Monday 12 April 2021

RM456 JUTA KTMB! KSU MOT MENGAKU RUNDINGAN TERUS NAMUN 'KUNCI MULUT' LANTIK SYARIKAT CRRC DARI CHINA

 


1. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam sidang medianya pada 7 April 2021 berkata Ketua Setiausaha Kementeriannya Datuk Isham Ishak telah difitnah!. Semua media menyiarkan berita itu. Rakyat tak tahu akhirnya rakyat tahu ada lagi projek Rundingan Terus ratusan juta di Zaman PN



2. Persoalan yang dibangkitkan blog ialah benarkah projek Rundingan Terus untuk kroni? Adakah KSU yang pernah disiasat SPRM terlibat?

3. Apapun penjelasannya jelas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengaku membeli 10 set (enam gerabak) Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menerusi projek Rundingan Terus dan mempertahankan keputusan itu. Ya Perolehan Rundingan Terus!

4. Bagaimanapun kata MOT sebelum Rundingan Terus projek itu telah dibuat secara tender terbuka pada 23 Januari 2020 ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah dan menterinya Anthony Loke DAP. Tender itu kononnya hanya menerima tiga bidaan.


5. Tidak dinyatakan dalam kenyataan media itu siapa syarikat yang menyertainya? Harga yang didedahkan hanya RM615.3 juta, RM533.4 juta dan RM456 juta. Siapa mereka ia kekal misteri.

6. Selepas 5 bulan akhirnya pada 23 Jun 202 MOT menyatakan ketiga-tiga petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal oleh Lembaga Perolehan kerana tidak mencapai kriteria yang ditetapkan.

7. Nampak tak dramanya? Persoalannya tak mungkin dalam tempoh 5 bulan jawatankuasa penilaian tender dan juga Lembaga Perolehan MOT tidak sedar lebih awal kekurangan syarikat menyertai tender. Menjadi kebiasaan kementerian mengadakan ‘Retender’ jika tidak menepati spesifikasi. Lagipun tender itu dibuat di zaman PH dan tidak salah pun tender semula.

8. Alasan kementerian untuk membatalkan tender dan melantik secara rundingan terus kerana proses tender semula akan mengambil masa dan kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren sangat janggal.

9. Kalau dah tahu tiada syarikat kategori pembuatan tren di Malaysia yang layak mengapa buka tender ketika Pakatan Harapan memerintah bulan januari 2020 itu? Lantik saja syarikat pembekal mengapa perlu wayang tender lagi.

10. MOT tahu tidak banyak syarikat yang akan masuk untuk berani bermain harga. Maka hanya 3 syarikat masuk. Kerana apa? Jawapannya para petender tahu siapa yang akan menyertai dan bakal menguasai tender itu khususnya yang mempunyai bekalan terus daripada pengeluar China.

11. Sebab itu Datuk Isham Ishak sebagai KSU menghantar permohonan khas Rundingan Terus kepada MOF. Berdasarkan ulasan KSU MOT dengan segala justifikasi itulah MOF bersetuju meluluskan Rundingan Terus dengan pembekal utama Electric Train Set (ETS) pembekal sedia ada China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) atau anak syarikatnya di Malaysia CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd. MOT kata MOF yang luluskan ialah yang minta kelulusan ialah MOT!

12. Kalau MOT tiada udang disebalik batu mengapa MOT tidak mengumumkan nama CRRC yang memperolehi projek Rundingan Terus itu? Kerana sudah jelas tular di laman sosial surat lantikan CRRC itu. Atau umumkan juga salah satu syarikat menyertai tender itu adalah bawah CRRC yang kini mendapat harga RM456 juta.

Serangan MOT terhadap Presiden RUM

13. Sehari selepas menjawab isu Rundingan Terus ETS, MOT menyerang balas Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan berhubung isu tren Diesel Multiple Unit (DMU).

14. Dengan kenyataan MOT menjawab isu KTMB itu menurut Razak membuktikan bahawa dakwaan RUM selama ini bukan fitnah dan ia adalah  benar!

SYOR BACA : MENJAWAB KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENGANGKUTAN BERTARIKH 8/4/2021



1 comment:

  1. Kerajaan Mahathir hanya bertahan tak sampai 22 bulan dan ternyata benar!!!'

    Mahathir adalah asbab untuk kejatuhan Najib.

    Berbagai bagai plot dan sketsa drama telah dilakarkan Mahathir ,tujuannya hanyalah untuk menjatuhkan Najib walau apa cara sekali pun. Kerana itu adalah "perancangan Nya". Apa yang terjadi kepada Najib adalah ketentuan..perjalanan Najib... tetapi...semua itu bersebab.

    Tetapi sebab dimata manusia, "Najib dituduh mencuri, difitnah jijik menyeleweng, menipu mahupun dan dituduh berbohong"?

    Adakah itu FITNAH? Allah SWT juga berfirman ".bahawa 'kehidupan didunia ini adalah sandiwara'!!!

    Sebagai mana kisah Isa Al Masih yang telah difitnah kerana dikata "menyeleweng dari ajaran sebenar agama Nabi Musa?

    Dan siapakah yang mengiyakan FITNAH tersebut?.

    Bukankah golongan yang berkepentingan iaitu pendeta pendeta dan pembesar pembesar..!?

    Kini proses Rayuan di Mahkamah Rayuan sedang berjalan dan inshaallah, keputusan dlm sedikit masa lagi

    Kes rayuan Najib ini diadili olih 3 orang Hakim. Hukuman belum jatuh sana sini gelaran 'penyamun pencuri' dijaja.

    Hakim sebenar Hakim yang akan membuat keputusan adalah Yang Maha Esa dan tidak mustahil keputusan ini akan diterbalikkan apabila "hati hati mereka ini disentuh olih Yang Maha Esa."

    Perlu diingat pendukong watak yang digambarkan sebagai orang baik yang telah memulakan "sketsa" fitnah jijik ini sebenarnya adalah sebaliknya melalui kartel nya. Semua kartel itu sudah bersara tiada jawatan strategik lagi.

    Walaupun kelompok kelompok ini beriya iya mahu mensabitkan Najib dengan kesalahan ini .. Inshaallah... Inshaallah..Najib akan terlepas dari dakwaaan dengan keputusan 2-1.

    Semuanya bersebab dan asbabnya dan perjalanan pemimpin yang mengaku 'khalifah dan Ulul Amri negara ini sudah tidak jauh..!!

    ReplyDelete