Thursday 24 December 2020

VAKSIN COVID-19: MENGAPA KJ SIBUK? KELULUSAN PENGELUAR, PEMBELIAN DITENTUKAN KKM , KJ TIDAK PERLU CABAR PAC!

 


1. Sejak akhir-akhir ini KJ Menteri Sains dan Teknologi Khairy lebih sibuk menjawab isu vaksin Malaysia. Mengapa dia yang sibuk? Sedangkan Menteri Kesihatan yang menguruskan perjanjian, menandatangani, mengurus pembelian vaksin kekal tenang diposisi.

2. Yang jelas nampak di depan mata, KJ hanya lebih mengelirukan rakyat. Keadaan nampaknya lebih mengusutkan berbanding jawapan tepat.

3. Seperti yang dilaporkan media massa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata urusan pembelian serta perjanjian vaksin masih sedang dilakukan dan belum diselesaikan. Kerajaan setakat ini sudah memeterai dengan COVAX bagi pembelian 10 peratus vaksin, Pfizer bagi 20 peratus pembelian dan 20 peratus syarikat farmaseutikal AstraZeneca dari United Kingdom

“Keseluruhannya, kita (Malaysia) akan dapat membeli vaksin bagi keperluan 50 peratus rakyat daripada syarikat pembekal untuk keperluan rakyat negara ini. Kita akan cuba mendapatkan kesemua bekalan vaksin ini pada suku pertama tahun depan,” katanya.


Tetapi mengapa jawapan KJ berbeza? Beliau bukan Menteri Kesihatan pun

MOSTI dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai buat masa ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah AS$504.4 juta iaitu kira-kira RM2.05 bilion.

4. Menurut MOSTI, kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Astra Zeneca bagi perolehan sebanyak 6.4 juta dos atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi.

“Ini bermakna jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus yang telahpun diperolehi menerusi perjanjian bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca,” katanya.

5. MOSTI berkata, kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya, bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.

“Jumlah 80 peratus ini adalah melebihi sasaran awal iaitu untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus rakyat Malaysia,” menurut kenyataan MOSTI itu.

6. KJ sudah memberikan jawapan di Dewan Rakyat mengenai vaksin pada 17 Disember 2020. Jawapan itu sudah mencukupi tidak perlu meleret lagi.

Mengapa KJ Sibuk?

7. Siapa yang urus pembelian vaksin sebenarnya? Yang pasti bukan MOSTI tetapi KKM. 

8. Penjelasan KJ mengenai vaksin hanya lebih memerangkapnya dan mengelirukan rakyat sedangkan Kementerian Kesihatan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jadi cukuplah jadi hero. 

9. Sebaiknya tunggulah Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan membuat pengumuman.

10. Sekarang dah sampai ke tahap cabar-mencabar dengan Lim Kit Siang dan sehingga perlu memberi penerangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai perjanjian yang dibuat dengan pengeluar vaksin Covid-19. Untuk apa? Amat pelik mengheret isu vaksin hingga ke peringkat PAC. Vaksin pun tak dapat lagi. 

11. Sebenarnya jawapan anggaran RM3B adalah memadai kerana urusan pembelian dan perjanjian dengan pengeluar vaksin belum selesai. Setiap negara berbeza harga kerana faktor pengangkutan, penyimpanan, pengagihan dan mungkin perjanjian kerahsiaan pengeluar vaksin.

12. Jadi buat masa ini amat tidak perlu PAC campur tangan pada perkara yang belum selesai urusannya.

13. Keutamaan sekarang ialah negara membeli vaksin untuk rakyat. Rakyat mesti diselamatkan.

14. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri sudah mengatakan bahawa negara ini memperoleh 6.4 juta dos dari AstraZeneca dan beliau sendiri berjanji orang pertama akan menerima suntikan vaksin itu. Bagi kredit itu kepada Perdana Menteri. Tidak perlu Menteri Sains KJ ke depan sangat menenggelamkan berita PM.

15. Ya benar Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah ditubuhkan untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh dengan segera, selamat dan sempurna tetapi kuasanya terhad. Bukan meluluskan vaksin mana sesuai untuk Malaysia!

KJ, MOSTI dan 'agennya' nampak sudah meninjau pengeluar vaksin ini.


16. Penentuan vaksin mana perlu diluluskan tertakluk kepada kuasa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini soal nyawa manusia pemilihannya pastinya sangat ketat. KJ dan MOSTI tidak mempunyai kuasa merunding dan menentukan syarikat pengeluar vaksin mana yang ‘agennya’ uruskan.

17. Adalah sangat tidak masuk akal KJ dan agennya berunding dengan syarikat pengeluar vaksin dan minta Menteri Kesihatan menandatangani pula syarikat dirunding itu.

18. Sebagai contoh MOSTI telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Kementerian Sains dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat China (RRC) pada 18 November 2020 bagi memudahkan perolehan vaksin dari syarikat-syarikat pengeluar vaksin dari negara China dengan menggunakan pendekatan Government to Government (G2G). Apa perlunya KJ menandatangani perjanjian ini tanpa persetujuan PM dan Menteri Kesihatan? Satu dunia bertanya mengapa KJ melakukannya? 

19. Bukankah jelas Malaysia pun belum menentukan lagi vaksin dari China itu atau pengeluar lain. 

20. Yang Kementerian Kesihatan telah putuskan ialah kepada tiga pengeluar sahaja setakat ini iaitu;

i. Perjanjian Commitment Agreement (Optional Purchase Arrangement) COVAX Facility pada 23 November 2020.

ii. Perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada 24 November 2020 dan 

iii. Advance Purchase Agreement dengan Astrazeneca pada 21 Disember 2020.

21.  Ada juga yang berpendapat mengapa kita perlu menyertai COVAX jika kita rugi dengan syarat-syaratnya? Malaysia tiada pilihan kerana perlu menyertai COVAX ini yang diterajui GAVI dan WHO sekalipun terpaksa membayar deposit USD22.656 juta (RM94 juta). Melalui COVAX Malaysia dikategorikan bersama negara maju dan perlu membayar harga yang sama seperti Singapura juga. 

22. Ada yang hairan mengapa Singapura mendapat vaksin Pfizer lebih awal. Bukan sebab mereka banyak duitpun. Apa nak hairan setiap negara mempunyai pihak berkuasa menentukan vaksin ini. Bagi Malaysia ditentukan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Agensi ini perlukan sekurangnya sehingga 120 hari membuat kelulusan. Di Singapura Pfizer-BioNtTech telah memberi dokumen atau maklumat lebih awal sejak September lagi vaksin mereka untuk diluluskan. Kita di Malaysia masih mengkaji. Sekurangnya negara lain yang membeli boleh dijadikan rujukan.

23. Tetapi KJ nampaknya sudah ghairah mengumumkan pengeluar-pengeluar vaksin lain. Ada apa dengan mereka? KJ sedang berusaha memasukkan baki 20% lagi mungkin kepada 'agen' yang ramai orang sebutkan kini. Captain M tidak mahu mengulas mengenai butiran 'agen' itu. Siapa pengeluar vaksin buruan 'agen' KJ itu agaknya? Benarkah KKM melalui 
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah dan akan meluluskan vaksin seperti Sinovac, CansinoBio dan Gamaleya yang KJ sebut.?




No comments:

Post a Comment