Tuesday 3 November 2020

MENGAPA DR AUDREY TEH ORANG SABAH 'PH' DI LONDON KUTUK SISTEM RAWATAN KESIHATAN NEGARA SENDIRI? INI SEBABNYA!

 


Apa motif Dr Audrey fitnah negara sendiri?

1. Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature, yang menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai 'serba kekurangan' adalah "pernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali", kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

2. Hisham mengulas satu artikel yang bertajuk 'The scientist-gardener who is harnessing tobacco's power to heal', ditulis pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh berasal dari Sabah, mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara dan "banyak keluarga yang 'dimufliskan' oleh bil perubatan yang tinggi".






Tuduhan berat dari rakyat Malaysia

3. Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan.

4. Menurutnya lagi, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

5. Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, pelbagai perkhidmatan menyeluruh diliputi, termasuk promosi kesihatan, pencegahan penyakit, perawatan dan rawatan pemulihan.

"Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.

"Ini mewujudkan jaringan keselamatan yang kukuh, memastikan bahawa tiada sesiapa yang dinafikan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan, tanpa mengira keupayaan untuk membayarnya," katanya.

6. Dr Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO) juga terus memperakui bahawa Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.

"Dengan perkhidmatan kesihatan awam yang disubsidi, kerajaan mengutip bayaran pengguna yang amat minimum,

"Dalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom,"

Editor laman web Nature mengaku tak periksa fakta

7. Facebook  Nature Research diserang oleh netizen Malaysia hampir 1000 komen kerana tidak memeriksa fakta artikel yang ditulis Dr Audrey Teh itu. Selepas dikecam editor Nature berkata akan memeriksa semula fakta artikel itu.





8. Adalah sesuatu yang memalukan menggunakan nama Nature Research tetapi memberi fakta semborono

Audrey Teh penyokong PH yang lama tak balik Malaysia

9. Sesuatu yang pelik. Kebiasaanya rakyat negara pasti akan berbangga apabila ada dikalangan kita yang mencipta nama di luar negara. Namun lain situasi bagi Dr Audrey ini apabila dia telah membuat satu kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia terutamanya pasukan perubatan.

10. Menyifatkan negara kita tidak mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam atau dalam erti kata lain hospital di dalam negara seperti serba kekurangan adalah sesuatu yang sangat keterlaluan.

11. Audrey Teh rakyat Malaysia (Sabah) yang lama tak balik dan berkahwin dengan orang asing di luar negara. Terlalu taksub dengan Pakatan Harapan (PH) menjadikan hatinya hitam menilai kebaikan dan kelebihan negara sendiri.



Audrey Teh dan Nurul Izzah

Mengapa Dr Audrey buta?

12. Belanjawan 2020 misalnya berbilion peruntukan kesihatan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan. Kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik untuk negaranya. 


13. Banyak maklumat boleh diperolehi mengenai kecemerlangan Malaysia dalam bidang perubatan. Mengapa Audrey Teh membutakan mata? Mengapa Audrey memilih menyerang negaranya? tidak malukah dia?

14. Ketika dunia diancam dengan wabak Covid-19 Malaysia ke depan sebagai negara teratas di dunia dalam peratus pesakit yang sembuh daripada Covid 19. Dengan kadar 32.7% , Malaysia mengatasi negara -negara lain seperti Singapura 24.4%, Hong Kong 22.54% manakala kadar purata penyembuhan di dunia adalah sebanyak 21.01%.

15. Sementara itu kadar pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Malaysia pula adalah yang paling rendah iaitu 1.63% berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%. Ini membuktikan bahawa kaedah Malaysia menangani wabak Covid-19 ini adalah yang terbaik dengan sistem perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia.

16. Kecemerlangan Malaysia dalam bidang perubatan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diiktiraf diperingkat dunia sejak sekian lama. Malaysia menerusi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah menerima pengiktirafan di atas pencapaian cemerlang para penyedia perkhidmatan kesihatan di majlis anugerah Pelancongan Kesihatan International Medical Travel Journal (IMTJ) 2018 (International Medical Travel Journal (IMTJ) Medical Travel Awards 2018) yang diadakan di Athens. Sembilan daripada lima belas kategori yang dipertandingkan dibolot oleh Malaysia Healthcare. Ini termasuk, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang berjaya meraih anugerah “Kluster Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Tahun 2018” (Health and Medical Tourism: Cluster of the Year) untuk tahun kedua berturut-turut. Ini membuktikan kecekapan MHTC memainkan peranannya sebagai agensi yang memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia.

17. Malaysia juga telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk “Best Country in the World for Healthcare” (Negara Terbaik Dunia untuk Penjagaan Kesihatan) daripada International Living’s Annual Global Retirement Index bagi tahun 2015 sehingga 2017. Pada awal tahun 2018, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara Asia yang terbaik untuk persaraan, meletakkan Malaysia sebagai negara kelima terbaik keseluruhan selepas Mexico, Costa Rica, Panama, dan Ecuador.


18. Sama ada hospital Kerajaan atau Swasta masing-masing memainkan peranan penting. Rakyat Malaysia boleh memilih perkhidmatan yang mereka mahukan.

19. Hospital Kerajaan Malaysia memberikan subsidi yang sangat besar kepada rakyatnya. Lebih 90% bil perubatan ditanggung kerajaan. Rakyat membayar dalam kadar yang sangat murah.

Tidak ada keluarga yang 'dimufliskan' oleh bil perubatan yang tinggi sebagaimana dakwaan Dr Audrey itu.

Dr Audrey boleh melihat sendiri. Jadi motif kutuk negara sendiri?








Captain M
3 November 2020

2 comments:

  1. Lama tinggal di London rupanya. sudah jadi urang putih ma

    ReplyDelete
  2. Dimnakah bukti yg jelas mngatakan Audrey pnyokong PH? Jgn dpolitikan bndq xda kaitan dgan politik

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA