Sunday 21 May 2017

NGO AL QAYYIM DISIASAT SPRM: MAMPUKAH REKOD PENYATA AKAUN IQ DARI ZAKAT PERLIS DISEMBUNYIKAN?

Rasuah Baru Unsur Agama

1. Ketika artikel Captain M bertajuk DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA! dan  RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT meroyanlah Dr Maza dan Presiden IQ Malaysia Dr Rozaimi. Habis seluruh pasukan NGOnya tampil membela. 

2. Sebenarnya Captain M malas nak mengulas isu geng Maza ni. Captain M yakin saat artikel itu dipaparkan SPRM yang lebih arif tentang rasuah dan salahguna kuasa tidak sukar memahaminya. Kita juga menerima maklumat bahawa Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim sedang disiasat SPRM Perlis. Apa agaknya reaksi dari siasatan itu? takut, bimbang atau berusaha berlindung dengan segala cara? Ini satu pengajaran buat Dr Maza, Dr Rozaimi dan geng-geng pro Maza ni. 

3. Pusinglah jawapan kepada dua artikel itu dua asas penting sahaja yang mesej Captain M sampaikan sekalipun terdapat 7 perkara yang dipersoalkan sebelum ini. 

i. Kepentingan Dr Maza dalam Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Dr Maza adalah pengasas dan penasihat pertubuhan. Sejak sebelum Mufti hingga menjadi Mufti Perlis Dr Maza kekal menjadi Penasihat Pertubuhan ini, Tidak kiralah dari Institut kepada Pertubuhan. Jika tiada kepentingan apa perlunya Mufti Perlis terlibat dalam kempen penjualan meja Iftar ini? sedangkan beliau tahu selaku penjawat awam tertakluk dengan peraturan tertentu. Tentulah jika Mufti yang mempromosi, terlibat sebagai penceramah akan mendorong rakan kenalan, korporat, dan pihak-pihak yang pernah berurusan dengan Mufti itu akan membeli jualan atau memudahkan urusan itu. Bukan ini salah guna kuasa dan boleh dianggap ada kepentingan? Macamlah orang tidak tahu hubungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Dr Muhammad Rozaimi Ramle (Pensyarah UPSI) dan Dr Maszlee Malik (UIA- AJK IQ) dengan Mufti Perlis sehingga terlibat dengan pelbagai jawatankuasa di negeri Perlis. 

ii. Wang RM16 juta atau beberapa sekalipun (sikit banyak) yang diperolehi dari pelbagai sumber dalaman atau luaran yang orang mahu tahu ialah penjelasan serta buktikan penyata pendapatan dan perbelanjaan dari segala sumber derma yang dikutip. Dari siapa dan ke mana ia dibelanjakan. Audit akaun bukan rahsia kalau rasa pihak Pertubuhan Al Qayyim mahu membuktikannya. Tak perlu MISG, KUM, Ikram, IPSI, PROmedia Tajdid dan IKRAM membelanya dengan kenyataan 'makan diri'. Rafizi Ramli boleh melakukannya untuk INVOKE tak mungkin Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim tak boleh. Tak perlulah jawapan standard kononnya dari ROS. Mudah tunjuk dan jelaskan. Tak mungkin Pertubuhan Al Qayyim takut dengan rekod penyata wang Zakat Perlis yang pernah dimasukkan dalam akaun Al Qayyim. Khabarnya Al Qayyim sedang mencantikkan akaun itu terutama perkara-perkara yang mengaitkan dengan Jabatan Mufti Perlis itu. Jika ada dalam rekod apa maksudnya?

4. Cukuplah dua perkara itu. Kedua-duanya ada rekod yang jelas. Captain M cabar dan dedahkan. Selebihnya terpulang kepada pihak berkuasa yang menyiasatnya. Ia bukan tuduhan ia persoalan yang mereka perlu dijawab saja. 

5. Cuma kasihanlah Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim tak boleh menjawab secara rasmi hanya perlu menunggu Dr Maza Penasihat jawab! itupun hanya dengan mendoakan keburukan orang yang persoalkannya (kalau mereka persoalkan tak apa). Al Qayyim ini tak ubah seperti PPBM, Presiden Parti PPBM tidak berkuasa tetapi Pengerusi. Malulah Penasihat/ Pengerusi jawab dahulu bukan Presiden. Presiden main FB je jawab kias-kias sambil 'share' dari geng-geng yang ' back up' Dr Maza. Yang MISG pun dia share. Cuba jawab dengan penyata pendapatan dan perbelanjaan Al Qayyim, patahkan pencabar, tak adalah penat-penat MISG tolong back up! KUM, IPSI dan lain-lain. Standard Presiden bawah tapak kaki Dr Maza saja nampaknya.


Siapa Dr Muhammad Rozaimi Ramle Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim?

Kalau di semak dalam media termasuk media sosial  banyak serangan Dr Rozaimi ni kepada PAS. Dia ni pensyarah UPSI ke ahli Parti PAN?

6. Siapa Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim berhati tisu ini? Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, fakulti sains kemanusiaan, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Menyambung pengajian sarjana hadis di UIAM pada tahun 2008 di tajaan UPSI (Kerajaan beri). Dr Rozaimi menyambung PhD di University of Jordan pada tahun 2011 bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 disember 2014. Kini pensyarah di jabatan yang sama di UPSI. Balik konon jadi pakar hadis. Bunyi macam pensyarah tapi gaya macam orang politik. Terlibat dalam perbalahan antara geng Dr Maza dan Ustaz Zamihan sekitar Februari 2016 sehingga menggantikan Zamihan dalam Diskusi Santai Ekstremisme Agama (Sinar Harian). 10 Bulan selepas itu dilantik sebagai Presiden Al Qayyim! Sibuk melabel Tuan Guru Haji Awang Presiden PAS pro Syiah, sibuk berdebat dengan Ustaz Khairuddin PAS hal RUU 355 yang ditentang kuat mereka. Terasa dia minat jadi ahli politik berbanding pensyarah. Menteri KPT dan Naib Canselor UPSI tengok-tengok pensyarah jenis ini! seperti bukan penjawat awam.


SKANDAL ZAKAT PERLIS  KUTIPAN IKRAM- KIMB
Hubungannya dengan Dr Maza?

7. Awal Januari 2017 Captain M pernah mendedahkan Skandal Zakat IKRAM sebuah NGO Pro PAN. Sejarah IRC-JIM- kini IKRAM malah sayapnya seperti Malaysian Islamic Study Group ( MISG ) bukanlah rahsia. Bersepah dalam internet. Tanyalah Saari Sungip- Abu Urwah (IRC UK-Mantan Presiden JIM), Dr Dzulkifli Ahmad ( IRC UK), Dr Syed Azman Syed Ahmad ( MISG USA), Dr Mujahid Yusof ( IRC/ Alami Mesir) dan ramai lagi. Mereka ni macam lalang. semua parti mereka masuk. Doktrin mereka hanya untuk kepentingan ahli mereka sahaja. Paling ketara dalam PAS.



8. Kini ramai dari puak IRC-JIM-IKRAM ini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas ditolak dari PAS. Puak IKRAM ini tetap berbangga mereka tidak pernah miskin. Jadi tidaklah hairan jika bekas Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Yunus yang kini Naib Presiden PAN terus menjalin hubungan dengan Dr Maza Mufti Perlis memandangkan IKRAM milik mereka melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) terus diberikan izin untuk mengutip zakat di dalam dan di luar negeri Perlis. Agaknya sindiran Prof Madya Dr Aznan Hasan kepada Dr Maza bab kutipan Zakat Perlis berkaitan.








Pengakuan MISG USA - Kebanggaan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim?

9. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan mengapa Dr Maza boleh hadir merasmikan Muktamar IMSA-MISG di Texas, Amerika Syarikat di mana MISG merupakan sayap IRC - JIM- IKRAM di US buat sekian lama. 


10. Dr Rozaimi Presiden Kebajikan Al Qayyim begitu berbangga dengan Pengakuan MISG USA dalam facebook mereka kononnya semua peruntukan Dr Rozaimi dan Dr Maszlee pengangkutan dan penginapan ketika ke Amerika ditanggung MISG. Dari mana agaknya MISG mendapat dana, derma, adakah IKRAM/JIM beri? Agaknya Dr Maza atas peruntukan siapa? tanggung sendiri, Jabatan Mufti atau MISG juga?



11. Dr Rozaimi begitu berbangga NGO-NGO ini sedang membelanya sehingga terlupa bahawa Dr Maza dan dirinya seorang Pensyarah UPSI adalah seorang penjawat awam yang tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 tahun 2012- Peraturan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Persendirian yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara. Ketua Jabatan seperti Naib Canselor UPSI mungkin boleh memberikan kebenaran (tandatangan borang keluar negara) tetapi bagaimana dengan arahan "lawatan tersebut tidak dibiayai oleh individu atau syarikat swasta yang boleh menimbulkan syak yang munasabah...". MISG sayap IRC-JIM-IKRAM bukankah ada kaitan dan kepentingannya? 

12. Jadi Dr Rozaimi selaku pensyarah UPSI yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim berhati-hati atas sikap bongkak dan pengakuannya terhadap semua NGO yang menaja pengangkutan dan penginapan mereka di luar negara! Kelak memerangkap diri sendiri. Nanti meludah ke langit kena muka sendiri.

13. Apapun kesudahan siasatan SPRM kita serahkan kepada SPRM. Kita ucapkan tahniah usaha berani SPRM. Sesiapa sahaja termasuk agensi agama disiasat. Bravo SPRM!

Nota: Ssshh. IQ Malaysia sedang cantikkan akaun ni. Dr Maza pula tengah cari kabel berlindung menyelamatkan beliau dan geng Al Qayyim

Captain M
21 Mei 2017



3 comments:

  1. Maza dan Dr Rozaimi dah kecut perut kot

    ReplyDelete
  2. Sahih kah atau fitnah, apa buktinya sprm sedang menyiasat?.

    ReplyDelete
  3. Kalau SPRM siasat pon bagus. Jika tiada yang pelik2 berseh lah nama nnt. Sangka baik sajalah. Tak rugi.

    ReplyDelete