Kisah pengambilan rasuah beramai-ramai Pegawai JANS adalah punca masalah air di Negeri Sabah. Duit berbilion ringgit daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian pusat sepatutnya bagi penyediaan kemudahan rakyat tetapi dicuri oleh pegawai JANS.
Kisah pengambilan rasuah beramai-ramai Pegawai JANS adalah punca masalah air di Negeri Sabah. Duit berbilion ringgit daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian pusat sepatutnya bagi penyediaan kemudahan rakyat tetapi dicuri oleh pegawai JANS.
1. Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kini terdedah tular dalam media sosial.
2. Laporan berhubung dakwaan pelanggaran kod etika hakim yang dikemukakan SPRM kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu dikongsi oleh pemilik akaun Twitter mahazalimreturn.
Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sering mengunjungi kediaman bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa
1. Selepas pendedahan Tim Leissner Goldman Sachs mengenai pemberian rumah USD 10 juta kepada Rohana bekas CEO Astro kekasih gelapnya satu demi satu terbongkar. Rupanya Kerajaan PH melalui Peguam Negara Tommy Thomas pada 2018 telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz kepada polis.
2. Alasan Tommy Thomas ialah menyelaraskan
siasatan antara SPRM dan polis berhubung kes membabitkan Tawfiq Ayman suami Tan
Sri Zeti.
3. Kata SPRM fokus mereka
terhadap kes Tawfiq Ayman hanya mendapatkan dana kes 1MDB. Semua ini katanya bagi
mengelak pertindihan siasatan selaras arahan AGC.
1. SPRM sebelum ini telah mengeluarkan
perintah pembekuan aset dan akaun bank milik Rohana bagi menyiasat dakwaan
bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner terkait kes 1MDB
2. Perintah pembekuan aset itu
dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan
Keganasan, di mana ia melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi
melibatkan akaun bank miliknya sama ada di United Kingdom (UK) atau dalam negara.
1. Dian Lee, anak kepada taikun
hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi, yang menyertai
Muda baru-baru ini. Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya
di media sosial.
2. Malah, penglibatan anak
jutawan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, iaitu sama ada ia sesuatu
yang baik atau bakal mengundang masalah kepada parti tersebut.
3. Ada yang berpendapat bahawa
Lee harus dinilai berdasarkan sumbangan dan peranannya dan bukannya siapa
keluarganya.
4. Semua ini hanyalah cerita mengenai mengekal
legasi menguasai kronisme politik dan perniagaan.
5. Ah Moi atau Dian Lee merupakan
anak taikun Tan Sri Lee Kim Yew pengasas dan pemegang saham terbesar The Mines
Resort dan Country Heights Holdings. Pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim
namun lebih akrab dengan Tun Mahathir. Kisah Taikun ini hanyalah penguasaan
perniagan. Tapi Dian Lee telah kaya sedia ada. Tinggal hanya menabur wang untuk
menyertai MUDA dan Syed Saddiq.
6. Dr Mahathir merupakan rakan
niaga Tan Sri Lee Kim Yew. Nama Tun Mahathir ada dalam rekod SSM sebagai pemegang
lebih 1 juta pegangan saham Golden Horse Palace Berhad dan Pengarah syarikat
FlyJet Sdn. Bhd sebuah syarikat penerbangan jet peribadi yang turut dikongsi
bersama Tan Sri Lee Kim Yew.
1. Dilaporkan 5 Pegawai kanan
MARA yang dipinjamkan kepada MARA Corp dan Pengarah Eksekutif MARA Datuk
Suhaili Abdul Rahman telah diarahkan bercuti sehingga siasatan kes SPRM selesai.
2. Noor Irwan Marmin pemangku CEO
dibayar RM 269 ribu, Rizal Abd Gani Pengarah
Kewangan dibayar RM207 ribu, Iskandar Zainudin Pengawai Undang-undang dibayar
RM 152 ribu, Mohd Faizal Mat Top Pengarah
Pelaburan dibayar RM168,022.32 dan Mohd Firdaus Zubir Pengarah Korporat dibayar
RM169 ribu bakal direman SPRM hari ini.
1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengesahkan memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna
kuasa membabitkan 5 pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Gred 41 hingga 52 yang
dipinjamkan secara 'Cross
Fertilisation Program' mencuri duit MARA Corporation Sdn Bhd dengan tuntutan bayaran
melampau tanpa pengetahuan Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah MARA
Corporation Sdn Bhd.
2. Dalam erti kata lain SPRM akan
menyerbu MARA Corp Isnin ini (7 Februari) dengan mengambil keterangan beberapa
saksi daripada MARA Corporation (MARA Corp).
"SPRM memandang serius dakwaan wujud isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi berkenaan.
"Susulan itu, SPRM telah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Februari 2022 dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation," kata suruhanjaya berkenaan.
1. Sejak semalam tular surat
berhubung siasatan terhadap lima pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
2. Surat bertarikh 30 Januari itu
dihantar oleh Pengarah Eksekutif Mara Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman
kepada Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Dun.
Kertas siasatan itu, yang
dikenali sebagai “Laporan Kes Ambank”, pertama kali diterbitkan oleh
penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portalnya ‘Malaysia Today’ mendedahkan
nama bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz serta bekas
menteri persekutuan Nor Mohamed Yakcop.