Wednesday 10 May 2017

SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG DAP TERLIBAT, EXCO DAN MUFTI KELU LIDAH?



1. Pulau Pinang Negeri penuh dengan Skandal Rasual sejak DAP menjadi pemerintahnya. Lim Guan Eng sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang turut dituduh di mahkamah kerana rasuah. Proksi Lim Guan Eng Dato' Seri Khor Teng Tong (Hunza Group) ditahan SPRM awal bulan April lalu kerana kes jual tanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.

2. Semalam (9 Mei 2017) sangat mengejutkan dan memalukan umat Islam di negara ini apabila Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

3. Pengurus Besar berusia 50 tahun ini didapati menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.


4.  Apa jenis Pengurus Besar Zakat yang memberikan bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri selain menerima rasuah dari kontraktor. Begitu ramai yang layak dia berikan anaknya. Ini sangat menjijikkan. Terasa loya!


Apa peranan Exco Agama, YDP Majlis Agama Islam Negeri dan Mufti Negeri Pulau Pinang?

5. Pusat Zakat Pulau Pinang dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM (PKR) dan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ialah YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN) dan Ahli Lembaga Pengarahnya antara lain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang.



6. Semua mereka ini menjadi 'Kuda Tunggangan' DAP kerana sanggup bersekongkol dengan Lim Guan Eng termasuk membiarkan Lim Guan Eng campur tangan urusan agama Islam seperti fatwa negeri, penentuan pemberian zakat, digula-gulakan dengan peruntukan agama Islam sehingga Mufti Pulau Pinang sanggup memburukkan pelaksanaan GST sebagai haram di negara ini yang sudahpun disepakati bersama dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 sebagaimana kenyataan JAKIM

7. Sekarang sebagai Ahli Lembaga Zakat Pulau Pinang mereka hendak komen apa? Tak kan Exco, YDP dan selaku Mufti tidak dapat mengawal pegawainya dari melakukan rasuah?Sibuk dengan hal-hal lain, menyerang kerajaan pusat tapi rumah sendiri atap bocor dinding retak. Apa rasuah dalam Zakat Pinang isu kecil dari GST dan Fatwa negeri?


8. Zakat Pulau Pinang ni terkena 'tulah' agaknya. Bila semakin merepek macam-macam berlaku. Tahun 2016 bukan main Datuk Azman Abdul Samat, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang ini mempertahankan tindakannya Pemberian Zakat oleh pemimpin bukan Islam. Dalam ramai-ramai pemimpin Islam dia pertahankan Prof P. Ramasamy Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan pemberian Zakat. Zakat pun dah dimasukkan sebagai Agenda DAP di Pulau Pinang. Bila kerja dan rezeki tak berkat inilah jadinya. Semua terpampang di depan mata.

9. Eloklah SPRM tangkap dan siasat Zakat Pulau Pinang ini kalau-kalau YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Exco Hal Ehwal Agama terlibat sama. Kemungkinan mereka bersekongkol itu ada. 

10. DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya penuh rasuah. Semalam katanya juga proksi Lim Guan Eng Dato' Sri Richard Koh dan Dato' Jean Koh pemilik syarikat Only World Group yang dapat konsesi penswastaan bangunan The Top @ Komtar melarikan diri dari Pulau Pinang (Khabarnya keluar negara) bimbang ditahan SPRM kerana rasuah dan salahlaku ketiadaan Sijil Perakuan Siap (CCC) beroperasi secara haram sejak 4 bulan lalu. 

Nota: Hari ini Dato' Abdul Malik Abul Kassim Exco Hal Ehwal Agama Islam kerajaan DAP kelam kabut menjawab kononnya wang Zakat tak hilang. Apa dia fikir rasuah ini ambik wang saja ke? Sejak 2013 dia tahu Pengurus Besar Zakat beri biasiswa kepada anaknya. Apa Exco dan YDP MAINPP ini buat? Bersubahat saja.


Captain M
10 Mei 2017

15 comments:

  1. Pulau Pinang Darul Rasuah

    ReplyDelete
  2. Pentadbiran Penang penuh rasuah..Kena siasat hingga ke akar umbi..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang & Rasuah BERPISAH TIADA..

    ReplyDelete
  5. inilah akibat bertuankan pembangkang DAP..Penang & Selangor contoh !

    ReplyDelete
  6. TokongKaliKong10 May 2017 at 19:33

    Kalau pemimpin no 1 negeri pun terpalit dengan dakwaan salah guna kuasa untuk membeli harta kekayaan (banglo murah diskaun takda swimming pool feng shui buruk) usahlah terkejut kalau anak anak buahnya turut mencontohi perilaku pemimpin no 1 tersebut. CAT my ass@@@@!!

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah inilah Melayu Islam yang telah discrew oleh Dap dah tak ingat amanah Allah..ingat zakat tu hak.milik orang Islam dan perlu diagih kepad asnaf yang telah ditetapkan Allah dlm Quran..bukan suka2 jer..ni amanah dibawa hingga ke akhirat

    ReplyDelete
  8. Nmpak x? Allah nk tunjukkn kpd semua. Org2 yg mfitnah, mnghina ulama dn mperlekeh serta mpersendakan Islam dn sekongkol dgn kafir harbi, Allah buke aib dn mpamirkn akhlak mreka pd semua. Balasan di dunie x sehebag bladanbdi akhirat. Inikah parti yg knon nk gntikn Pas tp ikut acuan kafir dapigs yg anti Islam. Pru nti kuburkn paNkhianat dn dapigs serta ph jg bn dlm lansksp politik d msia..!

    ReplyDelete
  9. Kalau nak buat cerita semua boleh.... Tp kena ada sumber yang sahih.... Sebab kalau ikut sumbar yang sahih baru cerita itu ada bukti...tgk sendiri laman web suk... Tgk berita dari luar seperti cnbc dan al jazeera..
    Baru kita tau siapa yang rasuah... Dan beri bukti yang sahih mengatakan pulau pinang penuh rasuah... Sebab banyak bukti johor rasuah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak. terang -terang lim guan eng kes rasuah bila nak cuti? sembang besar org penang ni

      Delete
    2. Bak kata post ko sendiri dikkk

      "Dan beri bukti yang sahih mengatakan johor penuh rasuah..."

      Jangan cakap tak serupa bikin ye. Atau yang paling pending...jangan menjilat kapir harbi dan jadi khawarij hanjeng neraka woof woof

      Delete
  10. Donia2.../oh donia..
    http://opocotko.blogspot.my/2013/07/lelaki-kurang-ajar-tak-senonoh.html

    ReplyDelete
  11. Cara-cara nak cover malu


    1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling

    ReplyDelete
  12. Manusia dan rasuah tidak terpisah. Parti mana pun ada rasuah.Biar SPRM siasat.SPRM cekap dalam mengendalikan bab rasuah baik peringkat negeri mahupun negara.

    ReplyDelete
  13. Manusia dan rasuah tidak terpisah. Parti mana pun ada rasuah.Biar SPRM siasat.SPRM cekap dalam mengendalikan bab rasuah baik peringkat negeri mahupun negara.

    ReplyDelete