Saturday 30 December 2017

SATU LAGI KES SHAFIE APDAL DAN PETER ANTHONY BAKAL DIKANDANGKAN OLEH SPRM KERANA KES RISDA!

PENYELEWENGAN DANA RISDA

1. Hari ini media perdana Utusan Malaysia menyiarkan dimuka depannya "Kes jualan tanah RISDA RM15.15 juta di Sabah: Bekas Menteri disiasat".


2. Kisah penyelewengan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW yang kini Presiden Warisan bersama Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd sudah didedah seawal 28 Oktober 2016. 

Wednesday 13 December 2017

SKANDAL TANAH SUNGAI YU ADA UNSUR RASUAH! EXCO ATAU MB SELANGOR BAKAL DIPANGGIL SPRM?


1. Selepas Skandal Rasuah anak saudara Azmin Ali di Selangor yang mengundang ugutan Azmin sebagai "Jangan Sentuh Keluarga Saya" menggundah gulanakan Azmin kini isu Skandal Tanah Sungai Yu bakal mencetuskan isu kerana bakal disiasat SPRM. Titik persoalan Skandal Tanah Sungai Yu ialah bagaimana tanah orang miskin diberi kepada mereka yang tidak layak. 


Tuesday 5 December 2017

ABANG DAN ABANG IPAR AZMIN BAKAL DIPANGGIL SPRM? MEROYANLAH AZMIN!


1. Sejak 'Aboy' anak Saudara Azmin Ali direman SPRM Azmin MB Selangor berterusan menyerang SPRM memperlihatkan sikap 'double standard' nya terhadap SPRM. Jika pegawai PBT ditahan SPRM beliau mahu diserahkan kepada SPRM  tetapi jika anak saudaranya Azmin berkata ini satu 'konspirasi'. Tahniah pada SPRM terus 'cool' dan profesional.

2. Portal Sabahkini2 yang melaporkan awal penangkapan Mohd Nuzul Fadli pada 29 November lalu dengan istilah 'Anak Saudarar MB Selangor' sekali lagi pada 2 Disember membuat laporan Mohamed Azman Ali abang Azmin MB Selangor bakal dipanggil SPRM tidak lama lagi. Tanda-tanda meroyan dah ada.

3. Hari ini utusan turut melaporkan "Lagi keluarga terdekat MB Selangor dalam radar SPRM" . Laporan itu menyebut satu lagi tangkapan akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat terhadap individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah.

4. Hakikatnya tidak lain tidak bukan ia mesti Azman Ali, abang Azmin Ali atau abang Shamsidar isteri Azmin. Sejak Aboy ditangkap Azman antara keluarga Azmin yang cuak dan berusaha menutup segala cacat cela. Beliau dikatakan setiap hari menghubungi Azmin Ali bimbang dengan tangkapan SPRM. Aboy telah memecahkan banyak rahsia pemberian rasuah syarikat untuk Azmin dan keluarga mereka.

5. Pendedahan terbaru Kondominium Mewah G Residence milik Aboy berharga kira-kira RM 2 juta pastinya memberi tekanan kepada Azmin Ali sebagaimana kisah Adam Rosly yang akhirnya tumbang selepas rumah serta kenderaan mewahnya didedahkan sehingga menipu siasatan SPRM.

Sunday 3 December 2017

KONDO ANAK SAUDARA AZMIN RM 2 JUTA HASIL SAMUN PASIR DIDEDAHKAN!

Mohd Nuzul Fadli atau "Aboy' tidak bekerja. Sering mengikut Azmin ke mana saja. Kenderaaan mewah, gaya mewah, percutian mewah, hobi mewah dan  rumah juga mewah hingga harga RM2 juta. Hebat Azmin melahirkan anak muda jutawan. Sejak 2014 lombong pasir haram di Kajang tapi tiada Azmin, Kerajaan Negeri dan PBT tak nampak. Mereka tutup mata. sebab apa? 'Anak Saudara Azmin'

1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham didedahkan di masih sempat melepaskan diri.



2. Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar 'Aboy' atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayainya. Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah 'brooker' projek. Semua projek lombong pasir, batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan MB Selangor beliau dapat. Belum dikira Aboy memasukkan gambar-gambar kenderaan mewah, percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial facebook dan instagram. 

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA