Pemimpin PH berlagak suci hal
rasuah wal hal merekalah pelopor rasuah ketika berkuasa.
MP Sungai Buloh R Sivarasa beranggapan
dialah paling suci sehingga menyerang Azam Baki mengenai isu saham walaupun terbukti
Suruhanjaya Sekuriti (SC) Azam tidak melanggar Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
(Sicda).
MP Sungai Buloh R Sivarasa
terlupa beliau sendiri dan anak buahnya mempunyai kes rasuah yang masih
disiasat sejak tahun 2017.
Tentu anda masih ingat
mengenai KR Naveen anak saudara yang juga Setiausaha politik dan 2 lagi pegawai Sivarasa iaitu Joshua Kalaiselvan dan NicoKam ditahan SPRM 22 September 2017
direman 4 hari kerana terlibat meminta rasuah RM20,000 berkaitan urusan
imigresen dan disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM (Meminta/Menerima rasuah).
KR Naveen ni bukan saja 'kaki pau' tetapi banyak terlibat dalam kes skandal perumahaan PKNS menggunakan pejabat guaman Sivarasa Rasiah kutip komisen projek perumahan.