Monday 24 January 2022

SPRM DIGESA BUKA SEMULA SIASATAN DR MAZA SKANDAL WANG ZAKAT PERLIS, DANA RM16 JUTA NGO AL QAYYIM

Sebagaimana kes Naveen Kularasa Rasiah. Bagus juga
 kes Dr Maza turut dibuka semula

Sejak akhir-akhir ni  bukan main lagi Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin bermain isu Tan Sri Azam Baki dan SPRM perlu dirombak segala bagai.

Bukan main lagi dia berkata SPRM sepatutnya bertegas bahawa agar satu siasatan adil dan telus dijalankan demi menjaga maruah SPRM.

"SPRM sepatutnya bersuara tegas bahawa demi menjaga maruahnya, menuntut satu siasatan adil dan telus dijalankan.

"Itu sahaja, tanpa memberikan pembelaan awal dalam hal yang majoriti mempertikaikannya.


"Malang sekali jika badan tertinggi yang diamanahkan oleh negara untuk menghapuskan rasuah bersuara dengan tidak profesional dan janggal dalam isu rasuah yang menjadi tugasan utama dan pertama mereka," katanya.


Beliau berkata, kenyataan Azam bahawa akaunnya digunakan oleh adiknya jelas sangat ganjil dan pelik walaupun bagi yang biasa bermain saham ia bukan sesuatu yang ganjil dan perkara biasa. Lagipun adik Azam Baki memang seorang ahli perniagaan Berjaya. Jadi bukanlah isu

Tidak cukup itu 18 januari lalu Suruhanjaya Sekuriti (SC) membersihkan nama Azam Baki selepas siasatan terhadap dakwaan miliknya dan adiknya dan didapati Azam tidak melanggar Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

“SC memutuskan siasatannya dan berdasarkan bukti yang ada, SC tidak dapat secara muktamad memutuskan pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Sicda berlaku,” kata SC dalam satu kenyataan.

Jadi apa lagi Dr Maza mahu? Dia berlagak suci seakan-akan dia tidak pernah disiasat SPRM kerana kepentingan dalam NGOnya sebelum ini.

Dr Maza kaki sembang! Bagaimana dengan kes rasuahnya tahun 2017?

Mari kita lihat kontroversi kes siasatan SPRM kepada Dr Maza pada tahun 2017. Ia kes melibatkan kepentingan projek rundingan terus kutipan zakat IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) milik PAN dan juga kutipan wang NGO Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim RM16 juta yang sepatutnya disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA ) 2001. Sehingga sekarang penyata akaun Al Qayyim itu kekal misteri!

Kes skandal Dr Maza ini hampir-hampir menyebabkan beliau tidak disambung sebagai Mufti Perlis pada tahun 2017.

Apa berlaku ketika siasatan kes itu oleh SPRM Perlis? Dr Maza menggunakan kedudukannya yang baik dengan istana melindunginya daripada disiasat. Beliau meminta tolong agar siasatan NGO AL Qayyim dan isu skandal zakat ini ditutup. 

Siapa pengarah SPRM Perlis tahun 2017? Siapa pengarah siasatan SPRM ketika itu?. Pegawai SPRM mendedahkan info rundingan itu.

Jika benar Dr Maza seorang berintegriti soalan kita kepada Dr Maza, bila dia hendak mendedahkan akaun Al Qayyim yang dikatakan menerima sejumlah wang berjuta dan pernah menerima wang zakat negeri Perlis. 

Mohon SPRM dan Tan Sri Azam Baki membuka semula siasatan kes ini. Jika tak salah mengapa Dr Maza berunding dengan SPRM ketika itu untuk menghentikan siasatan.

Lain-lain mengenai Dr Maza dan Pertubuhan Al Qayyim yang didedahkan Captain M sebelum ini;








Captain M
24.1.2022




No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA