DOKUMEN rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad menurut laporan portal berita."CIA DEDAH DOKUMEN SKANDAL MAHATHIR DALAM BMF"
The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu. Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.
“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir"
Berikut Laporan Lengkap Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong). Bolehlah baca. Surat-surat Mahathir Mohamad selaku PM pun ada. Bolehlah baca dan padankan dengan laporan CIA itu. Mungkin agak panjang melebihi 70 muka surat tetapi boleh dijadikan sebagai rujukan.
SURAT MAHATHIR MOHAMAD- TIDAK MENGAKU
SURAT MUSA HITAM
SURAT TENGKU RAZALEIGH
JAWAPAN TENGKU RAZALEIGH
PERAKUAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
PERAKUAN ROBERT KOUK