Thursday, 2 July 2026

PRN JOHOR: SIAPA TIKAM SIAPA? BN DEKATI PAS, PH DITINGGALKAN, MCA DAN MIC BAKAL HILANG UNDI

 


Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memperlihatkan landskap politik yang jauh lebih rumit berbanding pilihan raya terdahulu. Walaupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, kedua-dua gabungan memilih untuk bertembung secara langsung di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Di pentas rasmi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan jentera BN dan PH supaya tidak saling menyerang sepanjang kempen. Kenyataan itu dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian hubungan antara kedua-dua gabungan meskipun bersaing merebut mandat rakyat.

Namun, perkembangan di lapangan mula mencetuskan pelbagai persoalan politik.

Beberapa program yang melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut menyaksikan kehadiran pemimpin serta ahli jawatankuasa PAS. Dalam masa yang sama, Presiden UMNO sendiri secara terbuka mengalu-alukan sokongan PAS kepada calon-calon BN di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).


Program Majlis Penyampaian Amanat Kepada Jentera BN Parlimen Batu Pahat oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, pada 30 Jun 2026 di Dewan Kampung Parit Mengkudu, Rengit yang turut dihadiri Datuk Johan Abdul Aziz, Ketua UMNO Bhg. Hulu Langat dan Mislan Samian, AJK PAS Kawasan Batu Pahat



Perkembangan itu membuka ruang kepada pelbagai tafsiran bahawa hubungan BN dan PAS di Johor mungkin lebih mesra daripada yang dipaparkan secara rasmi, walaupun PAS dan BERSATU masih berada dalam gabungan PN.

Pada masa yang sama, BN dikatakan sedang berdepan cabaran mempertahankan beberapa kerusi tradisinya. Pelbagai laporan dan analisis politik menyebut usaha memperkukuhkan gerak kerja jentera parti, walaupun Onn Hafiz menafikan dakwaan bahawa BN berada dalam keadaan panik atau gentar menghadapi PRN Johor. Maksudnya Onn Hafiz MB Johor itu sedang goyang!



Dari sudut strategi politik, keadaan ini meletakkan PH dalam kedudukan yang menarik untuk diperhatikan. Walaupun kedua-dua gabungan berkongsi kuasa di Putrajaya, mereka kini bertarung secara terbuka di Johor. Persaingan itu sudah tentu menjadikan setiap undi amat bernilai dan setiap kerusi sebagai medan perebutan.

Persoalan yang semakin hangat diperkatakan ialah sama ada hubungan erat BN dan PH di peringkat Persekutuan benar-benar mampu diterjemahkan di Johor, atau BN sedang memilih pendekatan politik yang lebih pragmatik dengan membuka ruang hubungan yang lebih rapat dengan PAS demi mengukuhkan peluangnya dalam pilihan raya.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai kerjasama pilihan raya antara BN dan PAS di Johor namun bayang-bayang permainan di belakang jelas kelihatan.  Malah terdapat maklumat pertemuan pemimpin UMNO dengan PAS-PN dalam PRN kali ini.

Implikasi Jika BN–PAS bersama PAS

Sekiranya persepsi bahawa BN semakin menghampiri PAS terus berkembang sepanjang kempen, kesannya bukan sekadar terhadap persaingan politik, malah boleh memberi tekanan kepada parti-parti komponen BN sendiri, khususnya MCA dan MIC.



MCA dijangka berdepan cabaran paling besar kerana sebahagian besar kerusi yang ditandinginya mempunyai komposisi pengundi Cina yang signifikan. Sejak era Muafakat Nasional lagi, DAP sering menggunakan hubungan UMNO-PAS sebagai bahan kempen. Jika persepsi bahawa BN kembali mendekati PAS semakin meluas, isu itu dijangka sekali lagi menjadi senjata politik DAP untuk mempersoalkan pendirian MCA serta menguji sejauh mana parti itu mampu mengekalkan keyakinan pengundi Cina.

Dalam keadaan sedemikian, MCA mungkin berdepan dilema. Sebagai komponen BN, parti itu perlu mempertahankan strategi gabungan, namun pada masa yang sama berdepan cabaran menjelaskan kepada pengundi bahawa pendirian dan dasar parti tidak berubah. Sama ada persepsi itu akhirnya mempengaruhi pola pengundian bergantung kepada bagaimana isu ini berkembang sepanjang kempen.

MIC pula berpotensi menerima tempias, khususnya di kerusi yang mempunyai jumlah pengundi India yang besar. Walaupun kesannya mungkin tidak sebesar yang dihadapi MCA, sebarang persepsi bahawa BN sedang mengubah pendekatan politiknya boleh dijadikan bahan kempen oleh pihak lawan.

Dari sudut yang lebih luas, sekiranya BN terus dilihat semakin mesra dengan PAS ketika masih bekerjasama dengan PH di peringkat Persekutuan, ia berpotensi menimbulkan persoalan mengenai hala tuju politik gabungan tersebut. Penyokong PH mungkin mempersoalkan sejauh mana semangat Kerajaan Perpaduan diterjemahkan di Johor, manakala penyokong BN pula mungkin melihat pendekatan itu sebagai strategi memperluaskan sokongan tanpa menjejaskan kerjasama di Putrajaya.

Persoalan akhirnya ialah: adakah semua ini sekadar strategi politik pilihan raya, atau petanda bahawa landskap kerjasama politik sedang berubah? Jawapannya hanya akan diketahui apabila rakyat Johor membuat pilihan di peti undi.

Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim PMX tidak sedar strategi  Zahid Hamidi? Sudah pasti PMX sedar dan tahu apa permainan Zahid di belakang.  Apa pilihan PH ada?

Lawan! Lawan dan Lawan!

No comments:

Post a Comment