Friday, 12 February 2021

DULU TIPU SPRM KINI MUKHRIZ LUPUSKAN 24.6 JUTA SAHAM OPCOM BERHAD!

 


1. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dilaporkan sekali lagi melupuskan sebanyak 24.6 juta saham biasa dalam Opcom Holdings Bhd sekaligus melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu.

2. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Opcom berkata pelupusan itu dilakukan melalui dua urus niaga perniagaan langsung pada 10 Februari.

3. Dalam satu kenyataan yang berasingan, isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria turut melepaskan pegangan saham utama dalam Opcom.

4. Ia dibuat selepas syarikat milik Norzieta, M Ocean Capital Sdn Bhd menjual sebanyak 18 juta saham melalui pasaran terbuka pada hari Rabu.

Agenda Mukhriz menjual Saham

5. Ramai berpendapat jika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjual sahamnya bermakna ada sesuatu yang beliau akan kejar seperti 15 Julai 2019 Mukhriz menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd

6. Ketika itu Mukhriz masih Menteri Besar Kedah, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan isterinya masih sebagai pemegang utama Saham Opcom walaupun hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan.

7. Pada tahun 2018 sebelum PRU14 media melaporkan Mukhriz Mahathir, menjual 43,600 pada 2 Januari dan dan 605,000 saham pada 3 januari.

Opcom Berhad menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003 ketika Tun Dr Mahathir masih PM ke 4 dan Menteri Kewangan sebelum meletak jawatan.


8. Sejak zaman BN hingga PH Opcom memang terus monopoli projek TM, Opcom Holdings memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia (TM), beberapa hari Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.



Mukhriz menipu perisytiharan harta kepada SPRM

9. Mukhriz Tun Mahathir telah mengisytiharkan harta beliau bersama-sama isterinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25,170,426



10. Bagaimanapun Mukhriz dan isterinya menipu nilai sebenar harta mereka.



SYOR BACA - Mukhriz jual 72,600 saham OPCOM, masih miliki 34.89 juta saham, 21.64% kepentingan tapi tipu SPRM?

11. Kiraannya jika pegangan saham Mukhriz 23.28% saham Opcom sementara isteri beliau memegang 14.11% saham Opcom melalui M Ocean Capital Sdn Bhd. Jadi, jumlah keseluruhan pegangan saham suami isteri adalah 37.39%

12. Berapa nilai Opcom Bhd? Nilai terendah selepas PRU14 adalah sebanyak RM101.59M. Ini bermakna sekiranya Mukhriz dan isterinya memegang sebanyak 37.39% saham Opcom Berhad, sepatutnya nilai harta DS Mukhriz suami isteri adalah RM37,984,501 ketika itu.



13. Mukhriz dan Isteri tipu nilai harta mereka tetapi macam biasa SPRM tak berani memeriksanya apatah lagi Tun Dr Mahathir bapanya adalah PM.

Sekarang mengapa jual?

14. Pasti Mukhriz dan partinya Pejuang sedang mengintai sesuatu. Jika Mukhriz menjual sahamnya pun pastinya proksi telah membelinya. Mukhriz masih memiliki OPCOM melalui saham proksi.

Siapa kata Mukhriz anak atuk tak kaya? 

 

 Captain M
12122021

 

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI