Friday 18 December 2020

CEO MARACORP TUNJUK BUKTI BANK TARIK BALIK PENGHAKIMAN INGKAR TUNTUTAN HUTANG LEBIH RM12 JUTA!

1. Susulan pendedahan CaptainM sebelum ini pada ogos 2020 mengenai butiran Penghakiman Ingkar Kehadiran(JID) Dato’ Badlisyah Abdul Ghani sebenarnya tidak menghalangpun pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) baharu pada 3 September 2020.

2. Badlisyah tetap dilantik dan diperakuai oleh Menteri KPLB.

3. Sekalipun terdapat bantahan dari Ahli Majlis Mara, Menteri KPLB melalui suratnya bertarikh 4 Ogos 2020 kepada Pengerusi Majlis MARA Dato’ Hajah Azizah Mohd Dun menjelaskan pelantikan Dato’ Badlisyah Abdul Ghani tidak perlu dinilai semula sebagaimana syor konsultan BTI Executive Search



JID tuntutan hutang lebih RM12 juta

4. Terbaru Dato’ Badlisyah Abdul Ghani itu mendedahkan beliau melalui firma guamannya tetuan Akram Hizri Azad & Azmir sebenarnya pada 24 Ogos 2019 beliau telah berjaya mengenepikan  Penghakiman Ingkar Kehadiran peguam BMMB bertarikh 18 November 2019 berhubung tuntutan hutang lebih RM12 juta terhadapnya.







5. Sekalipun tidak menjejaskan pelantikannya ketika itu tetapi tidak dinafikan Penghakiman Ingkar kehadiran mahkamah itu telah mendedahkan kredit rating Dato’ Badlisyah Abdul Ghani sebagai seorang CEO korporat 

6. Persoalannya apakah dengan pendedahan terbaru Penghakiman Ingkar Kehadiran (JID) ini mampu memulihkan kredit rating Dato’ Badlisyah Abdul Ghani? Beliau boleh menjawab menggunakan alasan isu peribadi namun dari segi persepsi beliau memerlukan kerja keras memperbetulkan persepsi rakyat dan imej korporatnya.

7. Terbaru, kemelut Maracorp yang berlaku sekarang sehingga penggantungannya sebagai CEO mengundang persoalan lain mengenai status CEO itu. Bolehkah ia diselesaikan?

Apa akan berlaku seterusnya?

Captain M
18 Disember 2020

No comments:

Post a Comment