Thursday, 11 May 2017

WOW! SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG PEMIMPIN PPBM JUGA TERLIBAT?




1. Membaca sejarah penubuhan Zakat Pulau Pinang amat jelas anak syarikat 100% milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Katalah apapun ia tetap di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN). 

2. MAINPP dan Zakat Pulau Pinang adalah dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam. Siapakah dia? YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM dari PKR. Malah jika kita lihat Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang majoritinya dari MAINPP selain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang. Siapa mereka ini? kuasa siapa melantik? tentulah kerajaan negeri. Dato' Azman Hj Samat selaku Pengurus Besar ZPP adalah bawah kerajaan negeri. Kerajaan Negeri dua penggal bawah pemerintahan DAP boleh membuang beliau kalau mereka hendak. 




3. Jika tidak mana mungkin YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man yang dulu ADUN PAS kini berubah PAN kekal sebagai YDP MAINPP dan Pengerusi ZPP. Jadi sudah-sudahlah menuduh UMNO. Yang pasti Exco Agama dan YDP MAINPP gagal mengawal kakitangan bawahnya atau memang mereka bersekongkol sama.

4. Selepas SPRM menahan Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Dato' Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama dan tiga pegawai ZPP serta 7 orang kontraktor (8 termasuk seorang kontraktor wanita), SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa pihak terutamanya  pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi membantu siasatan. Azman tidak mungkin melakukannya berseorangan.

5. Exco Hal Ehwal Agama, Malik Kassim kelihatan 'kelam-kabut' mengurus isu dengan jawapan 'tiada wang zakat yang hilang'. Apakah dia fikir rasuah hanya mengenai kehilangan wang dalam akaun? Sedangkan Pengurus Besar ZPP boleh beri wang pendahuluan pelajaran dan biasiswa untuk anaknya dari wang zakat sektar tahun 2014. Belum masuk kepada hubungannya dengan kontraktor lagi. 

6. Ramai sedar kini bagaimana Exco Agama, YDP MAINPP dan Mufti Pulau Pinang menjadi "Kuda Tunggangan DAP" di Pulau Pinang. Kesannya amat  buruk sekali termasuk gejala rasuah. 


Pemimpin PPBM Pulau Pinang Terlibat Skandal Rasuah Zakat Pulau Pinang

Segala keperluan PPBM di Pulau Pinang dibantu kuat Timbalan
 Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
7. 8 kontraktor yang ditahan SPRM didedahkan seorang dinamakan sebagai Azmi Alang Timbalan Ketua Bahagian PPBM Tasek Gelugor orang kanan Dato' Seri Haji Mohd Shariff Haji Omar. Tidak perlu hurai siapa Shariff Omar di Tasek Gelugor geng kecewa ni. Katanya ada jelajah Parti Munge PPBM di Pulau Pinang dibatalkan kerana isu ini. 

8. Pandai tak Kerajaan DAP bawah Lim Guan Eng? Dia minta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang layan kehendak PPBM di Pulau Pinang. Bagi projek dan lain-lain. Akhirnya masuk ke dalam sekali bersama Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang. PPBM belum berkuasa lagi di Pulau Pinang dah 'kaki rasuah'. 

9. TAHNIAH SPRM!. Macai pembangkang kata jangan tunggu pilihanraya. Dah tak tunggu Pulau Pinang kena sapu. 

Nota: Kisah menarik ini kita huraikan kemudian! 

Captain M
11 Mei 2017

3 comments:

  1. Rafizi diam jer?
    Tak dedah dr maza?
    Tak dedah lim guang eng?
    Tak telus invoke now!
    Pembangkang pilih kasih.. tak ikhlas utk dedahkan rasuah2 yg ada. Dedahkan kerajaan semata2 nak serang dan jatuhkan ekonomi negara.. ini bukan bukan utk negara dan rakyat. Tapi lebih kpd agenda peribadi..

    ReplyDelete
  2. Nevertheless this is besides that an incredible share that Marilyn and i certainly appreciated checking. It certainly is not day to day that i maintain the prospect to decide 1.Help Orphan

    ReplyDelete