Sunday, 23 January 2022

KES 'PAU' RM20,000 KR NAVEEN PEGAWAI SIVARASA RASIAH MP SUNGAI BULOH WAJAR DIBUKA SEMULA!

 



Pemimpin PH berlagak suci hal rasuah wal hal merekalah pelopor rasuah ketika berkuasa.

MP Sungai Buloh R Sivarasa beranggapan dialah paling suci sehingga menyerang Azam Baki mengenai isu saham walaupun terbukti Suruhanjaya Sekuriti (SC) Azam tidak melanggar Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

MP Sungai Buloh R Sivarasa terlupa beliau sendiri dan anak buahnya mempunyai kes rasuah yang masih disiasat sejak tahun 2017.

Tentu anda masih ingat mengenai KR Naveen anak saudara yang juga Setiausaha politik dan 2 lagi pegawai Sivarasa iaitu Joshua Kalaiselvan dan NicoKam ditahan SPRM 22 September 2017 direman 4 hari kerana terlibat meminta rasuah RM20,000 berkaitan urusan imigresen dan disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM (Meminta/Menerima rasuah).

KR Naveen ni bukan saja 'kaki pau' tetapi banyak terlibat dalam kes skandal perumahaan PKNS menggunakan pejabat guaman Sivarasa Rasiah kutip komisen projek perumahan. 


Kisah KR Naveen sejak 2017 belum didakwa lagi walaupun terbukti mengambil rasuah. 

Kes ini sepatutnya telah didakwa sebelum PRU14 awal namun tidak dilakukan walaupun Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu memberi lampu hijau

Kes ini boleh boleh dibaca dalam artikel atau di sini

ASYIK 'PAU' DUIT SETIAUSAHA POLITIK SIVARASA MP SUBANG DITANGKAP SPRM!


Sivarasa bising KN Naveen bakal didakwa?

Kini Sivarasa bimbang selepas serangannya kes KR Naveen dalam radar SPRM semula.

Captain M setuju kes ini wajar dibuka semula kerana kes dan bukti mencukupi walaupun ‘pau’ ketika itu hanyalah RM20 ribu tetapi rasuah tetap rasuah.

Ahli parlimen PKR itu menegaskan dakwaan itu adalah palsu, berniat jahat dan tidak berasas. Jika ia benar KR Naveen tidak bersalah maka lebih wajar Sivarasa melawannya di mahkamah nanti.

“Saya mahupun kakitangan saya bukan dalam kedudukan untuk mengawal apa tindakan yang akan diambil ketua pengarah Imigresen berhubung perkara yang saya bangkitkan secara terbuka.

“Kakitangan saya juga bukan dalam kedudukan untuk memutuskan apa yang saya akan atau tidak lakukan berhubung perkara itu,” katanya lagi.

Bukan isu pegawai imigresen tetapi KR Naveen mengambil rasuah kononnya boleh menyelesaikan isu imigresen. Jadi sepatutnya buktikan  KR Naveen tidak bersalah dan wang RM20,000 yang dirampas beserta rakaman video SPRM ketika tangkapan itu tidak benar.

Tidak timbul isu ‘Dendam peribadi’ tetapi memang wajar kes -kes SPRM pemimpin PH wajar dibuka dan jika boleh pendakwaan dipercepat.

Pedulikan salah atau tidak heret ke mahkamah dan buktikan mereka menjawabnya di mahkamah.


Jika di Zaman Kerajaan PH, kes Najib, Zahid dan pemimpin UMNO sewenangnya dilakukan termasuk bersekongkol dengan Tommy Thomas Peguam Negara. Mengapa pula kali ini SPRM tidak boleh membuka semula fail-fail siasatan.

Kepada SPRM jika sebelum ini PH, DAP dan MUDA mengheret ke jalan raya mari SPRM wajar membuka kes-kes pemimpin PH DAP yang berlagak suci.

Nanti Captain M bantu mengingatkan mana-mana fail SPRM yang boleh dibuka semula sesuai dengan masa kini terutama pemimpin PH, DAP, MUDA, geng mufti dan pemimpin-pemimpin berlagak suci.

Azam bekas Pengarah Siasatan tentu lebih banyak fail untuk didedahkan!

No comments:

Post a Comment