Saturday, 30 January 2021

DENDAM 17 TAHUN BERBALAS! PAS DAKWA ANAK USRAHNYA IBU YATI SEBAR AJARAN SESAT 'AGAMA MELAYU'

 


1. Siapa sangka sekian lama PAS mengkader mahasiswa di kampus kini menjadi Kerajaan? Mereka mempunyai jawatan sebagai Menteri di pelbagai Kementerian. Siapa menyangka PAS boleh bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional? Itulah politik apa saja boleh berlaku. Dulu tiada kuasa kini berkuasa. Siapa menyangka PAS boleh membalas semula anak usrahnya yang khianat kepada PAS?

2. Hari ini kecoh mengenai ajaran ‘Agama Melayu’ yang dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’. Nasrudin Hassan PAS yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu Ibu Yati itu.

Siapa Ibu Yati?

3. Siapa tidak kenal Wan Noor Hayati Wan Alias bekas mahasiswi perkaderan PMI dulu pernah diasuh sendiri oleh Nasruddin Hassan dan PAS. Wan Norhayati Kelantan dalam satu wawancara kontroversi pada Oktober 2004, Wan Norhayati mendedahkan bagaimana parti pembangkang (PAS ketika itu) mempergunakan persatuan yang islamik di universiti untuk mengkaderkan mahasiswa.


"Pada asalnya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) adalah baik, tetapi pihak pihak yang menaunginya (PAS) telah memanipulasi persatuan itu secara underground ke arah politik, jadi berhati hatilah, jangan mudah tertarik dengan jenama Islam yang selalu dilaung-laungkan oleh pihak tertentu" kata Wan Norhayati.



4. Siri kenyataan beliau ketika itu sedikit sebanyak meruntuhkan gerakan mahasiswa pembangkang dikuasai di IPTA Semenanjung Malaysia sebagai anti establisment pro PAS. Jika mahu membaca lebih lanjut mengenai Usrah PAS boleh baca di sini.

5. Yang pasti begitulah produk PAS di kampus dari dulu hingga sekarang. Apa jadi pada PMI PAS sekarang sejak mereka menjadi kerajaan? PMI berpecah dua macam parti mereka juga kepada geng PAS dan Amanah. Selebihnya menjadi pendokong DAP. Produk PMI bertabur dalam parti namun di kampus menjadi lemah.Modus operansi USRAH mereka terpaksa ditukar mendepani cabaran baharu.

Balas Dendam PAS

6. Namun kali ini selepas 17 tahun giliran PAS membalas semula pengkhianatan Ibu Yati / Wan Norhayati kepada PAS ketika itu.  Giliran PAS menggunakan kuasa mereka untuk menangkap Wan Nor Hayati. PAS memegang Menteri Agama, Yayasan malah Menteri Undang-undang. Dilaporkan Ibu Yati juga pernah bergelar wartawan kini membentuk ajaran baharu ‘Islam Melayu atau Agama Melayu’ yang tular melalui video baru-baru ini.

Kata Nasaruddin,

“Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu.

“Menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

7. Nasaruddin berkata beliau mengenai Ibu Yati sejak 20 tahun dulu di zaman perkaderan kampus. Pendek kata anak didik PAS sekian lama dahulu. 

 

                                              Sesat! Tonton Video ini

8. Mengulas lanjut, beliau berkata, ajaran tersebut jelas sesat dan pihak berkuasa agama sedang menyiasat perkara berkenaan bagi mengambil tindakan lanjut.

“Insya-ALLAH, dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

“Bagi agensi dakwah seperti Yadim pula sentiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian akidah serta fikrah,” ujarnya.

Ibu Yati Nafi dan mahu saman Nasruddin

9. Sementara itu Wan Noor Hayati Wan Alias menafikan kenyataan Nasruddin itu.


“Kenapa dia terus jatuh hukum pada saya? Dia (Nasruddin) tidak siasat pun saya.”

10. Wan Noor Hayati memberi tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya menafikan semua tohmahan dan fitnah YDP Yadim, Nasrudin Hassan bahawa saya ada mengeluarkan sebarang kenyataan membawa agama baru, agama Melayu dan ajaran Ibu Yati yang jelas tuduhan berniat jahat dan fitnah yang mahu menjatuhkan reputasi saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dianugerahkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

"Saya juga sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang saman sivil terhadap Yadim.

"Yadim diminta memberi penjelasan dari mana mereka memiliki kuasa mengisytiharkan mana-mana individu sebagai sesat sekali gus mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

11. Wan Noor Hayati yang juga seorang wartawan berkata dia telah membuat laporan polis terhadap Nasrudin di Balai Polis Ampang hari ini.

"Antara fitnah beliau terhadap saya termasuklah kononnya saya melahirkan agama baru iaitu agama Melayu, saya melakukan syahadah pelik Ila Ha Ila Ra Ila Ma dan disambungkan dengan pengakuan 'aku Melayu' sebanyak 7 kali," katanya.

12. Bagaimanapun video yang tersebar dalam di laman sosial jelas menunjukkan perbuatan ‘pelik’ Ibu Yati itu bersama pengikutnya yang tidak menggambarkan sebagai ajaran islam sebenar.



 

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI