Showing posts with label PULAU GAYA. Show all posts
Showing posts with label PULAU GAYA. Show all posts

Friday, 20 January 2017

PROJEK PAIP GAGAL DI PULAU GAYA, RM100 JUTA LESAP, SHAFIE APDAL BAKAL DIHERET OLEH PAC!


PAC BERTINDAK!

1. Perkara yang menggusarkan Shafie Apdal dan gengnya apabila pada 17 Januari 2017 lalu 
Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP) melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah. Mereka cuba memesongkan kes hanya kepada Jabatan Air Sabah yang kononnya kuasa Kerajaan Negeri sahaja dan kes rasuah ditutup akhirnya kembali kemuka mereka apabila dibuktikan dana yang disalur kepada Jabatan Air Sabah adalah dari KKLW. Siapa Menteri KKLW ketika itu?

2. Dr Tan berkata, wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.

“PAC telah pergi ke Kota Kinabalu untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu.
“Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,” 

3. Pada 23 November 2016 media melaporkan  Penduduk Pulau Gaya, kecewa kerana belum menikmati bekalan air bersih walaupun projek bekalan air disalurkan menerusi paip dasar laut dari tanah besar, termasuk tangki utama dengan kos RM93 juta. Projek bekalan air ke pulau Gaya dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) peruntukan KKLW. Projek bermula 26 Disember 2011 dan sepatutnya siap pada 13 September 2015, namun bekalan air hanya sampai di Gaya Resort dan tidak disambungkan ke sekitar kampung seperti dinyatakan dalam skop asal.

4. Menurut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, masyarakat di pulau itu menyuarakan kehampaan mereka kepada beliau menerusi beberapa perjumpaan dan mesyuarat dengan wakil penduduk. Ia menyusahkan kira-kira 10,000 penduduk beberapa kampung di pulau itu belum menikmati kemudahan asas berkenaan. 

5. Bukan itu sahaja selain air, penduduk empat kampung di pulau itu iaitu Lok Urai, Kasuapan, Lobong dan Pulau Gaya Asli juga berdepan masalah bekalan elektrik walaupun kemudahan asas itu sudah disalurkan di Pulau Gaya melalui Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dengan kos RM42 juta KKLW kepada syarikat Teras Eramaju Sdn Bhd. Inipun dibawa oleh pelobi Shafie Apdal!

6. Dr Tan berkata PAC akan memanggil pihak terbabit dalam projek itu, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan mengumpul penemuan itu menjadi satu laporan menjelang 6 Mac ini untuk sidang Dewan Rakyat pada Mac 2017.

“Kami sudah mengadakan kunjungan ke tapak projek. Tetapi, kita tidak boleh meninjau semua projek kerana ada banyak kes yang secara keseluruhannya bernilai berjuta-juta. Kes selebihnya kita akan panggil mereka ketika mesyuarat PAC".

7. Anda boleh membayangkan jika RM3bilion peruntukan projek luar bandar dari KKLW yang disonglap oleh Shafie Apdal dan proksinya ketika beliau sebagai Menteri KKLW disiasat oleh PAC! rasanya semua ini bakal keluar menjelang PRU14!. Sibuklah Shafie Apdal nanti setidaknya menangani persepsi buruk terhadapnya.

Projek Pemasangan Paip Ke Pulau Gaya Fasa 1 yang gagal dilaksana Proksi Shafie Apdal



8. Untuk rekod projek Pemasangan Paip Ke Pulau Gaya Fasa 1 dilaksanakan oleh syarikat WBS CONSTRUCTION SDN. BHD pada tahun 2011 dengan kos RM93,003,861.00. Nombor tender KKLW.T .210/2011. Projek NKRA, Sistem tender terancang kuasa Menteri, permainan teknikal tender dan Lembaga Perolehan KKLW yang mengikut arahan Menteri KKLW. WBS Contruction Sdn Bhd beralamat Penampang ini adalah syarikat yang banyak mendapat projek Tender Terhad KKLW (tender terhad terancang). Maklumat kuasa menteri boleh dibaca dalam pendedahan Captain M sebelum ini. 

9. WBS Contruction ketika itu digunakan oleh Datuk Peter Anthony (kini Naib Presiden Parti Warisan) proksi Shafie Apdal pemilik syarikat Asli Jati Engineering  Sdn Bhd yang juga mendapat projek Bekalan Air Luar Bandar KKLW Daerah Tenom tahun 2011. Hebatnya Shafie Apdal ialah budaya komisennya sehingga 25%. Adik beradiknya dalam projek BALB (air), JALB (Jalan) dan BELB (Elektrik) semua kaya raya mendadak. 


10. Cerita projek tak siap atau kalau siap tapi tak jalan ni bukan sahaja Pulau Gaya tetapi parlimen Semporna sendiri dan pulau lain. Yang Shafie Apdal tahu belanja, proksi buat projek dan dapat komisen. Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah misalnya beri projek kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD. Kos RM47,721,333.00. Apa jadi projek ini? semua melayang.  Air apa yang hendak dirawat? 

11. Begitu juga Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag) Sabah (KKLW.T.40/2011. Melibatkan Pulau Bait, Sumander, Larapan, Selakan, Menampilik, Denawan dan Omadal. Di anugerahkan kepada syarikat proksi Shafie Apdal Ternama Tabah Sdn.Bhd bernilai RM95,282,320.00. Semua hanyut. Lingkup. Akhirnya 3,500 penduduk di Pulau terjejas. Projek ini PAC tak mahu siasat ke?


SARANAN SIASATAN DAN TANGKAPAN 
OLEH PAC & SPRM


12. Captain M tidak akan berhenti selagi pegawai-pegawai
Dato' Ibrahim bin Muhamad dilantik
KSU sejak 24 November 2010
hingga Oktober 2015
KKLW sejak tahun 2010 ini tidak disiasat atau ditahan. Mereka adalah punca utama. Mereka mengetahui maklumat Shafie Apdal, projek, kontraktor, teknikal projek dan kemana dana itu disalurkan. Mereka juga berpakat dengan agensi negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan juga Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Jadi amatlah tidak logik serta masuk akal mereka tidak disiasat. Tangkap maka banyaklah jawapan akan diperolehi. Jika Dato' 
Mohd Arif Ab Rahman KSU hanya 1 tahun 3 bulan tak mungkin Dato' Ibrahim Muhamad tidak boleh disiasat kerana beliau lebih lama dan akur kepada kuasa Shafie Apdal ketika itu. 

Ir Tn Hj Razani seorang lagi mantan Setiausaha Bahagian Teknikal KKLW wajar disiasat. Kini Pengarah JKR. Beliau dikatakan bukan sahaja hidup mewah malah ada pegawai bawahannya berstatus juruteknik di KKLW pun kaya raya mempunyai akaun ratusan ribu ringgit serta punya kereta mewah. Tidak mungkin SPRM tidak dapat mengesan akaun dan juga aset-aset mereka.  Semua urusan teknikal tender Projek infrastruktur KKLW dilakukan oleh SUB Teknikal. 
Projek yang siap dibina dan projek yang gagal disiapkan teknikal diuruskan oleh SUB Teknikal. Selanjutnya klik


PAC wajar memanggil mereka.  Sehingga ke hari ini SPRM tidak menyiasat dan memanggil Norhartaty Binti Rahmat dulu TSUB Infrastruktur KKLW kini di KeTTHA. Banyak urusan projek diurus oleh pegawai ini dahulu. Tender Terhad berbilion ringgit beliau uruskan untuk dihantar ke MOF menggunakan surat Menteri KKLW. Tinggal mewah di Bangi, bercuti di luar negara ditanggung kontraktor KKLW. Shafie Apdal sangat percaya dengan pegawai ini. Lanjut Klik

13. Jika penama-penama ini melaporkan kepada pihak polis tentang laporan ini Captain M pun tak kisah makin laporan dibuat maka makin lajulah proses isu ini tersebar meluas. Yang penting pegawai yang terlibat sejak 2010 dibawa ke muka pengadilan. Selebihnya kita serah kepada SPRM dan PAC. 



Captain M
20 Januari 2017