Beri lesen kepada IKRAM untuk kutip di negeri tetapi IKRAM juga pergi kutip zakat di negeri lain guna lesen Perlis. Apa hubungan Dr Maza Mufti Perlis dengan IKRAM |
Zakat Perlis Diguna Untuk Dana Pembangkang?
Baru-baru ini, terdapat beberapa Facebooker yang tidak berpuas hati dengan cara majlis agama Perlis mengutip zakat di luar negeri Perlis. Mereka tidak berpuas hati kerana zakat ini dikutip oleh sesetengah NGO dan tentulah ini tidak mendapat keizinan daripada Pusat Zakat negeri-negeri terbabit.
Negeri lain bising dengan pengutip tidak bertauliah. Adalah pula yang tauliah Perlis tapi ambil zakat guna lesen Perlis di negeri lain. |
Salah satu NGO yang dikatakan menerima lesen besar ini adalah IKRAM yang merupakan wajah yang dibentuk selepas pembubaran Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jemaah IKRAM ini susur galurnya berasal dari Islamic Representative Council(IRC) yang dibina oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom di sekitar tahun 70-an. Tidak dinafikan bahawa lepasan-lepasan yang ditarbiyah oleh IRC ini menjadi orang kuat di Universiti-universiti awam dan dalam bidang politik juga mereka mencorakkan pelbagai situasi politik sehinggalah ke hari ini. Dalam PAS dulu ramai golongan dari JIM ni namun sekarang menyertai PAN kerana kecewa dengan PAS.
Hubungan Istimewa Dr Maza dan IKRAM
Bagi sesetengah aktivis gerakan Islam terutamanya PAS mungkin agak pelik melihat hubungan akrab antara Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan IKRAM. Reputasi Dr Maza agak sohor di kalangan pengkaji gerakan Islam di Malaysia terutamanya PAS, kerana belau sering dikaitkan dengan tertegaknya tanzim PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) dan juga sayap-sayap PAS di Jordan. Zaman perubahan antara IRC dan PAS berlaku di zaman Dr Maza di KIK. Malah, ada yang mengatakan beliaulah hero yang "menghapuskan" IRC di KIK.
Oleh itu, adalah amat menghairankan bahawa Dr Maza "hero" perang IRC-PAS di KIK dijemput untuk merasmikan Muktamar IMSA-MISG di Texas, Amerika Syarikat disebabkan oleh MISG merupakan sayap IRC di US buat sekian lama. Dan ini amat menghairankan kenapakah Dr Maza dijemput untuk satu upacara besar seperti ini oleh pihak MISG.
Oleh itu, persoalannya, adakah benar Dr Maza bersama dengan PAS seperti yang pernah diwarwarkan oleh ahli-ahli jemaah PAS Kampus ataupun beliau juga seperti sesetengah tokoh dalam PAS yang berkiblat kepada IRC-JIM-IKRAM tetapi bertukar baju untuk survival "politik" setelah mendapati jemaah PAS di KIK yang pasti menang?
Dr Maza dan PAN / IKRAM |
PAN dan IKRAM Adik Beradik
Perlu diingatkan bahawa bekas Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Yunus adalah Naib Presiden PAN. Begitu juga beberapa pimpinan PAS yang dikenalpasti bekas pimpinan IRC sejak zaman tarbiyyah mereka di UK juga telah menyertai PAN.
Oleh itu, tidak hairan bahawa IRC-IKRAM selain daripada kumpulan Mat Sabu mempunyai tangan yang kukuh untuk mencengkam PAN dan mereka bakal menentukan hala tuju PAN terutamanya dalam menghadapi PRU ke 14. Kumpulan ini tentulah dipandang lebih intelek dan profesional jika dibandingkan dengan kelompok Mat Sabu yang lebih marhainis dan mungkin dari segi kelulusan tidaklah setinggi dengan bekas-bekas IRC yang mana ada di antara daripada mereka sudah bertahap berkelulusan PhD.
Maka, tidak hairanlah bahawa kumpulan IRC-JIM-IKRAM ini mempunyai matlamat yang besar untuk mendominasi "politik Islam" melalui PAN setelah gagal dalam grand design mereka untuk menguasai PAS.
IKRAM, NGO Diberi Mandat Untuk Mengutip Zakat Perlis
IKRAM merupakan salah satu organisasi yang diberikan izin oleh pihak MAIPs untuk mengutip zakat. Namun yang membimbangkan adalah tuduhan bahawa IKRAM juga mengutip zakat di luar negeri Perlis. Dan sebagai amil, maka IKRAM juga sebenarnya berhak mendapat peratusan daripada zakat ini yang bukan sedikit jumlahnya. Dengan melihat hubungan IKRAM dan PAN, adalah bahawa wang hasil zakat ini bakal digunakan untuk menjanakan aktiviti politik PAN. Amat memeritkan jikalau rakyat termiskin di negeri Perlis kelaparan tetapi PAN pula yang disusukan.
Dan melihat hubungan antara Mufti negeri Perlis, Dr Maza dengan gerakan ini, tentulah amat kurang manis dan ini amat memerlukan pemantauan yang lebih khusus terutamanya daripada Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama di Negeri Perlis. Kita tidak mahu institusi agama Negeri Perlis dijadikan batu loncatan kepada ketamakan politik sesetengah pihak tanpa mempedulikan kemurnian wang zakat dan juga kemaslahatan rakyat marhain dan termiskin di bumi tercinta ini.
KIMB Milik IKRAM!
KIMB Milik IKRAM!
MAIPs dan Dr Maza hendak nafi apa lagi. KIMB memang milik IKRAM. Sila rujuk disini |
Dr Hj Ahmad Zainudin Abdullah AJK Pusat IKRAM Pengerusi KIMB adalah AJK Komuniti Korporat. Sila rujuk di sini |
Laman rasmi IKRAM pun mengakui KIMB adalah satu dari Institusi milik IKRAM. Rujuk di sini di bahagian capaian |
Jelas hubungan Dr Maza Mufti Perlis ini dengan Ikram, KIMB dan PAN. Mohon pihak tertentu menyatakan kepada TuanKu serta pimpinan Perlis agar jangan dipelihara Musang Berbulu Ayam. Buruk padahnya!
Captain M
9 Januari 2017