TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG ADALAH ORANG PENTING DIBELAKANG TABIR PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE RM 156 JUTA KEPADA ISLAND HOSPITAL SDN BHD |
1. Datuk Huan Cheng Guan, Naib Pengerusi Parti Cinta Negara memberi tempoh 7 hari (sehingga 2 Jun 2017) kepada Lim Guan Eng untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Jual Beli tanah Peel Avenue kepada umum sebelum melaporkan kepada SPRM menyiasat Skandal RM 156 juta ini.
2. Dua perkara utama yang dibangkitkan ialah;
i. Penjualan Tanah Peel Avenue RM156 juta adalah di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi. Seperti biasa Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Amat melucukan Lim Guan Eng tidak pernah konsisten dengan menggunakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai rujukan dalam menjual tanah Kerajaan Negeri. Apatah lagi penggunaan JPPH pada tahun 2015!. Semasa kes pembelian rumah banglo murahnya Lim Guan Eng membuang dalam tong sampah laporan JPPH.
ii. Penjualan tanah secara rundingan terus tanpa tender terbuka. Ia jelas sikap hipokrit Lim Guan Eng dan DAP untuk melaksanakan semua projek atau perolehan secara tender terbuka.Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan DAP memang semakin lawak sejak Lim Guan Eng dituduh kes rasuah ini. Lim Guan Eng terus merompak sebelum dia dituduh bersalah.