Kertas siasatan itu, yang
dikenali sebagai “Laporan Kes Ambank”, pertama kali diterbitkan oleh
penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portalnya ‘Malaysia Today’ mendedahkan
nama bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz serta bekas
menteri persekutuan Nor Mohamed Yakcop.
Ia menimbulkan tanda tanya dan
membuktikan terdapat pihak dalam SPRM sebelum ini oleh Kerajaan PH
menyembunyikan kisah skandal sebenar 1MDB, penglibatan Zeti dan suami serta
bekas Menteri JPM Nor Mohamed Yakcop.
Hanya Najib Razak sahaja
didakwa tetapi yang lain disenyapkan. Jelas ia satu pendakwaan yang terpilih
hanya untuk mengenakan Najib sahaja.
Laporan itu dikatakan
menunjukkan bahawa Zeti tahu dan memberi persetujuan bagi RM2.6 bilion dibawa
masuk ke negara ini melalui akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri Najib
Razak.
Deposit sebanyak RM2.6 bilion
itu – yang didakwa oleh Najib merupakan sumbangan daripada kerabat diraja Arab
Saudi – menjadi isu kontroversi dan tindakan undang-undang susulan membabitkan
Ahli Parlimen Pekan itu.
Nor Mohamed didakwa menerima
RM85 juta, berkaitan tawaran sukuk 1MDB 2009 dalam akaun proksi di Singapura.
Terdahulu dilaporkan syarikat luar pesisir milik Tawfiq suami Zeti menerima sebanyak RM700 juta dana berkait 1MDB termasuk USD153 juta yang dipindahkan daripada akaun bank Good Star Ltd di RBS Coutts, Switzerland.
Siri pendedahan SD suami Zeti
dan anak-anaknya mengesahkan keluarga Zeti menerima wang 1MDB
Bagaimanapun November lepas,
SPRM mengesahkan bahawa RM65 juta dalam akaun bank milik Tawfiq telah
dipulangkan oleh kerajaan Singapura.
Zeti, Suami dan Nor Mohamed
Yakcub disiasat
Minggu lalu dilaporkan bahawa
Zeti dan Mohamed disiasat oleh SPRM atas salah laku malah sumber mengatakan
suami Zeti ditahan secara diam-diam.
Persoalannya siapa di dalam SPRM
mendedahkan dokumen siasatan itu?
Apakah Zamry sendiri di
Bahagian AMLA? Atau ada pihak mahu membuktikan Zamry paling pembohong dalam
SPRM yang menjadi alat PH selama ini.
Apa yang penting SPRM lakukan ialah
melakukan segera pendakwaan kes Zeti dan Nor Mohamed Yakcub. Jangan berlengah
lagi.
No comments:
Post a Comment