Wednesday 1 February 2017

DAHSYAT SPRM! HANYA 7 JAM DAH BUKA KERTAS SIASATAN PENGERUSI MARA. KES RASUAH PEMBANGKANG HAMPEH! SPRM DOUBLE STANDARD?





1. Seawal jam 9.00 pagi Captain M menerima mesej tentang mesyuarat tergempar Majlis Mara untuk menyiasat salah guna kuasa serta penyelewengan  Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa. Jam 12.00 pm berita penggantungan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA tersebar dengan cepat selepas mesyuarat itu. Bagi Captain M biarlah ini diselesaikan dengan oleh pihak-pihak berkaitan. Kita tidak mahu membuat spekulasi mengenainya. Masing-masing dari pihak Tan Sri Annuar Musa dan Menteri KKLW menjawab segala persoalan menggunakan segala saluran yang ada. 

2. Apa yang menarik perhatian ialah tindakan SPRM membuat kenyataan media sekitar hampir jam 6.00 petang "SPRM BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP TAN SRI ANNUAR MUSA" iaitu hanya 7 jam selepas mesyuarat membuat keputusan penggantungan. Ia sangat pantas dan cepat!. kagum!

Kagum dengan kepantasan SPRM untuk membuka kertas siasatan!

3. Tapi sayang sekali, SPRM hanya berani melakukannya untuk pemimpin kerajaan dan penjawat awam sahaja! Bagi pemimpin pembangkang SPRM setakat ini tidak berani. Malah kes Lim Guan Eng pun mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Mari kita lihat beberapa kes SPRM yang dilapor atau didedah dalam media sosial tidak diketahui statusnya sehingga sekarang walaupun Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) telah bertukar!

4. 27 Januari lalu ketika temubual oleh Astro Awani Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan. "SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah...saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggulah," Apakah kes ahli politik yang ditunggu itu hanya kes Tan Sri Annuar Musa?

5. Biar Captain M tolong ingatkan beberapa kes ahli politik pembangkang yang kita tak nampak pun kenyataan media dari SPRM 7 jam selepas dilapor atau didedah di media massa. Kita ingatkan Datuk Dzulkifli Ahmad dan Datuk Azam Baki agar pemburuan mereka menyemak senarai mereka dan berlaku cepat sepantas apa yang mereka buat pada pemimpin kerajaan dan penjawat awam! jangan 'double standard' kejar nama tapi kalau rasuah ahli politik pembangkang kecut 'hilang telur'. Kes Lim Guan Eng boleh dikatakan bernasib baik itupun dengan tekanan keras!



Kes Manikavasagam Hilang dan Laporan Kes Rasuah dilapor Rafizi terhadap Azmin Ali ditutup

6. Pada 31 Mei 2016, Ketika Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR (Parlimen Pandan) muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan sendiri bukti mengenai dakwaan Rasuah Seks di Selangor mengaitkan Azmin Ali MB Selangor. Tiada kenyataan media pendedahan dari Rafizi serta SPRM yang sanggup membuat kenyataan media pada hari Sabtu. Berbulan-bulan SPRM menyepi.  Namun pada 3 November 2016 Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika membahaskan Bajet 2017 menyatakan SPRM tiada bukti wujudnya perkhidmatan seks yang melibatkan urusan dengan kerajaan negeri Selangor. Hampeh!

7. Begitu juga kes Manikavasagam (mantan Ahli Parlimen Kapar ) sejak 16 Jun 2016 dilaporkan  telah ditangkap SPRM atas kes rasuah. Ketika ditangkap bersamanya wang tunai berjumlah RM30 ribu yang dipinta daripada Kontraktor dari Kuala Selangor. Bagaimanapun Manikavasagam dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan. Malah Manikavasagam selepas dibebas mengugut saksi SPRM sehingga saksi kes terpaksa membuat laporan polis. Sehingga ke hari ini kes Manikavasagam masih tidak diketahui. 9 bulan berlalu. Kes Annuar Musa SPRM hanya perlukan 7 jam untuk respon media!

Rasuah Zuraida dan Adam Rosly

8. Ikut semakan kisah rasuah Zuraida telah didedah sejak Jun 2016 lagi. Baca disini. Captain M juga ada membuat pendedahan mengenai Kes Zuraida termasuk pengesahan siasatan SPRM.


Cabaran Zuraida telah disahut dan dilaporkan SPRM. SPRM mengesahkan status Aduan rujukan SPRM/INFO/ 2016/ 013780 telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat ( JMM) bertarikh 14/7/2016 dan diputuskan maklumat tersebut Dalam Tindakan SPRM

9. Zuraida turut mengaku beliau menggunakan kelayakan MP iaitu Permit Import dan Kemudahan Pinjaman Ahli Parlimen. Bagaimanapun Zuraida terkantoi apabila beliau dilihat membeli kenderaan setiap tahun, memiliki kenderaan mewah 3 AP ( AP hanya 1 sahaja sepenggal) dan kelayakan pinjaman hanya 4 tahun sekali. Namun apa jadi pada kes itu? 7 bulan masih sepi. Tiada kenyataan media, tiada bukti siasatan!



10. Kisah Banglo Disneyland Ampang, Adam Rosly Pegawai Khas Zuraida yang juga proksi Zuraida dan Azmin Ali dalam perniagaan, kaya raya diusia muda. Memiliki banyak rumah mewah, kereta mewah atas nama kontraktor dan lain-lain. Ada tak kenyataan media SPRM membuka kertas siasatan dakwaan kekayaan itu dari hasil rasuah Azmin Ali dan Zuraida? Boleh baca disini pendedahan itu-


Skandal Rasuah Proksi Azmin Ali, 
Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak (Azmin Ali Ketua Cabang) & Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Hilman Idham (Pegawai Khas Azmin Ali)

10. Apa jadi dengan laporan CheGuBard mengenai salah laku rasuah Azmin Ali kisah status tanah Paya Indah Wetlands melibatkan proksi Azmin Ali? CheGuBard mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed yang juga Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands. Ada tak kenyataan media SPRM bahawa Kertas Siasatan SPRM dibuka?


11. Seorang lagi proksi Azmin Ali juga kaya raya Antara orang yang bertanggungjawab menghubungkan Adam Rosly (Zuraida) kepada Azmin Ali ialah Pegawai Khas MB Selangor bernama Hilman Idham. Dikatakan lebih kaya dari Adam Rosly. Manikavasagam pernah mendedahkan dalam whatapps group tentang kekayaan Hilman Idham ini. Sekali lagi selepas dilaporkan dan kecoh dimedia sosial ada tak SPRM membuat kenyataan media untuk membuka Kertas Siasatan terhadap rasuah Azmin dan Hilman Idham ini?




12. Adakah rasuah skandal tanah Payah Indah Wetlands dan rasuah SPLASH Gamuda, SPRM telah umumkan Kertas Siasatan dibuka? Apa status laporan CheGuBard kepada SPRM? Ada pernah dengar?Apa pendedahan Tan Sri Khalid Ibrahim tiada asas untuk disiasat?.  Dah berapa bulan berlalu?


[Baca di sini]





SKANDAL MARA INC BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA TERLEBIH BAYAR $4.75 JUTA DOLAR (RM13.8 JUTA)

13. Mari kita lihat skandal dalam kain MARA sendiri mengenai Skandal Mara Inc yang membeli Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta) harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Apa status kes ini? Yang kita tahu 30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000. Pesalah dibicarakan di mahkamah dah jatuh hukum ke? Senyap.






14. Kalau rasa nak gagah dan boleh ambil mileage buat kerja bolehlah membuka balik kisah Pengerusi MARA yang lama seperti Sanusi Junid dan juga Tamrin Baba. Tak ada bezapun buka kes Mahathir dengan kes Pengerusi MARA. Datuk Ibrahim Ahmad KP MARA ada maklumat itu tentang beratus juta lesap bawah Tamrin. Cubalah. 


SKANDAL RASUAH SHAFIE APDAL DI KKLW

15. Kes paling banyak didedah oleh Captain M ialah Skandal Rasuah Shafie Apdal di KKLW. Dari Shafie Apdal, KSU, SUB, SUSK, SUS, TSUB, RISDA, malah sehingga kes proksi Shafie Apdal Datuk Peter Anthony yang kini menjadi Naib Presiden Parti Warisan. Ada SPRM membuat kenyataan media membuka Kertas Siasatan? 

[Baca di sini]





Bila SPRM nak masuk JKR Sabah pula. Bawah bajet NKRA 2010-2013 berbilion projek jalan. Shafie Apdal dan proksi kaya raya



Konklusi

16. Jadi kepada Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) kalau SPRM boleh secepat 7 jam untuk Kenyataan Media membuka Kertas Siasatan untuk pemimpin dari pihak pemimpin Kerajaan dan penjawat awam pastikan SPRM juga boleh selaju itu untuk pemimpin pembangkang!.Paling cikai pun selambat kes Lim Guan Eng tetapi tetap jalan. 

17. Kadang-kadang kita sentuh hal golf penjawat awam serta integriti penjawat awam lain tapi jangan lupa untuk menjaga kain sendiri. Begitu juga kes Dato' Bahri Mohd Zin yang dilaporkan merampas harta bernilai RM 100 juta milik balu dan anak yatim menggunakan kuasa SPRM. Ini sangat memalukan!. Tak nampak pun kenyataan media SPRM untuk menyiasat Dato' Bahri Mohd Zin bekas Pengarah Operasi Khas SPRM itu!. Jangan biar PDRM saja bertindak menyiasat dan menunggu kertas pendakwaan Peguam Negara. Kes ni pun salah guna kuasa Pegawai SPRM!. 

18. Harap SPRM dan para blogger SPRM tidak memarahi Captain M. Sama-sama memperbaiki kelemahan! jangan kecut pada pembangkang. Tunjuklah berani tu. Bukan susah buka kertas siasatan. Umum sahaja. Salah tak salah kemudianlah. Apapun Captain M akan terus kagum dengan SPRM sekiranya minggu ini dan minggu depan kisah rasuah projek bekalan air luar bandar (BALB) bakal didedahkan lagi melibatkan kroni Shafie Apdal Presiden Parti Warisan itu. Mohon 'divert" cepat!


Captain M
1 Februari 2017

8 comments:

  1. kalau melayu SPRM beranilah..kalau cina dan pembangkang dia tak berabni..itu hakikat

    ReplyDelete
  2. Captain,
    SPRM tak cukup kakitangan nak siasat senarai yang kau bagi diatas tu sebab budget dah dikurangakan olih MO1. Lagi pon terlampau ramai sangat penyokong UMNOo yang rasuah jadi dia sebok sangat sekarang laa.

    ReplyDelete
  3. Karang panjang2 isi tak ada. Disuruh orang yg dituduh supaya tampil buat penjelasan. Kemudian tanya sprm kenapa tak ambil tindakan atas tuduhan dikemukakan..gila. Blogger dah gila..kalau setiap kali kau tuduh lepas tu kau suruh orang jawab..maknanya kau gila. Kau balik malaysia, dedahkan identiti, pergi buat report polis/sprm. Bukan menyorok bertahun2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada isi tak masuk Tv3 isu-isu tu. Kelam kabut juga zuraida, azmin, adam, shafie apadal menjawabnya. dengarnya minggu depan SPRM ada surprise.wow... tak sabar menantu

      Delete
  4. Dulu sebelum ada 1MDB dan MO1,
    Kita semua ada subsidi gula, beras, tepong, minyak masak dan bahan bakar.
    Dan juga tiada GST.
    Tetapi peruntukkan semua kementerian lebih dari mencukupi termasuk biasiswa dan pinjaman PTPTN.
    Sekarang semua subsisidi sudah ditarik balik dan ditambah dengan GST
    Kemana kah pergi wang penjimatan subsidi dan kutipan GST sedangkan peruntukan semua kementerian, jabatan, IPTA, biasiswa dan PTPTN dikurangkan kecuali PMO dan PERMATA.
    Bulan depan kos rawatan gigi pon telah dinaikan
    Jangan terkejut nanti kalau yuran pengajian IPTA untuk anak anak kita akan juga dinaikkan
    UMNO memang BANGSAT

    ReplyDelete
  5. Yer ke...apa apalah jamil..kau nak gelar Umno..tp kami ahli Umno.tetap yakin.Allah tetap bersama kami..pemimpin Umno..dulu dan kini bukan nabi tak maksum..cuma iman dan amanah jer..dtp membendung mereka dari rasuah..begitu juga pembangkang.. Mereka pun..bukan nabi dan maksum..kalau tak kena siasat Sprm belum tentu mereka tu..tak rasuah..klau tak kena...tangkap belum tentu..mereka tu..bersih...dsh ckp...tak kena di dunia..kat sana pasti kena juga..tp akhir zaman Allah byr cash..tak..sekarang.. Esok tulat..belum..tentukan..tak salah tak pe..tak perlu takut..tp klau mmg..bersalah..lari..lah ceruk mana.pun malaikat kiri kanan tetap...ikut..kan jamil

    ReplyDelete
  6. Anon 21:32
    Jawap la isu asas.
    1. Kenapa masa ada subsidi dan tiada GST, semua cukup; peruntukan, biasiswa, PTPTN.
    Sekarang tiada subsidi, ADA GST, semua berkurangan

    ReplyDelete
  7. SPRM CAKAP KENCANG. KERANDUT DAH KENA GENGGAM. MEMANG BETUL CAPTAIN CAKAP.

    ReplyDelete