Thursday 24 December 2020

VAKSIN COVID-19: MENGAPA KJ SIBUK? KELULUSAN PENGELUAR, PEMBELIAN DITENTUKAN KKM , KJ TIDAK PERLU CABAR PAC!

 


1. Sejak akhir-akhir ini KJ Menteri Sains dan Teknologi Khairy lebih sibuk menjawab isu vaksin Malaysia. Mengapa dia yang sibuk? Sedangkan Menteri Kesihatan yang menguruskan perjanjian, menandatangani, mengurus pembelian vaksin kekal tenang diposisi.

2. Yang jelas nampak di depan mata, KJ hanya lebih mengelirukan rakyat. Keadaan nampaknya lebih mengusutkan berbanding jawapan tepat.

Friday 18 December 2020

CEO MARACORP TUNJUK BUKTI BANK TARIK BALIK PENGHAKIMAN INGKAR TUNTUTAN HUTANG LEBIH RM12 JUTA!

1. Susulan pendedahan CaptainM sebelum ini pada ogos 2020 mengenai butiran Penghakiman Ingkar Kehadiran(JID) Dato’ Badlisyah Abdul Ghani sebenarnya tidak menghalangpun pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) baharu pada 3 September 2020.

2. Badlisyah tetap dilantik dan diperakuai oleh Menteri KPLB.

Tuesday 15 December 2020

AKMAL AMK JUMPA ANWAR SELEPAS MESEJ KUTUK 'ANWAR SEBAGAI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI'



Selepas membalun Anwar Ibrahim ‘cukup-cukup’ dalam satu kumpulan WhatsApp AMK PKR dibantu Rafizi Ramli akhirnya Ketua Pemuda PKR (AMK) Akmal Nasir pada 14 Disember mengadakan pertemuan dengan presiden partinya Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan berhubung tangkap layar perbualan "menghina" dikaitkan dengannya bersama.

Menurut Akmal pertemuan mereka berlangsung di parlimen

Untuk rekod Akmal merupakan ahli parlimen Johor Bahru manakala Anwar mewakili Port Dickson.

Monday 7 December 2020

RAKYAT PERLU GAGALKAN AZMIN, BOD KHAZANAH JUAL SILTERRA MILIK BUMIPUTERA KEPADA SYARIKAT ASING BULAN INI!

 


1. Bulan ini dilaporkan perang terakhir antara syarikat Bumiputera berlawan dengan syarikat bukan bumiputera untuk memiliki SilTerra anak syarikat Khazanah akan diputuskan. Dua syarikat asing terkenal sudah boleh disingkirkan memandangkan tiada pemilikan tempatan.

2. Banyak media masa, portal dan blog seperti unspinners, anotherbrickinthewall, mykmu.net, my-tv.online termasuk Captain M pun sudah mendedahkan beberapa butiran mengenai pembelian SilTerra.

BACA - KANTOI LAGI! AZMIN ARAH KHAZANAH JUAL SYARIKAT MILIK MALAYSIA SILTERRA KEPADA SYARIKAT ASING?

BACA -  JIKA FOXCONN GAGAL, KHAZANAH JUAL SILTERRA KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA GREEN PACKET ‘SYARIKAT KORUP’?

Saturday 21 November 2020

KUTUK LANGKAH PKP, BILA MUHYIDDIN NAK PECAT DR JOMO KS PENASIHAT PH DI INSTITUT PENYELIDIKAN KHAZANAH?

 


1. 14 November lalu bekas Majlis Penasihat Kerajaan PH Dr Jomo K Sundaram dalam forum talian “Belanjawan 2021: Bergerak ke arah pemulihan” yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempersoalkan langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan Malaysia sebagai langkah terkebelakang, tidak perlu dan menidakkan kebajikan rakyat.

SILA BACA Khalid Samad dan Bekas Menteri PHpunca merebaknya Covid-19, Menteri PN sekarang ‘cuci tahi’ mereka

Tuesday 17 November 2020

LAGI TERBONGKAR GAYA HIDUP MEWAH PENGURUSAN HOKI UNIKL GUNA WANG RAKYAT MARA

 



Kelab yang tak perlu diperkenalkan lagi dan merupakan kelab yang paling kaya di Malaysia iaitu Kelab Hoki UniKL merupakan pasukan Hoki yang ditaja sepenuhnya oleh MARA melalui UniKL. Ini kerana semua duit UniKL adalah dari MARA. Jadi mengapa MARA sewenangnya meluluskan bajet berjuta-juta untuk pasukan Hoki UniKL ? Atau adakah MARA tidak sedar bahawa MARA telah diperbodohkan dengan pembaziran yang tidak masuk akal.Atau adakah MARA pun sekali terlibat? 

Dengan kerjasama dari ramai orang termasuk staff dan juga orang luar, akhirnya semua maklumat telah didapati untuk membongkarkan kegiatan mereka itu. Mungkin kesabaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan orang-orang macam ni yang hidup dengan penuh kepuraan. Mari kita kenali orang-orang hebat ini yang telah banyak merugikan duit MARA. 

Sunday 15 November 2020

JIKA FOXCONN GAGAL, KHAZANAH JUAL SILTERRA KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA GREEN PACKET ‘SYARIKAT KORUP’?

 


Apakah pemain korup CC Puan dan
Syarikatnya dipilih Khazanah?

1. Selepas terdedahnya usaha Azmin Ali dan beberapa orang dalam Khazanah mahu menjual SilTerra kepada syarikat asing apakah syarikat Bumiputera dan tempatan (Bukan Bumiputera) berpeluang memiliki SilTerra?

BACA- KANTOI LAGI! AZMIN ARAH KHAZANAH JUAL SYARIKATMILIK MALAYSIA SILTERRA KEPADA SYARIKAT ASING?

2. Mampukah naratif aset Malaysia dijual kepada warga asing mengundang sentimen marah kepada rakyat? Atau aset Khazanah kepada Bukan Bumiputera!

3. Jika ya pastinya Kerajaan PN yang sekarang berkuasa akan menolak cadangan itu. Tetapi tentunya amat sukar kerana pemimpin PH lama itu Datuk Seri Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini Menteri PN (Perangai lama) masih terlibat dalam urusan jual SilTerra sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional. Kelihatannya Azmin masih seperti Menteri Hal Ehwal Ekonomi PH!

Wednesday 11 November 2020

KANTOI LAGI! AZMIN ARAH KHAZANAH JUAL SYARIKAT MILIK MALAYSIA SILTERRA KEPADA SYARIKAT ASING?

 


SilTerra milik negara kini menjadi rebutan syarikat Bumiputera, bukan Melayu dan warga asing

Awal minggu ini, akhbar The Edge dan The New Straits Times (NST) melaporkan Khazanah Nasional Bhd bercadang melepaskan sebahagian besar pegangannya di dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Menurut laporan NST, Khazanah yang mahu dirinya digelar sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia, berhasrat melepaskan sehingga 80 peratus pegangannya dalam SilTerra yang kini dimilikinya 100 peratus.

Berita ini tidaklah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan mereka yang mendabik dada sebagai pejuang nasib bangsa kerana nama SilTerra tidak dikenali sangat oleh masyarat Melayu. 

Tuesday 3 November 2020

MENGAPA DR AUDREY TEH ORANG SABAH 'PH' DI LONDON KUTUK SISTEM RAWATAN KESIHATAN NEGARA SENDIRI? INI SEBABNYA!

 


Apa motif Dr Audrey fitnah negara sendiri?

1. Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature, yang menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai 'serba kekurangan' adalah "pernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali", kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

2. Hisham mengulas satu artikel yang bertajuk 'The scientist-gardener who is harnessing tobacco's power to heal', ditulis pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh berasal dari Sabah, mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara dan "banyak keluarga yang 'dimufliskan' oleh bil perubatan yang tinggi".

DEWAN RAKYAT UMUM PELANTIKAN ANGGOTA PAC


Dewan Rakyat hari ini mengesahkan pelantikan ahli parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru menggantikan Noraini Ahmad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun memaklumkan pelantikan 12 anggota jawatankuasa PAC termasuk empat wakil rakyat pembangkang.

Saturday 31 October 2020

BENARKAN TAN SRI ZETI DIBAYAR JHO LOW?


Benarkah  Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya terlibat dengan Jho Low? Lihat ini


Friday 23 October 2020

BUANG AMIR CMPO 'KAKI RASUAH' DAN KEKASIH SELEWENG DANA HOKI, HALANG PELANTIKAN CEO UNIKL

 


Kontroversi anak syarikat MARA tidak pernah berakhir. Sebelum ini telah tular mengenai skandal seks, rasuah dan penyelewengan dana kerajaan di UniKL .

Jun lalu tular di laman sosial dan  aplikasi WhatsApp mengenai skandal Dato’ Dr. Mazliham CEO, Dato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing and Planning Officer (CMPO) dan Shalieza Razali Assistant Manager Corporate Branding & Strategic Comunication Department sehingga Dato’ Dr. Mazliham CEO tidak disambung sebagai Presiden UniKL.

Friday 28 August 2020

TERBONGKAR DANA RM5 JUTA DILULUS DR MAHATHIR UNTUK PROJEK YOUTH POWER CLUB DISELEWENG ARMADA BERSATU


1. Julai lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
2. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Thursday 27 August 2020

IMEJ MENTERI KPLB TERCALAR, PENGERUSI MARA CORP BERTEGAS LANTIK CEO DISAMAN BANK RM12.2 JUTA



1. Captain M diberitahu pendedahan mengenai cubaan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) baharu iaitu Dato’ Badlisyah Abdul Ghani kini terganggu susulan pendedahan Captain M itu. Laporan kepada pihak berkuasa juga telah dibuat. Namun tiada kenyataan media daripada KPLB setakat ini.

2. Bagaimanapun  laporan pelantikan bakal Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) bukanlah fitnah kerana ia dibuktikan dengan surat Menteri KPLB kepada Pengerusi Majlis MARA selain butiran kes mahkamah Dato’ Badlisyah Abdul Ghani bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, Timbalan CEO TH yang kontroversi itu.

Monday 17 August 2020

MENTERI KPLB DIGESA BATAL SYOR LANTIK DATO’ BADLISYAH ADA KES MAHKAMAH RM12.2 JUTA SEBAGAI CEO MARA CORP



1. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar tidak pernah serik dengan kontroversi. Julai lalu beliau menghina UMNO sebagai parti tak laku dalam satu video yang tular menyebabkan beliau meminta maaf atas keceluparannya.

2. Begitu juga kontroversi terdedahnya minit Menteri KPLB membatalkan projek yang telah diputuskan oleh MOF yang sebelum ini telah dilaksanakan secara tender terbuka. Disaat Skandal MARA Inc isu pembelian hartanah Dudley International House, Melbourne dibuka semula oleh SPRM kini MARA kembali panas.  

Saturday 15 August 2020

PROJEK RM 89.1 JUTA : BEKAS SUSK MENTERI, TUNANG DIREMAN SPRM LIMA HARI


PUTRAJAYA: Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuesday 11 August 2020

GUAN ENG, ISTERI, LI KOON DIDAKWA TUDUHAN RASUAH, PENGUBAHAN WANG HARAM




BUTTERWORTH: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isteri, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Guan Eng, 60, Gek Cheng, 56, dan Li Koon, 48, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Friday 7 August 2020

GUAN ENG DIDAKWA MINTA RASUAH 10 PERATUS


Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Guan Eng, 59, bagaimanapun menjawab "tidak bersalah" dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, kira-kira jam 9.49 pagi.

Thursday 16 July 2020

SHAFIE KANTOI SURAT ‘PROJEK KRONI’ DIDEDAH NAJIB TULAR SEJAK 2016 BUKAN KERANA SEBAB BAKAL PM-9




1. Shafie Apdal melalui portal Malaysiakini berkata beliau menjadi sasaran serangan Najib Razak apabila bekas perdana menteri itu membocorkan beberapa surat berkaitan projek kerajaan suatu masa dulu.

2. Shafie percaya tindakan berkenaan diambil Najib selepas namanya disebut sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang.

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA