Thursday 27 January 2022

SPRM DIGESA DAKWA SHAFIE APDAL KES SKANDAL KKLW RM1.5B YANG TERTANGGUH SEJAK 2017

 


1. ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Jika Tan Sri Azam Baki dan SPRM mahu menunjukkan mereka berkuasa dan melaksanakan tugas, SPRM tiada pilihan melainkan menjalankan segera tugas memburu perasuah, membuka semula fail kes lama dan segera mendakwa pemimpin yang terlibat rasuah.

2. SPRM mesti segera mengalihkan isu bukan membiarkan mereka menjadi bahan serangan oleh blog hantu Edisi Siasat itu yang akhirnya maklumat itu digunakan oleh pemimpin PH memusnahkan imej SPRM.

3. Jika kes rasuah Naveen Kularasa Rasiah anak saudara MP Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah yang juga Setiausaha politiknya kes tahun 2017 ‘Pau RM55,000’ boleh didakwa di mahkamah pada tahun 2022 maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kes-kes lain tahun 2017 atau sebelumnya didakwa sekarang.

4. Kes rasuah RISDA Datuk Peter Anthony yang disiasat dan reman pada tahun 2017 hanya didakwa di mahkamah pada jun  2020 selepas Kerajaan Warisan tidak lagi berkuasa.

5. Begitu juga kes pemalsuan dokumen UMS yang disiasat sejak jun 2014 tetapi mula dibicarakan dengan 15 saksi bermula April 2021. Kini Datuk Peter Anthony diarah membela diri berhubung kes itu. Kes ini menyebabkan Datuk Peter keluar Warisan pada 27 Disember 2021.

6. Kedua-dua kes ini mengaitkan juga Shafie Apdal yang sebelum ini pernah direman SPRM bersama Peter Anthony bermula oktober 2017 berhubung kes rasuah KKLW RM1.5B. Semua tahu Datuk Peter merupakan pemegang wang haram Shafie sejak KKLW hinggalah Peter dilantik sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Pendek kata duit Warisan adalah Peter!

7. Jangka masa bukanlah isu dalam pendakwaan kes. Oleh itu adalah wajar jika SPRM membuka semula kes rasuah Datuk Seri Shafie Apdal melibatkan ketirisan di KKLW RM1.5b itu.

8. Usaha Kerajaan PH dan Menteri Warisan menutup kes Shafie Apdal hanya dengan jawapan di Dewan Negara pada ogos 2018 tidak bermakna SPRM tidak boleh membuka semula kes rasuah Shafie Apdal.

9. Sumber SPRM sebelum ini berkata kertas siasatan rasuah Shafie Apdal telah disiapkan dan sepatutnya didakwa sebelum PRU ke 14 namun tertangguh oleh Peguam Negara Tan Sri Apandi pada tahun 2018.

10. Jadi mengapa SPRM dan Pejabat Peguam Negara tidak mendakwa semula Shafie Apdal?

11. Inilah peluang SPRM kerana Shafie Apdal bukanlah boleh dianggap kes balas dendam Tan Sri Azam Baki.

Dakwa segera Shafie Apdal

12. Sama ada Shafie Apdal salah atau tidak, menang kes atau tidak bukan isu tetapi dakwa dulu di mahkamah sebagaimana kes-kes yang didakwa oleh Peguam Negara lantikan Tommy Thomas.

13. Pada Oktober 2017 melalui sumber sahih SPRM ketika itu Captain M melaporkan SPRM telah menjejak wang RM48 juta dari 14 syarikat yang yang dikawal oleh adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof, Hamid Apdal dan beberapa kontraktor proksi Shafie Apdal. 23 syarikat yang terlibat ketika itu. Namun 9 lagi diberitakan masih disiasat. 

Artikel itu boleh dibaca;

'MONEY TRAIL': RM 48 JUTA DUIT SHAFIE APDAL DITEMUI, 14 SYARIKAT MENGAKU BERI DUIT KEPADA ADIKNYA





Kelemahan Shafie ialah adik beradik dan keluarganya

14. Turut melaporkan bersama berita itu ialah The Star dan The MalaysianInsight. Shafie turut mengugut menyaman the star ketika itu dan menuduh syarikat yang terlibat milik anak saudara  Musa Aman. Sehingga ke hari ini saman ini tidak pernah dilaksanakan.


15. SPRM juga telah membekukan RM180 juta akaun dari beberapa syarikat dan individu termasuk seorang bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW Gred 54 bernama Norhartaty Rahmat mempunyai wang dalam akaun RM29 juta tidak didakwa atas alasan dijadikan saksi utama kes.  Simpan wang RM29 juta sedikit pun tidak didakwa di bawah AMLA! 

16. Lebih buruk ketika Dato’ Sri Shukri sebagai KP SRPM lantikan PH beliau mengarahkan menutup terus kes itu kerana tahu ia akan mendedahkan siapa Shafie Apdal. 

17. Jika jawapannya Norhartaty mengapa tidak dibuka saja kes Shafie?

18. Begitu juga jika kuncinya ialah Taikun Joseph Yu Sin Kong pemilik Syarikat Sinkong Contructions Sdn Bhd yang mengetahui semua urusan memberi rasuah kepada Shafie dan Azis Jamman mengapa membiarkan Yu Sin Kong sekarang lari ke Australia? Sinkong dilaporkan menjual syarikat dan aset-asetnya berpindah ke Australia semata-mata tidak mahu menjadi saksi kes Shafie Apdal lagi.

Sinkong tidak mahu ditahan SPRM lagi. 



19. Oleh itu inilah peluang SPRM untuk mendakwa Shafie Apdal!.Persetan persepsi lain. Biarkan semua isu berbicara mengenai rasuah Shafie Apdal. Tan Sri Azam Baki akan dikenang KP SPRM paling berani jika mendakwa kes Shafie Apdal. 


Captain M
27 Februari 2022


 

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA