Sunday 8 September 2024

SPRM SIASAT 1BESTARINET YTL: MUHYIDDIN KATA SATU SEN PUN DIA TAK AMBIL, TAPI DR MASZLEE DEDAH MUHYIDDIN MARAH TAMATKAN KONTRAK YTL!

 


Kisah 1BestariNet bukan baru. Captain M pernah membangkitkan isu ini sejak tahun 2017 disiasat SPRM namun belum diambil tindakan penuh. 

Tiba-tiba kecoh semula apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd (YTL) dan memulakan siasatan semula ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) sejak pada 2011.

Butiran siasatan itu menyebut siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion. 

Asas pertama siasatan 1BestariNet ialah kontrak pertama ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan diaporkan sebelum itu dibawa oleh menantunya Datuk Adlan Berhan. 

Kontrak mega jangkamasa Panjang ini mempunyai 3 fasa (fasa satu, fasa satu interim dan fasa dua):


Fasa 1, bermula dari 13 Dis 2011 sehingga 12 Jun 2014, yang melibatkan kontrak bernilai RM 1.1 bilion 

Fasa 1 interim, bermula dari 13 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2016, dan ia melibatkan kontrak bernilai RM 468 juta,

Fasa 2, bermula dari 1 Jul 2016 sehingga 30 Jun 2019 yang melibatkan RM 1.55 bilion

Pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai 'kabel' yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya. Fasa kedua Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khaled terpaksa menandatangani kontrak baru yang telah disusun sedemikian rupa.

Laporan 1Bestarinet dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 jelas menunjukkan betapa buruk perkhidmatan YTL. 



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada tahun 2011. YTL melanggar kontrak dan projek lambat diserahkan sehingga tempoh ditetapkan. Namun atas arahan Muhyiddin Yassin syarikat YTL tidak didenda lewat (LED) sebagaimana syarat kontrak. Ia jelas satu salah guna kuasa ketika itu namun siapa berani mengganggu YTL.

Laporan kegagalan YTL dalam PAC tidak menghalang untuk kontrak YTL disambung ke fasa2. Laporan beberapa portal jelas menunjukkan kos-kos tidak masuk akal YTL dalam fasa kedua.




Kontrak YTL yang ditamatkan pada 30 Jun 2019 itu juga jelas mempunyai kos tersembunyi apabila KPM terpaksa menanggung kos caj elektrik sebanyak RM41,881,384.98 melibatkan 2,715 tapak menara telekomunikasi yang tidak pernah dibayar oleh YTL sejak Kontrak Perkhidmatan 1Bestarinet Fasa 2 bermula sehingga 2019. Laporan Ketua Audit Negara membangkitkan perkara ini kerana YTL untung komersial bukan selain kegunaan sekolah sahaja. Di atas kertas kerajaan kerugian pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi melebih RM30 juta setahun.

Siapa akan kena?

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.

"Wallahi, satu sen pun saya tidak ambil," katanya ketika menjawab soalan mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

"Benar ketika itu saya merupakan Menteri Pendidikan tetapi dicadangkan untuk mengadakan tender terbuka, terbuka 'international' dan keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

"Satu daripada rancangan asal program ini adalah untuk semua sekolah di negara kita mempunyai internet. Tetapi soal pelaksanaan itu ada masalah lain, saya tidak tahu apa sebabnya. Mengenai SPRM hendak siasat itu hak dia, saya tidak terlibat dalam soal itu.

Bagaimanapun Dr Maszlee Malik bekas Menteri Pendidikan ketika kerajaan PH mendedahkan dalam tulisan mengenai arahan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu Bestarinet, atau lebih khusus kontrak YTLC dengan KPM yang penuh kontroversi. Saya tidak boleh mengatakan ianya satu-satunya sebab, namun boleh saya katakan itu merupakan antara sebab mengapa PM meminta saya berbuat demikian, di mana menurut beliau di atas permintaan Presiden parti Bersatu Ketika itu.

Sebanyak lima kali saya telah dipanggil oleh PM pada Ketika itu untuk bertemu beliau di pejabatnya untuk berbincang isu ini. Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibuat oleh KPM. Di mesyuarat terakhir Bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini…”, tidak lama selepas itu saya menerima keiriman emel dari beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang beliau amanahkan kepada saya pada Jun 2018 semula kepada beliau. 

Biarlah apa yang berlalu itu berlalu. Saya yakin, sepertimana dalam ucapan terakhir saya sebelum meninggalkan KPM, di atas arahan dan nasihat dari PM Ketika itu, saya dengan berat hati, tetapi rela, menyerahkan semula jawatan tersebut kepada beliau di atas dasar patuh kepada arahan pimpinan dan yakin kepada pimpinan dan kebijaksanaan beliau. Itu telah menjadi sejarah. Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1Bestarinet dan KPM.

 

Jadi bagaimana Tan Sri Muhyiddin tidak tidak terlibat? Dalam keadaan Najib Razak di penjara pun Muhyiddin Yassin masih menjual nama Najib seolah-olah hanya Najib bertanggungjawab. 

6 September lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki SPRM masih belum memutuskan sama ada mereka akan memanggil bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Najib Razak atau tidak berhubung kes tuntutan palsu 1BestariNet.

SPRM masih menyiasat dan meneliti kes itu dan akan memutuskan pihak yang perlu dipanggil memberi kenyataan.

Dalam beberapa siri pendedahan Muhyiddin bukan saja hanya terlibat kes 1BestariNet tetapi juga Projek Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS). Terbaru dalam Projek NiiSe syarikat Iris Corp yang ditamatkan kerajaan.




BACA Projek 1BestariNet dan Biometrik zaman Muhyiddin

i. MUHYIDDIN BUKAN SAJA SAPU RM4BILION BESTARINET YTL TETAPI BOLOT JUGA 'BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA KEPADA MENANTUNYA? DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI?  
ii. KONTRAK BIOMETRIK ANAK MENANTU MUHYIDDIN BAKAL DIBATALKAN?
iii. FAKHRI YASSIN MAHIADDIN DAN ADLAN BERHAN JUTAWAN YANG AKAN MEMBIAYAI KEMPEN MUHYIDDIN PRESIDEN PPBM?

iv. PERCUTIAN 'MABRUR' MUHYIDDIN TAJAAN ANAK & MENANTU JUTAWAN HANCURKAN PPBM DI MALAYSIA!
 
v. SYARIKAT ANAK MUHYIDDIN JUAL TANAH BERNILAI TINGGI TAPI RUGI RM 11 JUTA? ANEH
iv. PERCUTIAN 'MABRUR' MUHYIDDIN TAJAAN ANAK & MENANTU JUTAWAN HANCURKAN PPBM DI MALAYSIA!

2 comments:

  1. Abah kena kecam YTL tepok tangan... Teringat kes Jho Low

    Bilalah Melayu nak berubah...

    Melayu mampos yang mampos Melayu Type C sekali lagi tepok tangan kena bodoh bangangkan


    Mentality low class

    ReplyDelete
  2. Tak serik dangan Jho Low membaruakan orang Melayu . Melayu berbunuhan kaum Jho Low tepok tangan ketawa terbahak bahak lihan sesama barua Melayu mereka berbunuhan

    Kes YTL Bistarinet pun sama... YTL Dan Jho Low tepok tangan lagi yang bodoh bangang barua Melayu

    Selagi barua barua pelihataan Type C jadi pemimpin selagi itu Melayu mundur


    Haaah tepokkk...

    ReplyDelete