Thursday, 27 August 2020

IMEJ MENTERI KPLB TERCALAR, PENGERUSI MARA CORP BERTEGAS LANTIK CEO DISAMAN BANK RM12.2 JUTA



1. Captain M diberitahu pendedahan mengenai cubaan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) baharu iaitu Dato’ Badlisyah Abdul Ghani kini terganggu susulan pendedahan Captain M itu. Laporan kepada pihak berkuasa juga telah dibuat. Namun tiada kenyataan media daripada KPLB setakat ini.

2. Bagaimanapun  laporan pelantikan bakal Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) bukanlah fitnah kerana ia dibuktikan dengan surat Menteri KPLB kepada Pengerusi Majlis MARA selain butiran kes mahkamah Dato’ Badlisyah Abdul Ghani bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, Timbalan CEO TH yang kontroversi itu.


Penilaian BTI Executive wajar dinilai semula

Jika benar ditarik balik syarikat Perunding BTI
perlu membuktikan laporannya


3. BTI Executive Search sebuah konsultan yang dilantik MARA dilaporkan bengang dengan pendedahan itu kerana mencerminkan kelemahan syarikat itu dalam membuat penilaian pelantikan CEO kepada kerajaan.Sepatutnya MARA tidak perlu pun melantik perunding bebas yang kononnya bebas seperti itu kerana dibimbangi konsultan dipengaruhi kepentingan tertentu.

4. Jika benar dakwaan BTI Executive Search bahawa pihak institusi kewangan yang menyaman Dato’ Badlisyah menarik balik kes saman ia sepatutnya didedahkan kepada ahli Lembaga Pengarah Majlis MARA dan MARA Corp Sdn Bhd bersekali dengan dokumen berkaitan. Selain butiran lain akaun-akaun yang dibekukan. Tunjukkan! Captain M mempunyai semua butiran itu.

5. Titik sebenar bermula masalah ini ialah Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir Pengerusi Mara Corp. Beliau menggunakan kedudukannya yang rapat Menteri cuba memberi nasihat salah kepada Menteri KPLB. Beliau bertegas mencadangkan kepada Menteri KPLB melantik Dato’ Badlisyah sebagai CEO dan mempengaruhi BTI Executive Search.

6. Apa perlunya berkeras melantik Dato’ Badlisyah jika Ahli Majlis MARA dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp menolak cadangan nama Dato’ Badlisyah itu? Surat 4 Ogos 2020 kepada Pengerusi Majlis Amanah MARA jelas arahan penilaian BTI Executive Search tidak perlu dinilai semula. Mengapa begitu?


7. Datuk Dr Syed Muhamad Pengerusi MARA Corp kena ingat MARA Corp bukan institusi kewangan seperti CIMB Bank. Banyak aset bumiputera MARA perlu dilindungi jadi amatlah tidak sesuai CEO atau individu dilantik tidak memahami agenda bumiputera.

8. Datuk Dr Syed Muhamad sebenarnya tidak sesuai menjadi Pengerusi MARA Corp sepatutnya khidmat beliau ditamatkan saja. Beliau hanya mengheret MARA dan anak syarikatnya kepada pendedahan lain jika meneruskan pelantikan Dato’ Badlisyah. Malah lebih buruk menjejaskan nama baik Menteri KPLB jika penggunaan kuasa akhir iaitu Kuasa Menteri bagi melantik CEO MARA Corp.

9.  BTI Executive Search syarikat perundingan bebas yang dilantik MARA ternyata lembap dan gagal membuat penilaian tepat. Sepatutnya jika Ahli Majlis MARA membuat penilaian semula BTI mereka akur dan memberikan kerjasama.

10. Terima kasih atas keprihatinan Menteri KPLB mendengar gesaan membatalkan syor melantik Dato’ Badlisyah yang ada kes mahkamah RM12.2 juta. Menteri mungkin tidak diberitahu perkara sebenar. Jangan dengar cakap Pengerusi MARA CORP ini. Ia akan merosakkan nama Menteri KPLB.

Captain M
27 Ogos 2020


No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI