Saturday, 5 February 2022

SPRM PERLU TANGKAP 5 PEGAWAI TINGGI MARA MENCURI PULUHAN RIBU DUIT RAKYAT DI MARA CORPORATION SDN BHD

 


1. Sejak semalam tular surat berhubung siasatan terhadap lima pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

2. Surat bertarikh 30 Januari itu dihantar oleh Pengarah Eksekutif Mara Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Dun.




3. Isi kandungan surat itu menyatakan laporan penuh itu adalah seperti yang diarahkan oleh Azizah yang meminta supaya siasatan terperinci dibuat oleh bahagian integriti.

"Berdasarkan dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang didapati di pejabat Mara Corporation dilampirkan di sini secara terperinci perkara yang berlaku yang melibatkan integriti pegawai-pegawai Mara yang ditempatkan di MaraCorporation.

"Perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan saya selaku pengarah eksekutif dan pengetahuan ahli lembaga pengarah yang lain.

"Proses pembayaran secara 'backdated' juga tidak diketahui oleh pengarah eksekutif dan ahli lembaga pengarah kerana proses tersebut dibuat oleh pegawai-pegawai Mara yang terlibat dan segala kelulusan hanya sampai diperingkat mereka sahaja.

"Maka dengan ini tiada Check and Balance di dalam pengurusan syarikat dan kewangan syarikat dalam Mara Corporation," kata surat itu.

Surat penuh itu adalah seperti berikut;

 

Rompakan Pegawai MARA

4. Daripada surat yang tular itu jelas menunjukkan sekumpulan pegawai MARA dari Gred 41 hingga 52 yang dipinjamkan  secara 'Cross Fertilisation Program' sedang merompak duit 'kaw-kaw' daripada anak syarikat MARA itu MARA Corporation Sdn Bhd dengan tuntutan  bayaran melampau tanpa pengetahuan  Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah lain.  

5. Ia juga termasuk pembayaran secara 'backdated' puluhan ribu tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Mara Corporation Sdn Bhd. Lima pegawai yang didedahkan iaitu ;

i. Noor Irwan Marmin - Senior Director TMO - Acting Group CEO

ii. Rizal Abdul Gani - Director Group Finance - Acting CFO

iii. Iskandar  Zainudin - Group General Counsel

iv. Mohd Faizal Mohd Top - Director Group Investment

v. Mohd Firdaus Zubir - Director Group Corporate Admin

6. Apa yang berlaku sangat luar biasa sesama mereka apabila saling meluluskan bayaran elaun berganda melalui Mohd Firdaus Zubir - Director Group Corporate Admin, Noor Irwan Marmin - Senior Director TMO - Acting Group CEO dan dibayar pula oleh Rizal Abdul Gani - Director Group Finance - Acting CFO. Cara mereka memberi elaun sesama sendiri jelas melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

7. Bukan itu sahaja mengikut polisi sumber manusia MARA kenaikan 5% setiap tahun bukan setiap 6 bulan dan ini juga tertakluk kepada kenaikan gaji dan bukan elaun. [Rujuk surat salahlaku pegawai MARA seperti di atas.]

8. Kesimpulan paling penting ialah semua ini dilakukan tanpa kelulusan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan (Nomination and Remuneration Committee - NRC) dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp. Para pegawai MARA yang mempunyai Gred gaji 41 hingga 52 sedang mencuri duit MARA Corp. Kalau begini baik pegawai Kerajaan kerja memangku saja gaji hakiki simpan berbuat bercuti.



9. MARA Corp anak syarikat MARA di bawah penstrukturan baru banyak mengawal anak-anak syarikat MARA. Oleh itu segala keputusan syarikat perlulah melalui Ahli Lembaga Pengarah dan juga Majlis MARA. Dalam kes ini Pengerusi Majlis MARA dalam satu kenyataan media berkata akan menyiasat kes integriti ini dan memaklumkan tidak akan berkompromi melindungi mana-mana pegawai MARA terlibat.



10. Ketua Pengarah MARA, Dato' Azhar Bin Abdul Manaf mesti berkecuali dalam hal ini dan tidak mempertahankan anak buahnya yang melakukan salahguna kuasa. Siasatan penuh mesti segera dilakukan. 

11. Bagi 5 pegawai MARA yang terlibat jika benar mereka mempunyai kelulusan daripada MARA atau Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp mereka wajar menunjukkan bukti tentang elaun puluhan ribu yang mereka terima termasuk yang 'Backdated'. 

12. Kepada SPRM wajar siasatan dilakukan memandangkan 5 pegawai ini merupakan pinjaman daripada pejabat MARA yang punya gaji hakiki . Kalau hal elaun pun mereka rompak bayangkan dalam hal pengurusan perolehan di MARA Corp. Tentu lebih banyak rompakan sesama sendiri diberi kepada syarikat kroni.

Captain M
5 Februari 2020


No comments:

Post a Comment