Wednesday 12 October 2016

GEMPAR: BUKTI DOKUMEN SHAFIE APDAL MENGAWAL SEMUA PROJEK DI KKLW TERDEDAH! RASUAH BEKALAN AIR LUAR BANDAR RATUSAN JUTA TERBONGKAR



Shafie Apdal adalah Mantan Menteri KKLW yang paling pandai menggunakan kuasanya. Lembaga Perolehan A atau B Shafie Apdal yang akan arahkan KSU/TKSU

1. Artikel Captain M sebelum ini telah mendedahkan bagaimana Dato' Seri Shafie Apdal bekas menteri KKLW itu terlibat dengan kes rasuah terbesar lebih RM 114 juta di Sabah. SPRM telah mengesahkan Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah mendapat manfaat dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah telah disiasat dan kita yakin syarikat-syarikat ini turut mendapat manfaat dari kuasa Menteri KKLW ketika itu.

2. Tan Sri Pairin Kitingan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menafikan kementeriannya mendapat peruntukan terus daripada KKLW.



3. 10 Oktober lalu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah. Beliau yakin siasatan membabitkan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015 dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh."Saya akan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai projek BALB yang disalurkan ke Jabatan Bekalan Air Sabah dari Bahagian Insfrastruktur KKLW".

BAGAIMANA SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASANYA?

4. Bayangkan peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Projek NKRA Luar Bandar KKLW sahaja menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Shafie Apdal, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah (ketika itu), dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka merompak peruntukan ini. 



5. Shafie Apdal memperalatkan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) iaitu "memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan"







6. Walaupun Shafie mengarahkan KSU KKLW untuk Tugas-tugas Perolehan sejak 2011 dan 2013 untuk penurunan kuasa Kontrak penentuan projek tetap dipengaruhi arahan Shafie Apdal


7. Berbanding Menteri-menteri lain Shafie Apdal satu-satunya Menteri yang menggunakan kuasanya Akta Kontrak 1949 dengan cara menurunkan kuasa kepada pegawainya setiap projek KKLW. Cara ini dapat memastikan KSU dan TKSU melaporkan terus kepadanya selaku Menteri bagi memastikan projek di beri kepada proksi atau kroninya. Malah beliau dapat mencampuri segala urusan perolehan Kementerian. 


Berikut contoh Projek yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan A yang sebelum itu telah diminitkan sokongan oleh YB Dato Seri Shafie Apdal, diluluskan dalam jawatankuasa tender, harga hinggalah Lembaga Perolehan A /B. Shafie Apdal memastikan semua proksi atau kroninya dapat projek KKLW. 



Shafie menentukan Pegawai menandatangani Kontrak/ LOA  KKLW termasuk projek KKLW di Sabah dan Sarawak. Ada juga beliau menurunkan kuasa kepada Pengarah JKR Negeri/ Jabatan Air bagi projek JALB, BALB dan BELB. Secara langsung Shafie mengetahui syarikat mana yang mendapat projek KKLW sebagaimana arahan Shafie sebelum Lembaga Perolehan A atau B KKLW. 

8. Begitulah Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Beliau terlalu berlagak suci untuk tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Projek KKLW yang disalurkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah tetap mempunyai unsur seperti yang didedahkan di atas. KSU atau TKSU dan mana-mana pegawai KKLW yang engkar arahan akan dipindahkan. Malah para pegawai yang melaksanakan agendanya seperti KSU, TKSU, SUB, TSUB, KPP, teknikal di KKLW kaya raya sekarang.  Kerjasama Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KKLW yang baru bukan sahaja akan membantu kes di Sabah tetapi juga bakal membongkar kegiatan pegawai KKLW. 

Bandingkan cara Tan Sri Muhyiddin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Shafie Apdal lebih "ganas" dalam membolot projek. 




TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MUNGKIN TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM
SHAFIE APDAL. SISTEM SHAFIE APDAL MEMANG AKAN MEMONOPOLI SEMUA PROJEK KEMENTERIAN. SHAFIE DAN PEGAWAINYA AKAN MENGETAHUI 'ALIRAN' DOKUMEN ITU BERGERAK DI KKLW SEPERTI JAWATANKUASA SPESIFIKASI, BUKA TENDER, TEKNIKAL, PENILAIAN HARGA SEHINGGALAH LEMBAGA PEROLEHAN A DAN B. 

KES-KES BERANI SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA


9. Sekitar tahun 2011, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah. 



10. Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW. 



11. Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.


12. Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta. Entah bagaimana Jawatankuasa Spesifikasi dan penilaian tender melakukannya. Yang pasti JKR Sabah memberikan kos berlebihan. Bermakna berlaku unsur "kawtim" menaikkan harga. Tak mungkin jawatankuasa diperingkat Spesifikasi dan harga tidak dapat mengesan kos sebenar projek.

13. Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

14. Bagaimanapun Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.

15. Angkara siapakah ini? Berlaku kelam kabut ketika itu. Dikatakan ini adalah komplot kontraktor dengan KKLW. Setiausaha Sulit Menteri KKLW, Dr Najmil Faiz bin Mohamad Aris, telah memberi memo kepada TKSU atas atas arahan Menteri KKLW agar meluluskan projek ini kepada 10 syarikat kelas B dalam kumpulan pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd. 

16. Dr Najmil Faiz telah mengarahkan agar surat kelulusan KKLW dibuat kepada syarikat dan termasuk surat permohonan kelulusan khas kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Akhirnya projek ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan perlu ditender semula secara terbuka. Ini satu cara bagaimana Pegawai dan menteri menggunakan kuasa Akta Kontrak 1949. 

17. Mengapa Menteri KKLW ini mudah dipengaruhi oleh Dr Najmil dan TKSU sehingga sanggup campur tangan dalam tender KKLW? Bukankah sudah jelas dalam pekeliling bahawa semua tender melebihi RM10 juta mesti dengan kebenaran Kementerian Kewangan.





18. Kes ini pernah didedahkan suatu ketika dulu. KKLW sentiasa mengulangi kesilapan demi kontraktor. Buktinya sekali lagi Menteri KKLW mengarahkan  projek Kelas B dibawa ke MOF semula kerana melebih kos. Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4). Projek Jalan Keningau berulang ditempat lain. Projek CIDB G6 (dulu PKK Kelas B) dinaikkan kos sehingga RM16,035,890.00 dan melantik kontraktor Jutawan Emas Sdn Bhd. Sekali lagi Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan menolak permohonan KKLW. 


Berkuasa tak Shafie Apdal? Dia fikir dengan menaikkan kos projek dan kawtim dengan JKR Negeri maka MOF akan meluluskan dengan mudah? Jika ini dibiarkan sudah tentu KKLW akan meluluskan semua Projek bernilai bawah RM10 juta dalam Lembaga Perolehan A kemudian meminta kelulusan khas dengan MOF
kerana terlebih bajet. Namun taktik Shafie Apdal tidak berjaya



19. SPRM boleh menyiasat berapakah jumlah projek yang diluluskan oleh KKLW secara tender terhad dibawah nilai RM10 juta? Dimana MOF tidak mencampuri urusan ini. Kecuali CIDB G7 yang memerlukan perakuan semula di MOF selepas disahkan Lembaga Perolehan A KKLW. Hanya dikatakan selepas KKLW berlebihan menggunakan kuasa menteri meluluskan Tender Terhad G6 barulah MOF memberi arahan kepada KKLW bahawa mereka perlukan kelulusan MOF!.

20. Begitulah berkuasanya Menteri KKLW ketika itu. Pegawainya pun berkuasa. Tidak hairan kes yang di Sabah baru ini adalah "Tip of The Iceberg". Pasti banyak lagi terbongkar. Jadi penyelewengan peruntukan RM3.3B itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Apatah lagi kalau pegawai boleh menyimpan "cash" RM 45 juta dirumah. Cuba periksa kekayaan adik-adik Shafie Apdal Hj Yusuf Apdal, Haji Hamid, Haji Zul malah anak buahnya Dato' Azis Jaman mantan Ketua Pemuda Semporna sekarang punya kenderaan mewah "hummer". Lagi mahu berlagak suci!


Captain M

Tuesday 11 October 2016

MUHYIDDIN BUKAN SAJA SAPU RM4BILION #BESTARINET YTL TETAPI BOLOT JUGA 'BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA KEPADA MENANTUNYA? DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI?





1. Shafie Apdal seminggu ini tidak boleh tidur malam apabila Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditahan SPRM dicekup kerana rasuah RM114.5 juta. Khabarnya sudah meningkat RM170 juta dengan penemuan baru. Hari ini Shafie Apdal memohon agar menghormati siasatan SPRM walaupun sebelum ini beliau lantang dalam isu IMDB.  Captain M sebelum ini mendedahkan Lim Guan Eng, PRN Sarawak, PRK KK/Kuala Selangor, pendedahan kelemahan SPRM, dalang SPRM, rasuah manikavasagam PKR dan terbaru Rasuah Zuraida Kamarudin MP Ampang PKR dengan kekayaan kereta, banglo serta proksinya. Pendedahan Shafie Apdal kerana melihat betapa sombongnya pemimpin pendek Shafie Bedal ni semasa berkuasa. Episod itu kita akan teruskan perlahan-lahan. Sabar..

2. Mari kita ke episod lain iaitu Tan Sri Muhyiddin bakal Presiden parti baru milik Mahathir. Skandal Muhyiddin dengan Isteri Peguam Stanley Agustin sudah merimaskan Muhyiddin dan pasukan Protung.


3. Ramai yang bicara hal Skandal RM4b YTL BestariNet. Muhyiddin bukan sahaja menyapu RM4b tetapi juga RM912 juta projek 'Biometric System' kepada menantunya dalam Syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis) Ia bukan rahsia kerana turut didedahkan dalam portal dan blog-blog. Bagaimana Nexbis dan anak menantu Muhyiddin mendapat keuntungan?




4. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Kali ke-5 BIL. 1/2011 PADA 17 Mac 2011 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM masa itu telah membentangkan beberapa kertas kerja dan melaporkan Pelaksanaan Fasa Kedua Program 6P (Proses Pendaftaran &Pemutihan) melaporka sejumlah 2,320,034 pekerja asing ( yang sah 1,016,908). Bakinya 1,303,126 didaftarkan. 


SIAPA SEBENARNYA UNTUNG DARI PROGRAM 6P ITU? RM 912 JUTA

5. Selepas terdaftarnya PATI 1,303,126 orang dengan yang sedia ada secara sah 1,016,908 dengan jumlah 2,320,034 siapa agaknya untung?

6. Pada tarikh 17 Mac 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin (TPM) telah membawa makluman sekali kertas laporan Status Pelaksanaan Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS).

7. Projek yang diluluskan UKAS dan dibentang dalam kabinet 29 September 2010 telah diberikan kepada syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis) atas saranan Muhyiddin. Projek secara PFI ini dikenakan melalui kenaikan Levi sebanyak RM50 seorang setahun. Caj levi akan dikutip oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan kerajaan akan membuat pembayaran kepada Nexbis.

8. Berapakah kos Projek NERS ini?Pembiayaan secara PFI serta adil katanya bagi Nexbis yang telah mula mengeluarkan Capital Expenditure hampir 100% (nilai kontrak keseluruhan adalah RM912 juta bagi pembangunan sistem NERS.

9. Siapakah Nexbis Sdn Bhd? Siapa pemiliknya sehingga begitu istimewa? Malah setelah disemak SSM butir -butir syarikat mereka di "private" selepas menjadi isu di portal, blog dan media sosial. Kehebatan anak menantu Muhyiddin.

7. Portal Mynewshub mendedahkan,

- 6P Amnesty Programme The government appointed Nexbis Sdn. Bhd as the sole company to carry out this programme. A biometric system was installed in every entry point into the country that was used to register these immigrants. Nexbis was the sole supplier of this device to the Home Ministry and Immigration Department. It was alleged that a Dato who is Muhyiddin’s Son in-law was the main person behind Nexbis being awarded the contract.
- Nexbis subsequently subcontracted many smaller companies to carry out the operations. However, there was no check and balancing of those companies that a lot of frauds and misappropriations transpired. Foreign worker non-governmental organisations such Tenaganita claims that poor implementation, lack of transparency and fraudulent agents severely hampered success of the 6P Programme. More than a billion tax-payers money again went to the drain.

8. Dokumen RAHSIA Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing-Pendatang Asing Tanpa Izin, Captain M dedahkan dalam page ini untuk anda melihat sendiri bagaimana Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet meluluskan kertas kabinet untuk manfaat menantunya. Bagaimana Nexbis dibayar #RM912 juta dan cara kutipan levi dilakukan. [Rujuk Lampiran 1- 7].











APAKAH ISU –ISU NEXBIS SDN BHD?

9. Antara blog awal tahun 2011 yang mendedahkan mengenai Nexbis Sdn Bhd ialah Justread-whatever.blogspot.com yang bertajuk #Biometric: Confusion all around!

- I thought the government has already agreed to pay Nexbis Sdn Bhd about RM1 billion for the biometric system contract. And this company, which many know belongs to close relatives of a 'very senior Cabinet minister', is not an agent for the 'pemutihan' but the one who supplies Home Ministry and the Immigration Dept with the device.The biometric machines are meant to be free as Nexbis Sdn Bhd will get its RM1 billion from the government. KDN should only impose rental charges for it but it seems that the ministry too wants to make money by charging agents with such a high fees.Amnesty, legalisation of illegal immigrants and foreign workers' registration. Different descriptions that carry the same meaning. Its all about money - BIG money with BIG confusion. 

- I thought the government has already agreed to pay Nexbis Sdn Bhd about RM1 billion for the biometric system contract. And this company, which many know belongs to close relatives of a 'very senior Cabinet minister', is not an agent for the 'pemutihan' but the one who supplies Home Ministry and the Immigration Dept with the device. 

- This 'pemutihan' was originally set for early June. It was then delayed to mid-June and then to July 1st. Deputy PM and chairman of Cabinet Committee for Foreign Workers Muhyiddin Yassin then announced that it would start on July 11 while Home Minister Hishammuddin Hussein said the date was July 1. 

- Some matters are still in contention, among which are the manner in which the whole process was conducted by KDN officials. Among which are:
* During the first briefing with about 300 shortlisted agents on June 29, it was explained that the rental for each biometric machine was RM14,750 and agents who wish to use it were advised to go straight to Nexbis office in Damansara. And so, there was a 'gate-crash' for the machines the next day. Sila rujuk : http://justread whatever.blogspot.com/

Isu Tenaga Kerja Bangladesh!

10. Isu pengambilan pekerja asing dari Bangladesh bukanlah baru. Menjadikan Bangladesh sebagai Negara sumber. memerlukan persediaan yang rapi memandang Bangladesh sebelum ini tidak mempunyai sistem penyediaan tenaga kerja yang baik dari kerajaannya.

11. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-5 BIl/2011 pun telah membawa kertas pertimbangan untuk di luluskan iaitu;

Laporan Lawatan Kerja ke Bangladesh dan UAE, dan Cadangan Negara Bangladesh sebagai sebuah Negara Sumber bagi pengambilan Pekerja Asing (lampiran B)

12. Jadi usaha kelulusan 1.5 juta Bangladesh 2016 adalah hasil dari kertas kerja itu awalan semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi TPM lagi! Bukan benda baru.

13. Jika diluluskan ia tetap memberi manfaat kepada Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) milik Nexbis Sdn Bhd yang mendapat konsesi 12 tahun sejak kertas kerja mereka diluluskan oleh Muhyiddin Yassin ini.

13. Hebat tak Muhyiddin? dia kaut semua, dia tinggalkan buah tangan kemudian selepas berada diuar beliau dan Shafie Apdal berlagak seperti "Lelaki suci" tanpa dosa dan menyalahkan PM Najib dalam semua segi. Anda dapat apa? Muhyiddin kaya raya dengan YTL dan rembat lagi Nexbis Sdn Bhd untuk menantunya. Dia digugurkan pun tetap masih kaya. Anda gigit jari! Muhyiddin sedap sedap Skandal dengan isteri orang. Sebab tu pemimpin macam ni patut dibuang.


Captain M

Saturday 8 October 2016

MENGEJUTKAN SHAFIE APDAL & YUSOF SARANGIT PEGAWAI KEWANGAN BERSEKONGKOL RASUAH RM114.5 JUTA?




Fakta penglibatan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW dan Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah bakal terbongkar tidak lama lagi. Pastinya kontraktor yang pernah terlibat akan membocorkan pemberian wang rasuah mereka.

Rasuah Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) iaitu Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah direkodkan sebagai tangkapan dan rampasan terbesar SPRM.



Ringkasan Fakta Kes yang mengejutkan.
RM 52 juta tunai dirampas dari kedua-dua tertuduh.

Pengarah 45 juta, Timbalan 7.2 juta.

23 juta dari simpanan di bank

37 juta dari akaun sebuah syarikat
9 buah kereta / bertambah lagi
Barang kemas, jam dan beg tangan jenama
Wang Disyaki ada lagi disimpan diluar negara
4 org ditangkap termasuk 1 pengarah syarikat dan 1 akauntan
Jumlah kini bertambah dilaporkan RM RM114.5 juta. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.

Menurut SPRM pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Projek-projek dimonopoli adik-beradik, sanak saudara dan proksi mereka. 



Susulan penahanan Pengarah dan Timbalan itu. SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk iaitu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah JANS dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka. SPRM turut melakukan siasatan terhadap 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah. 

SPRM juga sudah mengenalpasti lebih 40 individu bagi membantu siasatan kes itu serta akan memanggil saksi berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Ada antara mereka terbabit secara langsung dalam dalam proses pemberian tender dan kerja. Ramai daripada mereka adalah pegawai jabatan air dan kontraktor," kata SPRM

Kes Rasuah Menakutkan?

Sejak kes ini didedahkan begitu ramai yang panas. Adakah hanya Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS sahaja yang terlibat? Bagaimana pegawai Gred 52 punya begitu banyak kuasa? Peruntukan mana mereka gunakan? Apakah pemimpin politik terlibat? Begitu banyak soalan. Begitu banyak yang panas!. Bermacam-macam persepsi. Menteri lama, Pegawai itu dan ini. Mari kita perhalusi

Latar belakang Peruntukan dan Projek

Jabatan Air Negeri Sabah satu dari Jabatan pemungut hasil yang menyumbang kepada negeri Sabah. Kutipan tahunannya adalah RM220 juta (2016). JANS mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Dua Kementerian yang biasa menyalurkan peruntukan kepada JANS ialah 

i. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Bekalan Air Luar Bandar-BALB) dan 

ii. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (Loji Rawatan Air)

Rasuah dari dana Bekalan Air Luar Bandar (BALB)?

SPRM menyebut rasuah adalah dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Semakan menunjukkan dana terbesar adalah dari peruntukan kerajaan Persekutuan yang disalurkan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ia diakui sendiri oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah bahawa Kementeriannya tidak terlibat.


Untuk rekod, peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion, RM28.4 bilion pada RMK10 dan RMK11, KKLW mencadangkan peruntukan sebanyak RM49.47 bilion untuk melaksanakan pembangunan di luar bandar.

Dato’ Seri Shafie Apdal adalah Menteri KKLW dari 2009 hingga 2015. Di bawah projek NKRA Luar Bandar KKLW menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Projek NKRA 2010 hingga 2013 perlu diselesaikan untuk mengejar KPI. 

Disinilah kunci kepada Rasuah itu bermula dengan jumlah yang besar dan bagaimana Pengarah, Timbalan Pengarah dan beberapa Pegawai Utama Kerajaan terlibat termasuk Menteri KKLW yang menyalurkan peruntukan KKLW kepada Jabatan Air Negeri Sabah. 

Umum mengetahui tahun 2008 PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah melantik anak tempatan pertama iaitu Datuk Yusof Sarangit sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah bagi menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap keupayaan mereka memikul tanggungjawab berat bagi jawatan yang disandang.

Pelantikan Yusof Sarangit selain rahmat tetapi juga mimpi ngeri buat Kerajaan Negeri kerana khususnya YAB Dato’ Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan. Peruntukan Persekutuan tidak disalur terus kepada Kerajaan Negeri tetapi melalui Perbendaharan Malaysia Sabah selain Kementerian Kewangan. Yusof Sarangit, Shafie Apdal dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka. Dari peringkat iklan tender, penilaian tender, hinggalah keputusan tender. Musa Aman hanya berkuasa pada peruntukan Kerajaan Negeri sahaja.

Sekitar tahun 2011 kita pernah mendengar perbalahan dan perseteruan Musa Aman dengan Shafie Apdal hingga tahap semua Pegawai Daerah dihalang untuk menerima serta melaksanakan projek di bawah Kementerian Luar Bandar. Shafie Apdal pula yang galak sebagai Naib Presiden UMNO ketika itu menyelar Musa Aman. Perang mulut berlarutan Malah Shafie Apdal menggerakkan Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Sabah KKLW dan mana-mana agensinya seperti Felcra dan Risda untuk melaksanakan Projek KKLW di Negeri Sabah.


SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA MENTERINYA

Shafie Apdal sedar jika dia mahu menggunakan menguasai dana peruntukan yang dia salurkan dia perlu menggunakan kuasanya. Iaitu

i) Kuasa Menteri sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) yang jelas memperuntukkan kuasa Menteri ( Fungsi & Tugasnya) - Juga mengadakan peruntukan harta, hak atau tanggungan di nikmati atau dilakukan. Atau apa sahaja Rang Undang-undang baru di Kementeriannya selagi tidak bertentangan Perlembagaan Negara.

ii) Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan.

Shafie menggunakan kuasanya untuk tentukan pegawai menandatangi kontrak dan had limit kuasa seseorang pegawai.

Akta Kontrak 1949 paling penting kerana menteri dapat menurunkan kuasa kepada pegawai seperti KSU, TKSU, SUB, KP, Pengarah dan lain-lain. 

Pada peringkat pertama Shafie Apdal di awal-awal tahun 2010 lebih banyak akur kepada prosedur kewangan untuk menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Air Negeri Sabah. Kuasa jawatankuasa tender, penilaian dan perolehan diputuskan oleh Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Negeri Sabah. Maka menjadi rajalah Datuk Yusof Sarangit sehingga dikatakan kekayaan Yusof Sarangit yang melampau malah beliau dikatakan sebagai “kaki perempuan”. Tanya semua kontraktor Sabah semua tahu siapa Yusof Sarangit ini. Para petugas Hotel Mewah Nexus Karambunai Sepanggar dan Magelan Hotel pasti amat tahu.


Antara kontraktor dan proksi Shafie Apdal yang mendapat manfaat ini ialah Datuk Peter Anthony yang sekarang menyediakan dana RM 200 juta kepada Shafie Apdal dalam kempen parti barunya PKRS. 


Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd Proksi Syahfie Apdal. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan JALB juga diperolehi syarikat ini. 



Dana berbilion sudah disalur kepada PMS bawah Yusof Sarangit maka pakatan Shafie Apdal semakin nyaman. Jadi banyaklah Projek Luar Bandar seperti paip, jalan, air dan elektrik perlu ditender. Dalam kes Bekalan Air Luar Bandar tentulah Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga dikawal oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Para kontraktor berbondong-bondonglah melobi Shafie Apdal Menteri, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan dan Ag Mohd Tahir Mohd Talib Pengarah JANS. 

Bayangkan sejak 2010 hinggalah 2013 NKRA Luar bandar begitu rakus mereka. Semua peringkat dari Menteri KKLW hingga peringkat negeri rasuah memanjang berlaku. Skop dan kuasa masing-masing. Boleh disemak semua projek KKLW NKRA 2010 hingga 2013. Kemudian berterusan 2014 hingga 2015 sebelum Shafie digugurkan. 

Bagaimanapun hubungan Shafie Apdal dan Yusof Saringit ini tidak lama. Shafie beranggapan Yusof adalah orang kuat Musa Aman kerana Yusof menggunakan alasan mencampuri peruntukan persekutuan. Pengarah JANS yang mengawal peringkat teknikal bersekongkol dengan Yusof Saringit. Memandangkan projek Bekalan Air tender terbuka (bukan tender terhad) Mereka pun memasukkan syarikat kontraktor mereka dalam tender.

Akhirnya yang dapat syarikat milik dan proksi Pengarah, Timbalan Pengarah dan Yusof Saringit. Tidak hairanlah SPRM mengesan 38 syarikat proksi Pengarah dan Timbalan itu yang punya hubungan dengan Yusof Saringit juga Shafie Apdal. Mungkin banyak lagi. Ada juga kalangan kontraktor Shafie Apdal yang terkorban akibat permainan Pengarah/ Timbalan Pengarah dengan Yusof Saringit ini. Bayangkan bagaimana team JANS merembat rasuah dari kontraktor dari peringkat Jawatankuasa Spesifikasi, Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga, dibawa ke Lembaga Perolehan A putuskan, projek dilaksanakan sehingga tempoh siap serta tuntutan “claim” pun pegawai masih merembat lagi. Jika perlukan VO, tukar skop lain-lain. Pegawai Jabatan Air menjana duit dari semua peringkat. Anda hairan mereka boleh menyimpan tunai RM45 juta di rumah? 3 juta Pejabat? 

Menyedari hal ini Shafie Apdal tidak mahu menyalurkan sepenuhnya peruntukan yang sepatutnya kerana dikawal Yusof Saringit. KKLW mahu mengawalnya. Sebelum ini Menteri KKLW yang luluskan bajet dan turunkan peruntukan, Yusof Saringit pemutus lembaga perolehan tender dan Pengarah JANS pula mengawal teknikal. Yang paling dekat kontraktor seperti Pengarah pastinya akan lebih kaya raya. Jika tertangkap pun Pengarah dan Timbalanlah paling mudah ditangkap kerana bukti mereka dengan kontraktor.Shafie Apdal melihat Yusof Saringit dan Ag Mohd Tahir terlalu kenyang!

Selain Bekalan Air Luar Bandar, Shafie Apdal perlu memikirkan lagi kategori utama NKRA yang perlu diberi perhatian iaitu Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah. Belum masuk lagi projek baki RMK-9 dan pelaksanaan RMK-10. 



Shafie Apdal tidak begitu bermasalah dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah. Shafie Apdal mengubah taktik Penurunan Kuasa Akta Kontrak 1949 bagi Projek Jalan Luar Bandar (JALB) pada Ogos 2010. Perolehan tender bertukar dari tender terbuka kepada TENDER TERHAD Semua projek di putuskan oleh Lembaga Perolehan A dan B KKLW dan yang diberikuasa oleh Menteri KKLW. Walaubagaimanapun Teknikal projek masih dibuat oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air Negeri dan lain-lain agensi. Bagi Projek Jalan Luar Bandar penurunan kuasa untuk memberi LOA pun dibuat oleh Jabatan Kerja Raya. Kali ini Yusof Sarangit tidak berkuasa lagi.


Tender Terhad memudahkan Menteri dan KSU memilih kontraktor proksi

Berikut bukti Shafie Apdal meminta Kementerian Kewangan projek Secara Tender Terhad. Ini bukti Shafie Apdal menggunakan kuasa beliau. Ini berlaku kepada semua projek luar bandar. 10 syarikat bagi setiap projek. Kali ini tidak lagi memberi ruang kepada Datuk Yusof Saringit.  10 syarikat ini adalah dari kalangan antara mereka yang "kawtim". 

Setelah menyakau Bekalan Air,dalam masa sama Shafie Apdal meneruskan pula 16 Projek KKLW tahun 2010 dibawah program National Key Result Area (NKRA) Jalan Luar Bandar (JALB). Ini pemulaan, selesai itu berpuluh-puluh lagi tender terhad termasuk G6 bawah RM10 juta kuasa Menteri KKLW yang tidak perlu di bawa ke MOF. 

Shafie Apdal memohon dan MOF meluluskan tender terhad Rujukan bil. S/K.KEW/PK/KI 1/700/8/0209/156/12-43 Jld 11 SK 7 (16) bertarikh 18 Ogos 2010 dikalangan kontraktor yang disyorkan oleh Shafie Apdal. 

Perhatikan Syarikat yang pernah diluluskan Shafie Apdal untuk Projek Jalan Luar Bandar juga mendapat Projek Bekalan Air Luar Bandar selain Asli Jati Engineering Sdn Bhd antaranya ialah Akif Jaya Sdn Bhd, Prinsip Hasil Sdn Bhd, Jawat Johan, WBS Construction Sdn Bhd dan lain-lain lagi. (Boleh semak senarai dalam  ://myprocurement.treasury.gov.my/) 





Kebanyakan syarikat-syarikat yang dipelawa juga mempunyai kaitan dengan kontraktor proksi Pengarah dan Timbalan Pengarah. Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. Datuk Teo Chit Ming banyak memegang lesen Syarikat pembinaan, bekalan air, pemasangan paip dan Loji Rawatan Air. Projek Rawatan Loji Air di Beaufort Sabah bernilai hampir RM300 juta bawah KKLW. Datuk Teo mempunyai hubungan yang rapat dengan Dato' Shafie Apdal. 

DATUK DITAHAN SPRM
Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.Akaun syarikatnya dibekukan RM 37 juta. 
Begitu juga adik Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Ag Mohd Fauzi @Uji Mohd Talib yang jadi proksi Pengarah. Beliau adalah Proksi projek Bekalan Air Luar Bandar KKLW kepada Dato' Shafie Apdal.  

Ag Mohd Fauzi Mohd Talib adik Pengarah Proksi Shafie Apdal. Maklumat yang diperolehi Pengarah Jabatan Air abangnya dianggarkan mempunyai cash RM300juta, termasuk aset dan wang di Australia, Brunei, Indonesi dan Singapura sekitar RM 1B. Semoga SPRM dapat menemui dana-dana itu. 


Sehingga 2013 perangai Shafie Apdal meminta Tender Terhad  10 syarikat ini
masih berlarutan



BAGAIMANA PENGARAH DAN TIMBALAN BOLEH MENYIMPAN DANA BESAR SEDANGKAN KUASA TERHAD?


Sama ada projek itu dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan (mana-mana kementerian) setiap pegawai tertakluk pada Seksyen 15 A (2) Akta Tatacara Kewangan 1957 (semak semula 1972) “ Tiap-tiap Pegawai Pegawal hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis dana apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kewangan di bawah Seksyen 4, menetapkan had mana kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diberi atau dikenakan ke atasnya boleh dijalankan atau dilaksana bagi pihak oleh mana-mana Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya dan memberi arahan-arahan tertentu sebagaimana yang perlu untuk menjamin perjalanan atau pelaksanaan sempurna kuasa-kuasa dan tugas-tugas tersebut”
Penjawat Awam juga sedia maklum dan akur pada Arahan Perbendaharaan tahun 2008 (Klik) 



Bagaimanapun dibawah Kuasa Menteri Akta Kontrak 1949 Menteri mempunyai kuasa melantik pegawai yang sesuai bagi dirinya untuk menandatangi kontrak. Dalam masa sama selagi Pegawai itu terlibat dalam Jawatankuasa SpesifikasiJawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga atau Lembaga Perolehan Tender maka selagi itulah pegawai dapat menambahkan kekayaannya. Oleh itu Pegawai mampu mengumpul harta kekayaan yang luar biasa.

Lihat saja pada kekayaan Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. Memiliki 21 syarikat, projek perumahan, hotel, dan lain-lain lagi.







Hebat tak bagaimana Shafie Apdal, Yusof Sarangit, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah? Mereka saling mempergunakan antara satu sama lain. Akhirnya yang untung ialah Pengarah dan Timbalan. 

Datuk Yusof Sarangit tentu cuak sekarang. Kekayaannya sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah pun luar biasa. SPRM wajar menyiasat harta milik Datuk Yusof Sarangit. Bagi Shafie Apdal rasuah bukan baru baginya. Isu Pembelian bangunan MARA bawah proksinya Datuk Mohd Lan Alani (Mantan Bendahari) pun sedang berjalan di mahkamah. 

Itulah Shafie Apdal. Keluarganya kaya raya. Zahida Rafik turut kaya raya. SPRM wajar memanggil Shafie Apdal ini untuk siasatan. Rakyat perlu tahu bagaimana Beliau mengawal peruntukan KKLW itu sehingga mengkayakan pegawai dan kontraktornya. 

JM
8 Okt 2016

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA