Thursday, 16 November 2017

TAN SRI RASHID PPBM BELI TANAH DEKAT ECO MAJESTIC SECARA TUNAI, KKLW BUAT JALAN ATAS NAMANYA DI SEMENYIH

Selepas bersara tahun 2008 sebagai Pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid membeli 15 ekar tanah di Kg Rinching Tengah Semenyih secara tunai sebagaimana dilaporkan ketua kampung Rinching Tengah. Bukan sahaja itu KKLW juga meluluskan Projek Jalan Kampung (PJK) atas nama Tan Sri Rashid menuju ke tanahnya itu kerana orang kampung tidak melalui kampung itu. Nilai tanah di kawasan itu kini lebih  mahal kerana bersebelahan dengan projek Eco Majestic dan Setia Eco Hill1 dan 2. Apakah Tan Sri Rashid akan menjual tanahnya kepada pemaju taikun? Tan Sri Rashid kata akan musnahkan perompak dan penyangak. Agaknya harta yang dia dapat ini hasil dari mana? menabung?

1. Susulan operasi Dato' Sri Jamal di Semenyih mendirikan khemah di luar tapak projek pembangunan Eco Majestic  sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa menipu rakyat menerusi skim Rumah Selangorku yang kononnya telah siap dan kunci diserahkan kepada pemilik tetapi tidak ada satupun Rumah Selangorku dibina hanya projek perumahan mewah yang siap dibina sejak 2008. Projek ini sudah pasti menyebabkan harga tanah melambung tinggi di kawasan terbabit. Umum mengetahui hubungan Azmin Ali dengan EcoWorld tidak boleh dipisahkan. Baca di sini. 

2. Ingat lagi Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari 17 November 2000 hingga bersara 30 Disember 2008?. Selepas bersara beliau membeli 15 ekar tanah di Kg Rinching Tengah Beranang Semenyih secara tunai tidak jauh dari lokasi tanah itu dengan projek Eco Majestic dan Setia Ecohill 1 & 2. 


Paparan lebih jelas

3. Jika ada pihak boleh menjual tanah di kawasan itu RM1.7 juta ke RM 2.7 juta untuk 2.5 ekar anda boleh bayangkan jika 15 ekar! Pastinya Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman ini seorang yang kaya-raya mampu membeli tanah melebihi RM10 juta!

4.  Selepas membeli tanah ini Tan Sri Ab. Rashid pada tahun 2009 menemui Dato' Seri Shafie Apdal untuk meminta peruntukan Porjek Jalan Kampung (PJK) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ketua Setiausaha KKLW ketika itu ialah Datuk Abd Jabar bin Che Nai (2008-23 November 2010). 



5. Maka diluluskanlah peruntukan Projek Jalan Kampung (PJK) atas nama Projek Naik Taraf Jalan Kampung Menurap Jalan Tan Sri Rashid. Jalan khusus dibina untuk ke tanah miliknya sahaja!. Kos jalan RM70 ribu.  Datuk Jabar Che Nai ini juga telah menolong Tan Sri Rashid untuk projek jalan kampung ini. Hari ini selepas Datuk Abd Jabar bin Che Nai bersara kini menetap di Semenyih dan menjadi Nazir Masjid di Bandar Rinching. 



6. Ketua Kampung Rinching Tengah Beranang Encik Bassri bin Ayop boleh mengesahkan perkara ini. Malah Tan Sri Ab Rashid pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa bagi Pembinaan Surau di Sekolah Kg Rinching. Begitulah apa yang disebut oleh orang-orang kampung betapa Tan Sri Rashid ini seorang kaya raya selepas bersara. Beliau tahu tanah di kawasan itu akan menjadi lebih mahal dengan projek perumahan mewah Eco World dan Setia Ecohill.

7. Persoalannya dari mana Tan Sri Rashid memperolehi sejumlah wang berjuta untuk membeli tanah di kawasan itu secara tunai? Tak pa ini kita minta Tan Sri Ab Rashid jelaskan. Memandangkan beliau sekarang adalah Naib Presiden PPBM dan ketika Himpunan Kleptokrasi 14 Oktober lalu berucap berapi-api mahu menghalang penipuan pilihanraya. Antara ucapannya yang menjadi troll netizen ialah;
"Saya bekas pengerusi SPR. Jangan terkejut saya berdiri di sini sebab meluat dengan bos sahaja dahulu. Kebanyakan mereka menipu. Nak tawan hati rakyat bagi sikit tapi mereka makan banyak.  
"Kita perlu sepak semua penyamun penyangak pencuri ini. Bagi semua faham semua bangsa. Selagi kerajaan sedia ada ini memimpin, negara tak kan jadi baik"

8. Memandangkan Tan Sri Ab Rashid terlibat 6 kali pilihanraya umum di Malaysia dan banyak bekerja untuk Tun Mahathir maksud mencuri itu adakah dituju kepada Mahathir atau kepada dirinya sendiri yang akhirnya bersara mampu membeli tanah 15 ekar harga berjuta secara tunai malah meminta KKLW membina jalan kos RM70 ribu? Ini bukan dipanggil penyamun, penyangak ke? Bukankah penyangak jalan yang dibina untuk tanah sendiri bukan rakyat di kawasan itu? Ini bukan salah guna kuasa ke?

Infografik yang tersebar sebelum ini mengenai Tan Sri Rashid

9. Dengar khabar Tan Sri Ab Rashid bakal menjual tanah 15 ekar yang dibelinya kepada pemaju projek Eco Majestic atau Setia Ecohill jika projek di kawasan itu semakin maju. Tan Sri Rashid hanya menunggu nilai tanah semakin tinggi. 

Atau baik Dato' Sri Jamal gegar Tan Sri Rashid ini. Ramai penduduk kampung boleh beri kerjasama.

Captain M
16 November 2017

4 comments:

  1. Alhamdulillah atas tulisan tuan. Seingat sy setiap projek2 kecil kklw diluluskan atas perakuan/cdgn drpd YB kawasan, pegawai daerah,penghulu,pengerusi JKK/ketua kg.

    ReplyDelete
  2. Ada kemungkinan projek jalan luar bandar ini mendapat perakuan Pegawai Daerah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Pengerusi SPM dapat duit banyak dari BN semasa berkhidmat. Jadi dia melabur la dalam hartanah. Dah bersara, mana ada orang nak bagi dedak lagi.

    ReplyDelete
  4. Tak perlu nak fitnah la..Tan Sri Abdul Rashid tu beli tanah di Kg Rinching Tengah sejak dari tahun 90 an lagi..bukan selepas bersara. Boleh rujuk penduduk Kg Rinching Tengah sendiri.

    ReplyDelete