Thursday, 29 September 2016

GANI PATAIL MENGAKU PENAMATAN JAWATAN SAH! Gani Takut Skandal Terdedah


Sebenarnya Gani khuatir skandal dengan kekasih gelapnya dengan Jessica terdedah!


1. 25 September lalu Gani mantan Peguam Negara mengakui penamatan tugasnya sebagai Peguam Negara selaras dengan Perintah Am kerajaan kerana seorang Perdana Menteri berkuasa untuk mengetepikan seorang peguam negara apabila dirasakan perlu. Hakikatnya semua penjawat awam sedar perkara ini.
2. Sebagaimana beliau dilantik oleh Mahathir Mohamad dulu menghadapi kes Liwat Anwar Ibrahim maka menjadu hak YAB Perdana Menteri sekarang tidak menyambung khidmat penjawat awam seperti Peguam Negara. Apapun alasannya ia tertakluk pada kuasa PM melantik Peguam Negara dan ketua-ketua jabatan yang beliau rasakan sesuai.
3. Untuk rekod Gani Patail dilantik Peguam Negara sejak 2002 hingga 2016. 3 Perdana Menteri itu Mahathir, Abdullah Badawi dan juga PM Najib. Bermakna 14 tahun sebagai Peguam Negara. Oleh hak PM untuk menggantikan Peguam Negara yang bakal tamat tempoh kerana telah lama berkhidmat. Ketika zaman Mahathir dan Paklah Gani Patail bukan tidak pernah dikecam kerana mengendalikan kes Anwar Ibrahim. Maka tiada alasan untuk dijadikan isu penaman seorang Penjawat Awam.


4. Gani Patail mengaku hakikat itu. Apapun sebenarnya Gani sedar tentang skandal dengan kekasih gelap beliau yang bakal terbongkar. Skandal Gani dengan Jessica Gurmeet Kaur warga negara Singapura yang mendapat kerakyatan pemastautin tetap menjadi agen Singapura & yahudi sebagai pembocor maklumat kerajaan.Ramai yang berbicara skandal ini namun kerana Gani kebal undang-undang maka tiada yang berani mempersoalkannya. Namun berbeza apabila dipenghujung perkhidmatan Gani.


5. Jessica Gurmeet Kaur, Pegawai Undang-undang di Pejabat Peguam Negara bersama bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh yang mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat siasatan 1MDB ditahan pada 1 Ogos 2015. Mereka didapati menjual maklumat IMDB kepada Clare Rewcastle-Brown Editor Sarawak Report. Tan Sri Rashpal bertemu Clare Brown di Hyde Park London.
6. Perkhidmatan Jessica di Pejabat Peguam Negara ditamatkan serta merta dan taraf penduduk tetapnya dibatalkan.
7. Bayangkan sayangnya Tan Sri Gani Patail kepada Jessica sehingga mendapat kerakyatan pemastautin tetap. Bayangkan orang Singapura menyeludup semua rahsia negara dari pejabat peguam negara. Apa istimewanya Jessica, hanya Gani Patail yang tahu.
8. Banyak juga skandal Tan Sri Gani Patail semasa menjadi Peguam Negara. Kita dedahkan kemudian!

Kredit Jeneral M

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI