses undang-undang?
Shafie ini cakap tak serupa bikin. Orang sentuh dia mengamuk. Dia kutuk orang tak apa. memang benar-benar lanun bangsat!
Captain M
14 November 2017

No comments:

Post a Comment