Friday 28 August 2020

TERBONGKAR DANA RM5 JUTA DILULUS DR MAHATHIR UNTUK PROJEK YOUTH POWER CLUB DISELEWENG ARMADA BERSATU


1. Julai lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
2. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, kita menemui wang tunai keseluruhannya berjumlah RM600,000 di dua kediaman berkenaan," katanya
3. Selain itu, Norazlan berkata, pihak SPRM turut merampas sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 milik seorang ahli parti berkenaan yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah gunakan.
4. Misteri salahlaku rasuah Bendahari Armada terjawab apabila Rafiq Hakim Razali yang juga Presiden Youth Power Club direman SPRM. Pada 15 Mei 2019, kerajaan PH umum peruntukan sejumlah RM50 juta setiap tahun untuk YPC dan RM7.4 juta untuk penubuhan cawangan di 222 parlimen. 

5. YPC mendapat kecaman pertubuhan belia kerana bertindih dengan pertubuhan belia yang sedia ada seperti Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah. YPC satu cara menghapuskan peranan NGO Majlis Belia Malaysia. Dana pula disalur terus kepada Armada melalui kuasa Menteri Belia dan Sukan

6. Sejak semalam tular pula surat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta RM5 Juta untuk projek Youth Power Club.



7. Permintaan sebanyak RM5 juta itu telah diluluskan oleh Tun Mahathir, Perdana Menteri 8 dan juga Pengerusi Bersatu ketika itu. Duit YPC RM5 juta inilah yang diseleweng Bekas Bendahari Armada dan Exconya.

8.  Syed Saddiq disiasat SPRM kerana kehilangan wang RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya. Kerana kemungkinan Syed Saddiq dan exco Armada akan didakwa maka Syed Saddiq tidak mahu menyertai Parti Pejuang atas alasan mahu menubuh parti anak muda.

Captain M
28 Ogos 2020


No comments:

Post a Comment