Sunday 15 November 2020

JIKA FOXCONN GAGAL, KHAZANAH JUAL SILTERRA KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA GREEN PACKET ‘SYARIKAT KORUP’?

 


Apakah pemain korup CC Puan dan
Syarikatnya dipilih Khazanah?

1. Selepas terdedahnya usaha Azmin Ali dan beberapa orang dalam Khazanah mahu menjual SilTerra kepada syarikat asing apakah syarikat Bumiputera dan tempatan (Bukan Bumiputera) berpeluang memiliki SilTerra?

BACA- KANTOI LAGI! AZMIN ARAH KHAZANAH JUAL SYARIKATMILIK MALAYSIA SILTERRA KEPADA SYARIKAT ASING?

2. Mampukah naratif aset Malaysia dijual kepada warga asing mengundang sentimen marah kepada rakyat? Atau aset Khazanah kepada Bukan Bumiputera!

3. Jika ya pastinya Kerajaan PN yang sekarang berkuasa akan menolak cadangan itu. Tetapi tentunya amat sukar kerana pemimpin PH lama itu Datuk Seri Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini Menteri PN (Perangai lama) masih terlibat dalam urusan jual SilTerra sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional. Kelihatannya Azmin masih seperti Menteri Hal Ehwal Ekonomi PH!

4. Sekalipun Pengerusi Khazanah adalah Tan Sri Muhyiddin PM, ahli lembaganya Menteri Kewangan Dato’ Sri  Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz , Goh Ching Yin (dilantik sejak PH) dan lain-lain lagi Azmin dilihat lebih berpengaruh.


5. Apakah kartel Datuk Shahril Ridza Ridzuan Pengarah Urusan Khazanah berani membuat keputusan? Sebab sejak Shahril Ridza MD kerjanya asyik menjual aset saja.

6. Kebiasaan kerajaan jika menjadi isu rakyat mereka membatalkannya dan tidak memilih syarikat asing. Melainkan mereka bebal. Sudah tentu kini peluang kelihatan terbuka buat syarikat bumiputera dan tempatan. Persoalannya siapa?


Pelobi-Pembida

6. FOXCONN: Pembida utama pilihan kerajaan PN seperti syarikat Foxconn dari Taiwan dengan harga RM515 juta sudah tentu pilihan terbaik kerana menjana hasil tunai tertinggi namun syarikat Foxconn syarikat gergasi Taiwan ini sudah tentu mahu melihat kestabilan kerajaan.

7. Foxconn bukan setakat sebuah syarikat multinasional elektronik Taiwan tetapi lambang kuasa dan patriotisme Taiwan. Jika Foxconn mahu dengan berbilion mereka ada pasti sangat mudah membeli syarikat di luar negara atas motif keuntungan. Oleh itu isu yang boleh memburukkan imej Foxconn disaat ini tentu memperangaruhi proses pembelian SilTerra.

8. Sekalipun Foxconn penyedia terbesar perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) bagi mengeluarkan produk elektronik kepada syarikat utama China, Amerika Syarikat (AS), Finland serta Jepun, ia hanyalah sebuah pengeluar kontrak dan tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kemudahan pelaburan seperti SilTerra.

9. Foxconn mungkin akan memindahkan SilTerra kepada syarikat lain bagi mengendalikannya. Akhirnya Malaysia gigit jari.

 

 

X-Fab mengintai SilTerra sejak 2016. 

10. X-FAB: Pembida kedua syarikat asing ialah syarikat X-FAB dari Jerman. Syarikat pembuat wafer silikon terkemuka global dari Jerman ini dilaporkan melabur di Malaysia lebih RM500 juta sejak 10 tahun lalu dan beroperasi di Kuching Sarawak.  X-Fab sejak 2016 berminat untuk membeli kepentingan dalam SilTerra. 

11. GREEN PACKET: Pembida ketiga ialah syarikat kontroversi  yang pernah disiasat SPRM pada tahun 2019 Green Packet Berhad.

 


12. Rakan JV Green Packet (55%) dan syarikat China Dongfang Huijia Zhuhai Asset Management Co Ltd (45%). Harga bidaan tunai mereka ialah RM235 juta dan menyerap hutang sebanyak RM210 juta. 


13. Green Packet dimiliki Puan Chan Cheong tidak asing lagi bab jual beli anak syarikat GLC kerajaan namun beliau terpaksa mengharungi siasatan SPRM kerana jual beli meragukan Syarikat Packet One Networks (P1) kepada Telekom Malaysia Berhad. Hasilnya Telekom membayar RM350 juta untuk pegangan 57 peratus, selain menyuntik modal RM210 juta dalam P1.



Kertas cadangan bocor oleh orang dalam Khazanah menjadi
mainan Green Packet meletakkan harga..

14. Skill lobi Puan Chan Cheong tentunya ditagih sebagaimana beliau berjaya menjual syarikatnya kepada TM. Pengerusi Green Packet ialah Tan Sri Dr. Omar Abdul Rahman bekas Penasihat Sains di Jabatan Perdana Menteri sudah tentu sangat berpengalaman bagi urusan dengan kerajaan. CC Puan pasti sanggup melakukan apa saja termasuk  JV dengan syarikat bumiputera untuk mengaut segala pembiayaan bumiputera jika berjaya membeli SilTerra.

15. DNeX: Pembida terakhir Syarikat tempatan Bumiputera Dagang NeXchange Berhad  (DNeX) dan rakan strategiknya, Beijing CGP Investment Co Ltd (CGP) dengan rancangan pemulihan SilTerra membabitkan pelaburan sebanyak RM846 juta.

16. Daripada jumlah itu, RM136 juta adalah dalam bentuk bayaran tunai untuk Khazanah, RM210 juta untuk menyerap pinjaman bank SilTerra dan tambahan RM500 juta lagi bagi tujuan perbelanjaan modal serta perbelanjaan operasi.


17. Sepatutnya DNeX telah diberikan tawaran mengambil alih SilTerra. DNeX sudah meninjau SilTerra sejak pertengahan 2018 dan melakukan kajian komprehensif mengenai teknologi, operasi dan perniagaan syarikat milik Khazanah itu.

18. Ia sekaligus mengekalkan SilTerra sebagai milik Malaysia dan dioperasikan oleh  bumiputera.


Syed Zainal Abidin bukanlah asing dalam dunia korporat

19. Bagaimanapun kerana ada pihak dari Khazanah sedang mengambil untung untuk urus niaga itu maka kertas penjualan SilTerra telah dibocorkan kepada pelbagai pihak khususnya FoxConn, X-FAB dan Green Packet.

20. Tawaran alternatif Khazanah dari sudut pemilikan syarikat majoriti tempatan atau majoriti asing adalah usaha untuk menyingkirkan DNeX. Khazanah Nasional Bhd membuat perubahan kepada terma dan syarat bidaan iaitu hanya mengekalkan sehingga 30 peratus kepentingan dalam SilTerra. Maka habislah SilTerra!

21. Jika Khazanah mahu memilih Green Packet bukan syarikat bumiputera, syarikat korup memiliki anak syarikat Kerajaan pastinya Khazanah memang bodoh! Mereka mendedahkan kritikan yang lebih besar bukan saja kepada Khazanah tetapi Kerajaan PN itu sendiri. 

22. Lebih memburukkan keadaan Jawatankuasa Pelaburan Khazanah diketuai oleh pengerusi jawatankuasa eksekutifnya Goh Ching Yin manakala Syarikat audit dilantik Khazanah iaitu KPMG Management and Risk Consulting Sdn Bhd dilaporkan memberi kelebihan kepada Foxconn dan Green Packet

23. Di sinilah Azmin Ali bakal dijuji sama ada memperkasa agenda bumiputera atau mahu utamakan komisennya? atau dia akan menjadi bahan makian rakyat menjual aset bumiputera kepada pihak luar atau bukan bumiputera.

24. DNeX syarikat bumiputera yang berkemampuan dan layak. Mengapa susah-susah pening memilih. Jika DNeX sudah pasti SilTerra masih milik Malaysia dan Bumiputera!


 

No comments:

Post a Comment

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA