Sunday, 6 November 2016

DARI LOT TANAH 68054 PAYA INDAH WETLANDS AZMIN LULUSKAN GAMUDA, KINI AZMIN BAYAR EKUITI SPLASH ( GAMUDA) RM2.7B, 10 KALI GANDA DARI HARGA RM250.6 JUTA!


1. Gamuda dan Azmin Ali tidak dapat dipisahkan. Hari ini kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim mantan MB Selangor hari ini mempertikaikan Pentadbiran Azmin Ali kerana membayar Splash RM2.7B, 10 kali ganda dari harga asal tawaran iaitu RM250.6 JUTA.


KENYATAAN AKHBAR TAN SRI KHALID IBRAHIM ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.
          5 NOVEMBER 2016
Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah: 

1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:
 

> RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada. 
 
> RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih
Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar. 
 

Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.
 

Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion
 

Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.
 

Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian
 

Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.
 

Di samping itu, pejabat Menteri Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat. 
 

Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.
 

Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
 

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor. 
 

Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

2.  Captain M selama ini konsisten dengan pendedahan bahawa Azmin Ali mempunyai kepentingan dengan Gamuda selaku pemilik tanah Lot 68054 Paya Indah Wetlands yang tidak pernah bertukar status tanah tetapi naik sahaja Azmin sebagai MB, beliau meluluskan status pertukaran tanah Salak Land Development dimiliki oleh Gamuda itu. Proses kelulusannya jelas mempunyai elemen penyalahgunaan kuasa. Apa yang didedah CheGuBard dan dilaporkan kepada SPRM sangat berasas. 

3.  Mac 2016 pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bertukar pembekal baharu kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang mana Azmin Ali MB adalah pemegang sahamnya. Ini menambahkan lagi kerakusan Azmin Ali. 


Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Selepas memiliki Splash bermakna semua pengurusan air di bawahnya

4. Perubahan ini berikutan kerajaan Persekutuan dan Selangor menandatangani empat perjanjian dan penyerahan lesen individu kepada Air Selangor. Susulan termeterainya Perjanjian Utama, tempoh dua minggu diperuntukkan kepada Air Selangor untuk memuktamadkan pengambilalihan jual beli saham Puncak Niaga Sdn Bhd Berhad (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Bagaimanapun Splash diberi ruang lagi hinggalah oktober 2016. 

5. Dalam tempoh perundingan jual beli Splash, Azmin masih sempat memberi kelulusan status Lot tanah 68054 Paya Indah Wetland bernilai RM784.3 juta milik Salak Land Development Sdn Bhd (Milik Gamuda). Betapa istimewanya Gamuda di mata Azmin. 


MARI KITA LIHAT KRONOLOGI HUBUNGAN AZMIN ALI MB SELANGOR LULUSKAN STATUS  LOT TANAH 68054 KAWASAN PAYA INDAH WETLAND MILIK GAMUDA SEHINGGA KEPADA PENJUALAN SYARIKAT PENGELUAR AIR SELANGOR (SPLASH/ GAMUDA)


6.  Persoalan yang masih bermain difikiran rakyat. Mengapa Azmin Ali luluskan pertukaran status tanah itu? Sedangkan 4 MB Selangor termasuk Tan Sri Abdul Khalid telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland.  Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau. 

 

7. Ternyata pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD. Telah juga dibuktikan bahawa perubahan status tanah turut dilobi oleh proksi Azmin Ali, AMK Gombak.

Zainol Abidin Mohamed Ahli Majlis Ampang Jaya. Kaya raya hasil projek Azmin Ali. Adakah beliau juga terlibat sebagai penghubung Gamuda (Splash) dengan MB Selangor?

8. 20 Ogos 2014, Investor Central yang berpusat di Singapura membuat "survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur?

Apakah jawapannya soalan -soalan di atas? 

SPRM perlu meneliti laporan Chegu BARD pada 26 Ogos 2016. Dengan perkembangan terbaru ini jelas Azmin punya kepentingan dengan Gamuda Berhad pemilik Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands


4 Ogos 2014:
- Gamuda Berhad mengumumkan membeli tanah Salak Land Development Sdn Bhd milik Dato’ Tan Leong Min dan semua kepentingan dalam syarikat itu bernilai RM 784.3 juta. Salak Land kini adalah anak syarikat dalam Gamuda Berhad. Media massa melaporkan pembelian ini pada 5 Ogos 2014. 

26 Febuari 2014:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

9 September 2014:
- GAMUDA mendaftar tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atas nama GAMUDA BERHAD

5 Disember 2014:
- Gamuda Berhad bercadang menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Duabelas.

24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan. 

9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. 

6 April 2015:
YAB Azmin Ali MB terus bekerjasama dengan Kumpulan Gamuda. Azmin Ali merasmikan Pusat Pemborong GM Klang bersama Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok. Gamuda mahu menjadi pemborong antarabangsa sehenti terbesar dan komprehensif di Malaysia sekali gus menjadikan Klang, Selangor sebagai sebuah pusat perdagangan serantau.

25 Mei 2016:
Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. 

9 April 2016:
Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama Geran Lot tanah 68504 kepada GAMUDA BERHAD.

1 Ogos 2016.
Azmin ketika sidang Dun Selangor menjawab rundingan air dengan Splash akan muktamad pada oktober 2016


6 Mei 2016

Sehingga tarikh akhir tamat  7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," kata Ongkili. 

Pada Mei, Ongkili dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan pusat mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016.Sesuatu yang Azmin Ali takuti.



4 November 2016
Apa seterusnya?  Azmin Ali menuduh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH). Kata Azmin tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,” 

Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk "score".

5 November 2016
Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan media berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada Splash. Benarkah dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim? Dokumen KDEB mengesahkan tawaran RM250.6 juta itu.






Inilah situasi "win win" antara Azmin Ali dan Gamuda. SPRM perlu sekali lagi menyiasat hubungan istimewa Azmin Ali dengan Gamuda ini. Semua permintaan Gamuda mudah ditunaikan. Adakah Azmin Ali sedang mencari dana pilihanraya? atau memang mengkayakan lagi proksinya!

Captain M
6 November 2016 


Lain-lain berkaitan:

Page Jeneral M

Saturday, 5 November 2016

HILANG RM100 JUTA? : DUA KEMENTERIAN TERLIBAT. KAWAL PENGILANG & PEMBUNGKUS MINYAK MASAK YANG DIBERI KOUTA MINYAK MASAK BERSUBSIDI & RASUAH PEGAWAI KEMENTERIAN





1. Beberapa bulan lalu sudah ada desas –desus kenaikan harga minyak masak dan pemansuhan Subsidi minyak masak. Tapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak bijak bermain komunikasi. Bermain tarik tali.

2. Akhirnya Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media pada 26 Oktober 2016 mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016

3. Belum reda kenaikan minyak Petrol dan diesel nampaknya sentuhan terus kepada “suri rumah” di dapur menggegarkan negara. Apapun untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik pelbagai jenama 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan keatas) harganya akan mengikut harga pasaran.

4. Katanya tindakan ini dapat mengelak kerajaan daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses). Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan.


SKIM Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) Antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

4. Subsidi minyak masak atau lebih dikenali sebagai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) [1] adalah skim yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu mengawal harga minyak masak untuk pengguna di samping untuk menampung kerugian yang dialami pengilang dan pembungkus minyak masak akibat kos minyak sawit mentah yang tinggi.

5. COSS mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2007 sebagai salah satu langkah-langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

6. KPDNKK sendiri memaklumkan sejak Mei lalu mereka mengaktifkan skim penstabilan harga minyak masak di pasaran tempatan memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan paras harga siling semasa dikekalkan. Sejak Mei mereka berusaha bertahan untuk Harga siling bagi bungkusan paket minyak satu kilogram ialah RM2.50 manakala minyak dalam botol masing-masing seberat satu, dua dan tiga kilogram ialah RM3.30, RM6.25 dan RM13.35. Namun pada 1 November KPDNK dan MPIC tewas. 

7. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yang bertanggugjawab memberi kelulusan Kouta Minyak Masak Bersubsidi Mei 2016 berkata kerajaan membayar balik kerugian yang dialami oleh pengilang dan pembungkus minyak masak secara berperingkat-peringkat, dengan anggaran pembayaran balik sebanyak RM145.41 juta bagi tempoh Januari hingga Mei lepas.

8. Tuntutan yang diterima antara Januari dan April 2016 berjumlah RM74 juta. Daripada jumlah itu, bayaran pertama sebanyak 10 peratus yang bernilai RM7.4 juta, melibatkan 11 kilang penapis dan 193 pembungkus minyak masak, pada 18 Mei 2016. Bayaran balik selebihnya akan berdasarkan semakan terhadap borang tuntutan serta borang sokongan. Tarikh akhir ketika itu untuk menghantar borang tuntutan ialah pada 30 Jun 2016.

9. Boleh anda bayangkan berapa agaknya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bayar kepada pengilang dan pembungkus minyak masak pada Ogos- Oktober 2016? Jadi menuduh KPDNKK seorang sahaja belum cukup. 

10. Berikut menunjukkan Subsidi minyak masak yang telah dibayar oleh kerajaan kepada pengilang dan pembungkus minyak masak bersubsidi





11. Sejak 2010 misalnya kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperolehi oleh kerajaan.

12. Kerajaan Malaysia hanya mengutip cukai dan levi ke atas hasil kelapa sawit iaitu duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit (palm kernel), levi minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit. Secara purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi minyak masak tahunan RM1 billion setahun.

13. Jadi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia, penjualan-penjualan berkaitan minyak kelapa sawit diraih oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit dan kerajaan hanya mengutip duti dan levi melalui jualan tersebut. Adalah jelas hasil pendapatan berkaitan kelapa sawit yang dikutip kerajaan tidak dapat menampung subsidi minyak masak yang dibelanjakan setiap tahun. Subsidi minyak masak ini juga menggalakkan penyeludupan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, malah para pemborong dan peruncit juga menyorok bekalan minyak masak.


Tapi siapakah puncanya?




14. Pertama, Kerajaan mesti mengawal pemberian kelulusan kepada Syarikat yang mendapat Kouta Minyak Masak Bersubsidi di negara ini. Jika ada 23 pengilang dan 193 Pembungkus Minyak masak ( mungkin lebih) kerana mereka ada satu dari puncanya ketirisan subsidi. Di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak /Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) subsidi dibayar kepada mereka. MPIC dan MPOB yang meluluskan kouta ini harus melantik syarikat yang layak. 

Satu contoh surat kelulusan Kuota Minyak Masak Bersubsidi kepada syarikat pada tahun 2015. Berapa jumlah sebenar pembungkus minyak masak bersubsidi? setakat yang dipaparkan dalam media ialah 193 Pembungkus minyak masak. ( mungkin lebih) dari data MPIC.






15. Walaupun ada pelbagai syarat ketat namun ada syarikat yang tidak layak dan menjual kouta mereka kepada pihak lain. Bayangkan kouta minyak masak bersubsidi di jual negara yang mempunyai keuntungan lebih tinggi berbanding dalam negara. Dikatakan minyak bersubsidi yang dijual dalam negara syarikat pembungkus mendapat keuntungan minima RM0.30 sen perKg berbanding dijual di luar negara RM3.00 PerKg. Jika ada kouta minyak masak 200 tan sebulan pun dah banyak!

16. Di peringkat ini pegawai-pegawai atasan MPIC dan MPOB harus diberi perhatian. 

17. Kita tidak mahu pengilang dan pembungkus minyak bersubsidi bersekongkol dengan pemborong, peruncit dan pihak-pihak lain menyebabkan minyak bersubsidi tidak sampai kepada rakyat.

18. MPIC dan MPOB juga harus bertegas mana-mana syarikat diberi kelulusan kouta minyak masak bersubsidi jika terlibat dan menyalahgunakan lesen mereka, maka lesen mereka perlu ditamatkan. 

19. Kedua, Penguatkuasaan dibawah KPDNKK kerana merekalah yang melaksanakan tanggungjawab dalam semua Skim Penstabilan Harga Barang bukan setakat Harga Minyak Masak. Para Penguatkuasaan KPDNKKlah yang akan bertindak menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. 

20. Jika Para Pegawai KPDNKK ini melakukan rasuah bersekongkol pengilang, pembungkus, pemborong, pengedar dan peruncit keadaan akan lebih buruk. Kouta Minyak Masak bersubsidi yang sepatutnya dibekalkan ke satu kawasan tidak dihantar mengikut jumlah sebenar. Namun Pegawai KPDNKK mengesahkan tuntutan syarikat itu. Belum masuk minyak subsidi yang sampai di pasaraya disembunyikan dan ditukarkan semula kepada bungkusan atau botol supaya dijual tanpa subsidi. 

21. Sikap leka dan lalai dalam kerja lebih memburukkan keadaan. Kekurangan Pegawai Penguatkuasa tidak boleh dijadikan alasan. Pegawai harus pergi segera ke meneriksa semua premis. Jangan tunggu aduan sahaja!

21. Para pegawai KPDNKK yang hidup mewah biasanya melakukan cara bijak mencuri subsidi ini. Anda lihat gaya hidup Pengarah KPDNKK di negeri dan cawangan. Apa mereka buat, kenderaan, rumah dan akaun mereka? Jika ada elok laporkan kepada SPRM. Pegawai Gred 44, 48,52 dan 54 di setiap negeri mana mungkin mereka berpendapatan tinggi. Jika hidup mewah bermakna mereka "kawtim" dengan pengilang, pembungkus, pengedar dan peruncit. 

22. Ketiga ialah kelalaian agensi kerajaan menjalankan penguatkuasaan di pintu sempadan negara. Mereka gagal mengawal selia pintu keluar masuk negara. Bukan sahaja minyak masak tetapo melibatkan barang lain. 


23. Antara laluan penyeludup yang popular adalah Padang Besar di Perlis; Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Hulu di Perak serta Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor di Kelantan. Dalam masa sama, kawasan bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Brunei tidak terlepas menghadapi masalah tersebut.

22. KPDNKK, Jabatan Imigresen, kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) perlu berfungsi baik. Jauh lebih buruk jika rasuah berlaku berleluasa di kawasan sempadan ini. 

23. Dua kementerian ini KPDNKK dan MPIC yang bertanggungjawab terhadap minyak masak bersubsidi mesti bertegas melaksanakan tanggungjawabnya. Penguatkuasaan sepanjang masa. Jangan kerana pengilang, pembungkus, pengedar dan peruncit rakyat menjadi mangsa!

24. Sebagaimana  kata Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali berkata operasi berterusan sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak menyorok bekalan yang sepatutnya sampai kepada pengguna.

25. KPDNKK katanya akan memastikan pengilang, pembungkus dan pemborong berlesen mengeluarkan bekalan minyak masak mengikut kuota yang ditetapkan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan bahan itu.

“Isu yang timbul mungkin pengilang ada masalah teknikal dari segi maklumat dan kuota yang ditetapkan, jadi kita akan pastikan pembungkus mendapat bekalan secukupnya daripada pengilang untuk diedarkan kepada pelanggan masing-masing.

“Pengilang, pembungkus dan pengedar mesti laksanakan tugas mereka jika tidak kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya

Harapnya semua masalah ini selesai dengan segera. 

Monday, 31 October 2016

TERDEDAH HUSNI MK2 DAN SUPOL SAPU BERBILION RINGGIT! BILA DIGUGUR KABINET MEROYAN DEDAH IMDB

Lumrah manusia. Dah dapat apa dia hendak semua kata-kata adalah manis. Bila dah tiada mulalah bercakap kononnya atas nama kebenaran dan lain-lain.
Cukup-cukuplah. SPRM bolehlah menyiasat. Sejak sekian lama dan SPRM juga pernah melakukan siasatan terhadap Shamsul Zairil ini.

1. Selepas Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah digugurkan sebagai Menteri Kewangan Kedua beliau berkata;

"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan. 
"Saya percaya bahawa di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," 

2. Hakikatnya semua itu retorik sahaja. Yang paling jelas Kementerian Kewangan telah mengkayakan Husni Hanazlah, SUPOL, para pegawainya dan proksi-proksinya. Kerana sudah terbiasa sejak 2008 menggunakan kuasa Menteri Kewangan maka Husni tak mungkin mahu dipindahkan ke kementerian lain. Disinilah membuktikan wajah-wajah pengikut Anwar Ibrahim atau tidak. Selepas tiada jawatan mulalah mereka meroyan bertanya soalan bodoh di Parlimen walaupun Husni pernah menjawabnya di Parlimen. Semua ini satu cara persepsi memburukkan PM dan Kerajaan. Kerana dendamnya Husni sanggup melakukan apa sahaja.

3. Apa lagi Husni Hanazlah mahu? Berbilion dah mereka rembat dana dari projek-projek Kementerian. Semua projek tender RM 50 juta dan tender terhad kuasa MOF. Jika tidak Menteri Kewangan 1 yang mempengerusikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) maka MK2 akan mempengerusikannya. (JMPK1 atau JPMK2). Banyak lagi kuasa kewangan lain yang Husni amat sayang MOF ini. MK1 sebagai PM penuh dengan kesibukan maka Husni selaku MK2 yang berkuasa pada projek bernilai RM150 juta kebawah merompak dengan penuh cermat tanpa bukti!. Berapa banyak individu dan ahli korporat mendapat pelepasan cukai atau rayuan cukai oleh Husni? 

4. Apakah kerana projek sambungan New Pantai Expressway (NPE) yang bernilai RM2 billion yang anaknya Khalid Ahmad Husni ada didalamnya telah dibatalkan mengundang kemarahannya? 

Husni bukan setakat ini dia boleh rembat. Tanpa minta dengan PM atau MK1 pun dia rembat pelan-pelan. Sebab tu Husni tiada kesungguhan menjawab isu IMDB dan GST. Dia kenyang sendiri. Cuma kali ini dia tertangkap kantoi

Khalid Ahmad Husni

5. Tidak mungkin kerana NPE!. semua kerana kuasa sebagai Menteri Kewangan Kedua. Husni sudah mengumpul kekayaan dari MOF sejak 2008 lagi. Jika tidak percaya anda boleh menyemak kekayaan para pegawainya seperti Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), SUSK, SUS dan Setiausaha Politiknya serta mengenal pasti para macai kontraktornya.

Dari PTTK, SUSK hingga Setiausaha Politik MK2. Husni Hanazlah sangat percayakan beliau. 

6. Salah seorang pegawai kesayangan dan kepercayaannya bab dana dan projek ialah Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin. Sejak 2008 sebagai PTTK hinggalah kecoh mengenai SPRM berhenti sekejab kemudian bila keadaan tenang kembali menjawat jawatan sebagai SUSK kerana kekosongan. Ketika sebagai PTTK pun Shamsul kaya raya kerana ketika projek NKRA 2010-2013 Projek Luar Bandar perlu dilaksana dengan cepat. Maka banyaklah kelulusan tender terhad diberi. KKLW antara kementerian yang banyak melaksana projek ketika itu. Bayangkan setiap kali diluluskan Tender Terhad dan apabila diperakukan semula ke MOF, manusia bernama Shamsul Zairil ini merembat hasilnya. Anda boleh bayangkan ketika Shamsul menjadi SUSK yang mempunyai kuasa lebih besar bagi pihak Menteri Kewangan Kedua. 

Kelulusan tender terhad MOF pun mereka rembat, selepas Lembaga Perolehan A kementerian membuat keputusan kontraktor maka pekeliling menetapkan bahawa Tender terhad RM10 juta ke atas perlu diperakukan oleh MOF. Maka JPMK1 atau JPMK2 menentukan dengan ulasan kertas cantik dari Bahagian Perolehan MOF. Selesai sahaja maka Shamsul Zairil dan pegawai-pegawai MK2 mengutiplah
 wang mereka. 



7. Boleh disebut taikun Sabah seperti Sin Kong, Andrew Wah dan lain-lain lagi yang memberi ratusan juta "komisen' kepada Shamsul Zairil ini. Shamsul Zairil bersekongkol dengan Bahagian Perolehan MOF iaitu Dato' Fauziah Yaacob ketika itu. Baru satu kementerian belum masuk kementerian lain yang melaksana tender terhad, terbuka yang memerlukan kelulusan dan perakuan semula MOF.

8. Menteri Kewangan Kedua lebih berkuasa dari Menteri-menteri lain. Jika Pekeliling kata tidak boleh pun atas kuasa Akta Fungsi-fungsi Menteri dan Akta Kontrak 1949 mereka tetap berkuasa. Kita boleh lihat satu contoh bagaimana Bahagian Perolehan MOF bersekongkol dengan MK2.

Tender Terhad dilulus dalam JPMK 1 tetapi penambahan 1 lagi kontraktor proksi Menteri dan Dato Fauziah dilakukan dalam JPMK2 yang di pengerusikan Husni Hanazlah.  Projek RM 179.5 juta bro!

Kuasa MOF boleh masukkan kontraktor lain. 10 kontraktor yang memohon berpakat tetapi dimasukkan satu entiti kontraktor lain yang tiada dalam pakatan tender. Agak-agak apa jadi?


Selepas keputusan JPMK2 maka surat dihantar kepada kementerian berkaitan. Begitulah berulang-ulang kali MK2 dan para pegawainya boleh melakukannya. 

9. Dengan kuasa seperti di atas agak-agak ada tak Menteri hendak berhenti secara sukarela? Ada satu kes tender Kastam bernilai RM300 juta sentuhan Husni Hanazlah. Yang ni anda baca sendiri dalam blog theunspinners. Yang lain kita muntah satu -satu. Kalau Mr Husni Hanazlah ni bercakap lagi kita beri buah lain pula. 


Sejak 2008 Husni Hanazlah jadi Menteri Kewangan. Bersumpah pula atas nama Allah. Sumpah mereka makan diri sebab tulah mereka ni meroyan!


Captain M
31 Oktober 2016

Sunday, 30 October 2016

KEJUTAN MENGGEGARKAN: DR NAJMIL AKAN DEDAH RAHSIA SHAFIE APDAL ASALKAN DIA DAPAT JAWATAN PENTING DI FELCRA!

Bagaimana agaknya Dato' Dr Najmil mantan SUS Kesayangan Shafie Apdal dapat memujuk YB Dato' Sri Bung Mokhtar Pengerusi FELCRA melantik beliau di jawatan penting Felcra sebagai Ketua Pegawai Seranta Felcra Berhad? Kalau Dato' Seri Shaffie Apdal pun dia lipat inikan Pengerusi dan Perdana Menteri. 

1. Selepas Pengakuan Pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent mengenai Wang Zahida Rafik RM200,000 dulu kini siapa sangka mantan orang kanan Shafie Apdal yang dulunya adalah Setiausaha Sulit (SUS) kepada Menteri KKLW menguruskan segala dokumen, urusan menteri dan projek kementerian membantu SUSK Menteri di KKLW boleh berpaling tadah dengan bos lamanya Shafie Apdal?

2. Berapa banyak urusan sulit, projek dan proksi Menteri dibawah pengetahuannya. Semua rasuah, dana proksi, syarikat proksi Shafie Apdal seperti Datuk Peter Anthony, jutawan Sabah dan Sarawak yang menghantar wang politik dalam pengetahuannya. Hanya perlu tekan butang "hijau" sahaja. Tapi kini beliau sanggup berpaling tadah untuk menyerang dan mendedahkan siapa sebenarnya Shafie Apdal. Sebelum SPRM menyiasatnya ada baiknya bekerjasama.

3. Tidak hairanlah hari ini banyak pendedahan dan info berkaitan Shafie Apdal tersebar. Apakah ini sebahagian dari info yang dibekal Dr Najmil ini? Sama ada secara langsung atau tidak. Kita cuma berharap Dr Najmil benar-benar tampil ke depan melawan secara terang-terangan fitnah Shafie Apdal seperti hal IMDB yang jelas semasa beliau menjadi menteri menerima Fact Sheet IMDB. 

Kamu ada? orang kuat Shafie yang menentang kerajaan dilantik sebagai
 Ketua Seranta? Strategi apa agaknya yang terbukti dia akan lakukan? Selain kaya raya dari hasil SUS bersama Shafie Apdal apa lagi dia boleh lakukan? Kipas?

4. Selepas lama tidak bertuan baru -baru ini Dr Najmil Faiz dilantik sebagai Ketua Seranta Felcra Berhad malah Ahli Lembaga Pengarah di tiga buah anak Syarikat Felcra iaitu 

i) Felcra Processing and Engineering Sdn Bhd
ii) Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd
iii) Felcra Education Services Sdn Bhd

Ia sebagaimana didedahkan dalam Sedutan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Felcra 2016!

Dato' Dr Najmil menjadi 3 BOD pada anak Syarikat Felcra Berhad.
 (Nama-nama lain ditutup).

Pelantikan jelas dalam minit dan disahkan Setiausaha Syarikat

5. Pada awalnya kita hairan bagaimana Dato' Dr Najmil ini membolot jawatan dari Ketua Pegawai Seranta Felcra hingga tiga Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat terus. Ada berpendapat ada baiknya Felcra memberi peluang kepada individu lain supaya fokus pada satu perkara. Rupanya beliau meminta dan melobi dengan Pengerusi Felcra agar syarat beliau mahu mendedahkan rahsia Shafie Apdal adalah beri dia jawatan-jawatan itu. Dengan jawatan Ketua Seranta Felcra inilah nanti dia akan menyerang Shafie Apdal. Guna platform dan sumber kewangan. Nampaknya kita akan bakal menunggu apa serangan Dr Najmil mantan SUS kesayangan Shafie Apdal ini dahulu. Kalau benar ia satu berita yang baik. Tidak sabar melihat Mantan SUS Shafie Apdal membongkar dan mendedahkan tuannya! 

6. Atas sebab itulah mungkin YB Pengerusi Felcra meluluskan nama Dr Najmil sebagai Ketua Pegawai Seranta Felcra Berhad selain 3 jawatan ahli lembaga pengarah di 3 anak syarikat Felcra itu. Dr Najmil mesti menunjukkan kesetiaannya kepada BN dan tidak menjadi "Musang Berbulu Ayam" kepada Shafie Apdal atau tertidur kekenyangan seorang diri atas jawatan, gaji dan elaun yang dia makan. Zaman Shafie Apdal Menteri dia kenyang Zaman YB Ismail Sabri Yaakob Menteri KKLW pun dia kenyang! 

Barisan pasukan seranta Dr Najmil dah ada. Jadi inilah pasukan yang bakal mempertahankan PM dan Kerajaan di kawasan Felcra mereka? Sama-sama tidak sabar menanti kehebatan Dr Najmil menyerang Shafie Apdal


7. Dia kena ingat ada ramai pemimpin parti dan pejuang di luar sana tiada jawatan, gaji atau elaun yang berusaha keras mempertahankan PM Najib, UMNO, BN dan kerajaan. Tidak punya gaji dan elaun atas banyak jawatan. Ketika PM Najib di kutuk mereka bangun pertahankan. Tapi Dr Najmil senang-senang saja punya jawatan yang banyak. walau semua tahu dia pegawai kesayangan Shafie Apdal! Jadi jika ada satu jawatan penting dan 3 jawatan lain dalam anak syarikat tidak berani ke depan berjuang ia satu perkara yang amat memalukan. "No Balls". 

8. Agaknya sekarang ketika Shafie Apdal mengecam PM Najib, Kerajaan dan IMDB sambil menuduh kerajaan menjual 60% Bandar Malaysia kepada China di mana Dato Dr Najmil untuk melawan atau membetulkan Shafie Apdal? Ada? Kalau berani buatlah kenyataan media barulah nampak kesetiaan tu. Bukan makan kiri kanan. Sudahlah zaman berkhidmat sebagai SUS Menteri KKLW kaya raya kemudian kini bertambah lagi kemewahannya.

9. Jadi kita semua tidak sabar apa kehebatan Ketua Seranta dan 3 lagi jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELCRA ini berfungsi. Harap Menteri KKLW YB Dato' Sri Ismail Sabri tengok-tengok sikit Ketua Seranta ini. Jika ramai yang sakit hati nanti Menteri juga yang susah.