Monday, 17 August 2020

MENTERI KPLB DIGESA BATAL SYOR LANTIK DATO’ BADLISYAH ADA KES MAHKAMAH RM12.2 JUTA SEBAGAI CEO MARA CORP



1. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar tidak pernah serik dengan kontroversi. Julai lalu beliau menghina UMNO sebagai parti tak laku dalam satu video yang tular menyebabkan beliau meminta maaf atas keceluparannya.

2. Begitu juga kontroversi terdedahnya minit Menteri KPLB membatalkan projek yang telah diputuskan oleh MOF yang sebelum ini telah dilaksanakan secara tender terbuka. Disaat Skandal MARA Inc isu pembelian hartanah Dudley International House, Melbourne dibuka semula oleh SPRM kini MARA kembali panas.  

3. Terbaru Menteri KPLB melakukan kontroversi lagi apabila bertegas menggunakan kuasa Menterinya untuk melantik Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) baharu iaitu Dato’ Badlisyah Abdul Ghani bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank yang meletak jawatan gara-gara kenyataan dalam laman sosial mengenai mengenai transaksi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


4. Sebelum ini dilaporkan Mesyuarat Majlis MARA dan Ahli Lembaga Mara Corp telah menolak cadangan nama  Dato’ Badlisyah Abdul Ghani sebagai CEO MARA Corp memandangkan nama Dato’ Badlisyah tercemar dengan pelbagai kontroversi termasuk pelbagai saman bank bernilai lebih RM12.2 juta.

Diarah meletak jawatan kerana kontroversi


Pada tahun 2016 beliau pernah dilantik sebagai Timbalan CEO Tabung Haji sebelum dipecat pada 2018 selepas PH berkuasa


Kes Saman


5. Jadi apa rasional konsultan dilantik MARA,  BTI Executive Search memilih nama Dato’ Badlisyah ini amat mencurigakan. Tak mungkin mereka gagal menemukan fakta siapa Dato’ Badlisyah. Tak mungkin mereka tidak menemui salah laku Badlisyah di Tabung Haji selain kes mahkamah.

6. Orang kuat disebalik pelantikan Dato’ Badlisyah ialah Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir Pengerusi Mara Corp sekarang sahabat baik Datuk Dr Latip. Beliau merupakan bekas Pengerusi CIMB Islamic Bank maka beliaulah mencadangkan kepada Menteri KPLB melantik Dato’ Badlisyah sebagai CEO.



7. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad selaku Menteri KPLB gagal diberi nasihat yang betul sehingga akur dengan cadangan Datuk Dr Syed Muhamad. Sekalipun Ahli Majlis MARA dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp menolak cadangan nama Dato’ Badlisyah Menteri KPLB bertegas mahu melantik Badlisyah.

8. Dalam satu surat yang tular bertarikh 4 Ogos 2020 kepada Pengerusi Majlis Amanah MARA Menteri mahu penilaian nama CEO Dato’ Badlisyah atas syor BTI Executive Search diperakukan tanpa perlu penilaian semula sebagaimana syor Majlis MARA. 


9. Dalam erti kata lain Menteri KLPB menggunakan kuasanya memilih Dato’ Badlisyah Abdul Ghani sahabat baik Pengerusi MARA Corp Datuk Dr Syed Muhamad sebagai CEO MARA Corp. Apakah motif? tidak lain mudah menyusun segala kepentingan di MARA Corp jika CEO dan Pengerusi sekepala.

10. Dengan pendedahan ini diharap Datuk Dr Abdul Latif Menteri Pembangunan Luar Bandar membatalkan cubaan melantik Dato’ Badlisyah Abdul Ghani sebagai CEO MARA Corp. Jika CIMB dan TH bermasalah ketika melantik beliau jangan sampai MARA Corp institusi bumiputera itu nanti juga melingkup sama.

11. Ada ramai lagi individu yang layak dilantik sebagai CEO MARA Corp yang lebih layak sebagai CEO MARA Corp. Tak malukah Menteri KPLB dan MARA jika CEO MARA Corp turun naik mahkamah menyelesaikan kes saman berjuta Dato' Badlisyah itu. Paling penting MARA Corp bukan batu loncatan untuk menyelamatkan hutang peribadi. 

Captain M
17 Ogos 2020





No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI