Tuesday, 12 December 2023

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini ini.

Berikut adalah senarai yang diumumkan:

1. KEMENTERIAN KEWANGAN

Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan - Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan - Lim Hui Ying


2. KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah - Datuk Rubiah Wang


3. KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN DAYA GUNA AWAM

Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam - Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam - Akmal Nasrullah Mohd Nasir


ROMBAKAN KABINET : SENARAI ‘LOGIK’ MUKA BAHARU, BERTUKAR PORTFOLIO DAN TERKELUAR

 


Rombakan kabinet persekutuan hari ini dijangka menyaksikan pengenalan lima muka baharu serta enam pertukaran portfolio.Itu apa yang dilapor oleh NST. Senarai yang NST sebut mungkin logik memandangkan anak syarikat Media Prima itu mempunyai akses dengan PMO.

Perubahan utama itu dipercayai termasuk pertukaran kepada salah satu jawatan timbalan perdana menteri, pewujudan jawatan Menteri Kewangan II, pengembalian Kementerian Wilayah Persekutuan serta perpecahan sekurang-kurangnya dua kementerian semasa.

Friday, 8 December 2023

JANGAN ASYIK BUAT ALASAN, PERCEPATKAN PROJEK RAKYAT SABAH- ANWAR IBRAHIM



Siapa juga menjadi Kerajaan Persekutuan dan Negeri isu yang sama akan tetap berlaku iaitu kelewatan melaksana projek. Dapat berbiliob ringgit setiap tahun jika Kementerian dan agensi negeri gagal melaksana projek maka dana akan dipulangkan kembali kepada pusat. 

Projek mega seperti Pan Borneo, empangan hidroelektrik dan loji air menelan perbelanjaan yang sangat tinggi.

BERITA PENUH::

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa supaya pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan, tanpa ada sebarang alasan lagi.

Beliau berkata penegasan itu perlu dilakukan kerana terdapat projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di Sabah tertangguh, antaranya Empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang mampu memberi bekalan elektrik dan air yang selesa untuk rakyat.

[VIDEO] SERBU WARGA ASING, LEBIH 30,000 PATI DIUSIR SEJAK JANUARI

 


4 Disember lalu kecoh di media sosial Restoran Damascus terkenal di Bukit Bintang diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi video yang tular, kelihatan sebuah lori Imigresen diletakkan bersebelahan kedai tersebut.



Turut kelihatan beberapa orang pekerja restoran berkenaan menaiki trak itu setelah serbuan dibuat.

Serbuan itu dibuat kerana pekerja kedai berkenaan didakwa tidak mempunyai permit yang sah.

Video yang tular itu nyata mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata menyokong tindakan pihak berkuasa yang mengambil langkah sedemikian bagi membendung masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Tuesday, 30 May 2023

RASUAH PEGAWAI JABATAN AIR SABAH BERAMAI-RAMAI KUTIP KOMISEN 27.5 PERATUS MEMALUKAN

 

Kisah pengambilan rasuah beramai-ramai Pegawai JANS adalah punca masalah air di Negeri Sabah. Duit berbilion ringgit daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian pusat sepatutnya bagi penyediaan kemudahan rakyat tetapi dicuri oleh pegawai JANS.

Saturday, 1 April 2023

Laporan Siasatan SPRM Bukti Hakim Nazlan Langgar Kod Etika Hakim tapi Maimun buat bodoh!



1. Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kini terdedah tular dalam media sosial.

2. Laporan berhubung dakwaan pelanggaran kod etika hakim yang dikemukakan SPRM kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu dikongsi oleh pemilik akaun Twitter mahazalimreturn.