Monday 3 June 2024

DRT Selangor, Projek suami Hannah Yeoh memeningkan kepala DAP?

 


Dulu suami Shahrizat kini suami Hannah Yeoh

Yang dapat Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) Kerajaan Selangor sejak 2021 ialah Asia Mobiliti Technologies syarikat dikuasai Ramachandran Muniandy suami Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tetapi yang salah ialah Hannah Yeoh dan DAP!

Ramachandran Muniandy tidak mendapat projek daripada Kementerian KBS tempat isterinya bertugas maka unsur kepentingan tidak berlaku.

Naratif di luar sana ialah isu moral pemimpin DAP, suami Menteri atau keluarga terdekat dapat projek rundingan terus kerajaan negeri. Rakyat kata jika dulu Shahrizat Jalil didesak meletak jawatan parti kerana suami dan anak dapat projek NFC maka apa beza Hannah Yeoh dan suaminya?

DAP nampaknya bersilat menepis dengan pelbagai jawatan. Jawapan mereka tidak selari malah mengundang lebih besar masalah persepsi rakyat.

Antara infografik tular yang memeningkan DAP