Friday 28 August 2020

TERBONGKAR DANA RM5 JUTA DILULUS DR MAHATHIR UNTUK PROJEK YOUTH POWER CLUB DISELEWENG ARMADA BERSATU


1. Julai lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
2. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Thursday 27 August 2020

IMEJ MENTERI KPLB TERCALAR, PENGERUSI MARA CORP BERTEGAS LANTIK CEO DISAMAN BANK RM12.2 JUTA



1. Captain M diberitahu pendedahan mengenai cubaan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) baharu iaitu Dato’ Badlisyah Abdul Ghani kini terganggu susulan pendedahan Captain M itu. Laporan kepada pihak berkuasa juga telah dibuat. Namun tiada kenyataan media daripada KPLB setakat ini.

2. Bagaimanapun  laporan pelantikan bakal Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) bukanlah fitnah kerana ia dibuktikan dengan surat Menteri KPLB kepada Pengerusi Majlis MARA selain butiran kes mahkamah Dato’ Badlisyah Abdul Ghani bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, Timbalan CEO TH yang kontroversi itu.

Monday 17 August 2020

MENTERI KPLB DIGESA BATAL SYOR LANTIK DATO’ BADLISYAH ADA KES MAHKAMAH RM12.2 JUTA SEBAGAI CEO MARA CORP



1. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar tidak pernah serik dengan kontroversi. Julai lalu beliau menghina UMNO sebagai parti tak laku dalam satu video yang tular menyebabkan beliau meminta maaf atas keceluparannya.

2. Begitu juga kontroversi terdedahnya minit Menteri KPLB membatalkan projek yang telah diputuskan oleh MOF yang sebelum ini telah dilaksanakan secara tender terbuka. Disaat Skandal MARA Inc isu pembelian hartanah Dudley International House, Melbourne dibuka semula oleh SPRM kini MARA kembali panas.  

Saturday 15 August 2020

PROJEK RM 89.1 JUTA : BEKAS SUSK MENTERI, TUNANG DIREMAN SPRM LIMA HARI


PUTRAJAYA: Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuesday 11 August 2020

GUAN ENG, ISTERI, LI KOON DIDAKWA TUDUHAN RASUAH, PENGUBAHAN WANG HARAM




BUTTERWORTH: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isteri, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Guan Eng, 60, Gek Cheng, 56, dan Li Koon, 48, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Friday 7 August 2020

GUAN ENG DIDAKWA MINTA RASUAH 10 PERATUS


Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Guan Eng, 59, bagaimanapun menjawab "tidak bersalah" dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, kira-kira jam 9.49 pagi.

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA