Wednesday 17 May 2017

MENANG RM200RIBU, ZAHIDA RAFIK BUKTIKAN SHAFIE APDAL BERI DANA HARAM? SPRM DAN LHDN WAJAR SIASAT


1. Berita yang mengundang resah Shafie Apdal ialah perang panjang antara Zahida Rafik (Skandalnya- mungkin isterinya selagi tiada pengakuan) dengan pemandu peribadinya Noor Azman Azemi. 

2. Semalam (16 Mei) pelakon seksi Zahida Mohamed Rafik mendapat RM200,000 selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas pemandu peribadinya membayar ganti rugi berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Noor Azman Azemi berkaitan kehilangan wang RM200,000.

3. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim turut memerintahkan Noor Azman Azemi membayar kos RM50,000 kepada Zahida Rafik.

4. Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa Zahida, 42, mendapat keistimewaan mutlak (absolute privilege) kerana kenyataan kepada pihak media berhubung kehilangan RM200,000 miliknya, dibuat berdasarkan laporan polis.

5. Mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan kepada akhbar itu merupakan ulangan kepada laporan polis yang dibuatnya ekoran kehilangan wang tersebut yang sepatutnya dimasukkan ke dalam bank.

6. Kuorum berkenaan mencapai ketentuan itu selepas membenarkan rayuan Zahida untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Februari 2014 yang membenarkan tuntutan saman lelaki tersebut dan mengarahkannya membayar ganti rugi RM150,000 dan kos RM40,000.

7. Panel berkenaan memutuskan demikian ketika membenarkan tuntutan balas pelakon tersebut dan mengarahkan Noor Azman (43) membayar ganti rugi RM200,000. Kes ini belum berakhir lagi apabila Latheefa ketika ditemui pemberita memaklumkan akan memfailkan permohonan me­rayu di Mahkamah Persekutuan.

Apakah kesan kemenangan kes ini
kepada Zahida Rafik?

8. Kronologi kisah Zahida Rafik dan Noor Azman Azemi telah didedahkan oleh Captain M sebelum ini. Dua artikel yang boleh dirujuk iaitu;

i. WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?

ii. GEMPAR PEMANDU KESAYANGAN SHAFIE MENGAKU: WANG ZAHIDA RAFIK YANG LESAP HASIL PROJEK KKLW! ZAHIDA KALAH KES SAMAN MALU RM150,000


9. Kemenangan ini membuktikan Zahida benar-benar kehilangan wang RM200,000 yang dilarikan pemandunya Noor Azman Azemi sebagaimana dilapor polis dan media. Sudah tentu pendedahan Noor Azman Azemi dan Zuraida pada 18 April 2012 mengenai penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik juga adalah benar. 

Transaksi itu ialah pada ;

Oktober 2011 - RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember 2011- RM333,000
Januari 2012 - RM510,000


10. Oleh yang demikian  siasatan terhadap Zahida Rafik termasuk Noor Azman Azemi yang dipanggil SPRM pada Februari 2013 dibawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA 2001) wajar diteruskan semula oleh SPRM. Apakah Shafie Apdal benar-benar terlibat? Rakyat mahu tahu.

11. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan sentiasa memantau perkembangan pendapatan artis di negara kita walaupun golongan terbabit berdiam diri untuk mengelak daripada membayar cukai. Sumber LHDN berkata seramai 61 selebriti dikenal pasti layak membayar cukai namun hanya 32 orang sahaja yang menjalankan tanggungjawab. Apakah Zahida termasuk golongan tidak membayar cukai? RM 1.5 juta wang dimasukkan dalam akaun Zahida wajar didedahkan.



Sama-sama menanti. Pasti menarik.

Captain M
17 Mei 2017

1 comment: