Sunday 8 September 2024

SPRM SIASAT 1BESTARINET YTL: MUHYIDDIN KATA SATU SEN PUN DIA TAK AMBIL, TAPI DR MASZLEE DEDAH MUHYIDDIN MARAH TAMATKAN KONTRAK YTL!

 


Kisah 1BestariNet bukan baru. Captain M pernah membangkitkan isu ini sejak tahun 2017 disiasat SPRM namun belum diambil tindakan penuh. 

Tiba-tiba kecoh semula apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd (YTL) dan memulakan siasatan semula ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) sejak pada 2011.

Butiran siasatan itu menyebut siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion. 

Asas pertama siasatan 1BestariNet ialah kontrak pertama ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan diaporkan sebelum itu dibawa oleh menantunya Datuk Adlan Berhan. 

Kontrak mega jangkamasa Panjang ini mempunyai 3 fasa (fasa satu, fasa satu interim dan fasa dua):


Fasa 1, bermula dari 13 Dis 2011 sehingga 12 Jun 2014, yang melibatkan kontrak bernilai RM 1.1 bilion 

Fasa 1 interim, bermula dari 13 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2016, dan ia melibatkan kontrak bernilai RM 468 juta,

Fasa 2, bermula dari 1 Jul 2016 sehingga 30 Jun 2019 yang melibatkan RM 1.55 bilion

Pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai 'kabel' yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya. Fasa kedua Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khaled terpaksa menandatangani kontrak baru yang telah disusun sedemikian rupa.

Laporan 1Bestarinet dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 jelas menunjukkan betapa buruk perkhidmatan YTL.