Wednesday, 22 February 2017

SAPU HAMPIR RM350 JUTA PROJEK KKLW SEJAK 2009, SHAFIE APDAL KETAWA, SYARIKAT TERTANGKAP, KSU KKLW PULA DIDAKWA!



1. "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" Itulah yang berlaku kepada Datuk Mohd Arif bekas KSU KKLW yang selama ini telah dilaporkan kepada SPRM beberapa kali. Begitu juga kepada syarikat-syarikat yang membayar rasuah ini. Akhirnya mereka tertangkap. Namun oleh kerana mereka dianggap sebagai saksi penting kes dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) maka biasanya Syarikat yang membayar rasuah akan terselamat. Yang menjadi mangsa ialah KSU dan keluarga mereka jika terlibat. Maka anda tidak akan melihat syarikat yang membayar rasuah dituduh!

2. 21 Februari 2017 Bekas ketua setiausaha KKLW bersama anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di empat buah pulau di Sandakan, Sabah tahun lepas.

3. Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 60 dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, mengaku tidak bersalah dihadapan hakim Azura Alwi.Sesiapa ke mahkamah akan dapat melihat bagaimana Datuk Mohd Arif mengusap belakang anaknya menenangkan anaknya di kandang tertuduh. 

4. Mengikut pertuduhan Mohd Arif yang ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah didakwa bersubahat dengan anaknya secara rasuah menerima suapan wang tunai RM550,000 daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh sebagai upah melakukan suatu transaksi projek dengan KKLW.

5. Transaksi berkaitan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus bernilai RM56,500, 000 (RM56.5 juta) kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club,Jalan Cenderamulia, 23 Ogos 2016.

6. Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh itu diikat jamin RM200,000 setiap seorang dan menetapkan 20 Mac sebagai sebutan semula kes.

Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd?


7. Untuk rekod syarikat Wazlina Sdn Bhd adalah syarikat yang bernaung dibawah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh En Nordin Bin A.H.Thani (Pengarah & Pengerusi Eksekutif). Sebelum ini tahun 2014 Syarikat WAZLINA SDN. BHD. JV ERAMAZ (M) SDN. BHD. [NO. DAFTAR SYARIKAT: 443348X] mendapat PROJEK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) SISTEM SOLAR HIBRID SECARA BERPUSAT DI GUGUSAN KAMPUNG SUGUT, NEGERI SABAH SECARA REKA DAN BINA berjumlah RM77,997,134.18 (77.9 juta) 


8. Malah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd sudah memperolehi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 2009 berjumlah hampir RM350 juta sehingga tahun 2006.  

9. Persoalannya, syarikat yang tertangkap bayar rasuah kepada Ahmad Zukhairi Mohd Arif dan Datuk Arif KSU tidak melakukan rasuah ke kepada semua projek yang mereka perolehi di KKLW sebelum ini? Mereka tak bayar Rasuah kepada Dato' Shafie Apdal  Menteri KKLW dan Dato' Ibrahim KSU KKLW sebelum ni ke? Pemilik Syarikat Nordin Thani ni aktif dalam persatuan pengguna Sabah mengenali rapat Shafie Apdal. Bezanya hanya syarikat mereka tertangkap membayar rasuah pada tahun 2016 ketika Mohd Arif sebagai KSU dan Ismail Sabri sebagai Menteri. Mereka hanya meneruskan rasuah dengan Menteri dan pegawai baru sahaja!

SPRM tak pandai cari bukti rasuah dari projek ni kot. Atau masa tu pegawai yang jaga SPRM operasi khas dia banyak tidur atau tutup fail? Pastinya ini bukan kali pertama Eramaz (M) Sdn Bhd membayar rasuah kepada Menteri dan
Pegawai KKLW




10. Apa maksudnya? Syarikat ini tidak berintegriti dan wajar dalam database SPRM juga mana-mana Kementerian dan agensi kerajaan disenarai hitamkan. Mereka gemar memberi rasuah untuk mendapat projek. Jika disemak projek lobi mereka sejak 2009 pasti ditemui pembayaran rasuah mereka kepada pegawai KKLW. Tiada alasan mereka dipaksa atau minta bayar kerana mereka sebenarnya bersubahat. Ada banyak syarikat seperti ini namun mereka biasanya selamat dan penerima rasuah atau penjawat awam pasti menjadi mangsa utama. Para penjawat awam beringat ketika dituduh syarikat akan menjadi saksi untuk mensabitkan anda bersalah. 

11. Selepas ni syarikat ini kekal bebas. Siapa pula Menteri dan pegawai bakal jadi mangsa mereka?  Kisah seperti ini bukan baru. Captain M dah paparkan sebelum ini tapi apa SPRM boleh buat?  

12. Banyak projek KKLW bawa Shafie Apdal dulu bermasalah. Belanja ratusan juta projek gagal. Komisen Shafie Apdal rembat. Projek Paip Pulau Gaya RM100 gagal dan dalam perhatian PACProjek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag)Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi  dan banyak lagi gagal.


Friday, 17 February 2017

TERBONGKAR! AZMIN KERAHKAN ADAM ROSLY DAN BUDAK HILMAN YANG KAYA PROJEK SELANGOR PERTAHANKANNYA DARI DEMO JAMAL YUNOS?

 



1.  Satu persatu tembelang rasuah pembangkang terbuka. Akhirnya Adam Rosly Disneyland Ketua AMK Ampang diseret ke SPRM. Luar biasa pengamal rasuahnya adalah kalangan muda-muda. Kelam Kabut Azmin sehingga terpaksa membuat tweet palsu. Rasuah Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff. Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama pihak membicarakan "Geng Sariman" atau budak Hilman. Lama-lama pasti ditemui juga. 

2. Terbaru pada 14 Februari 2017 ketika Dato' Sri Jamal Md Yunos membuat gimik baru dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam. Ia pendedahan penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.


Kemunculan Budak Proksi Hilman - Mohd Zulfahimin Mahadzir mempertahankan Azmin Ali di Pejabat SUK

3.  Kejayaan Dato' Sri Jamal bermula dengan gimik bertuala ketika krisis air berjaya menyampaikan mesej masalah air dan disusuli deretan katil menyindir Rumah Urut Selangorku dan Ais krim percuma mengundang resah gelisah Azmin. 

4. Selama ini tiada pemimpin pakatan yang mempertahannya. Kali ini beliau mengarahkan Hilman Idham pegawai khasnya agar meminta budak-budak jutawannya tampil mempertahankan di pintu masuk pejabat SUK. Dapat projek berjuta tak mahu 'backup'. Budak-budak Adam Rosly seperti Adzman Kamaruddin juga dihantar ke situ. Maka nampaklah kelibat Mohd Zulfahimin Mahadzir dan Anwar Nekhan Exco AMK PKR Pusat di pintu pagar terpeking-pekik menjerit kepada pendemo Keranda itu. Boleh saksikan video:

     


Apabila budak Hilman dan Adam Rosly bergabung mempertahankan Azmin Ali di pintu pagar pejabat SUK menghalang demo keranda Dato' Sri Jamal Yunos. Mereka jadi jutawan sekelip mata jadi tak hairan kalau mereka berdiri di belakang Azmin. Mereka berani kerana telah dapat dedak yang banyak.


5. Zulfahimin Mahadzir pula memang budak Hilman setia. Kemana saja Hilman Idham, Azmin atau YB Amirudin Shari ada biasanya mereka ini ada. Kenyang dengan projek-projek Selangor Kutipan Sampah dibawah Syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), projek bersih Sungai Klang dan apa saja yang boleh dirembat melalui Hilman maka tidak logiklah kalau Zulfahimin ini tak mahu tampil di pintu pagar jadi penghalang Dato' Sri Jamal. Kredit politik harus dikutip untuk meneruskan kerjasama jangka panjang bersama Azmin Ali dan Hilman Idham!.

Mohd Zulfahimin Mahadzir dan Anwar Nekhan selain Adzman Kamaruddin budak Adam Rosly yang jadi budak Hilman. Semakin kenyang dengan projek-projek bawah Hilman ni. Proksi Hilman bermakna proksi Azmin Ali lah. Paling banyak dapat
manfaat Zulfahimin Mahadzir.  


RM400 -500K ni biasa sahaja bagi Zulfahimin Proksi Hilman Idham ni. Apalah sangat kat pintu pagar. kalau kena pukul pun.
Duit banyak. Siapa nak dedak boleh
call 
Mohd Zulfahimin Bin Mahadzir 019-223 3574



Dari mana kekayaan Hilman Idham dan 
budak-budaknya?




6. Azmin Ali melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bukan sahaja telah memonopoli pengurusan air di Selangor, pembelian SPLASH (termasuk rasuah SPLASH) yang belum lagi selesai malah turut memonopoli projek Pengurusan Sisa Pepejal semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui KDEB Waste Management dan Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat KDEB. 

7. Peranan inilah yang dimainkan oleh Hilman Idham selalu orang kanan kesayangan Azmin Ali untuk menguasai projek-projek kutipan sisa pepejal. Jika dahulu semua PBT melaksanakan sendiri dan melantik kontraktor sendiri kini jika KDEB mengambil alih maka kuasa itu akan berpusat kepada Azmin Ali selaku Pengerusi Syarikat. Ini cara Azmin mengkayakan anak-anak buahnya.  Melalui Presiden KDEB Suhaimi Kamaralzaman dan Ramli Mohd Tahir Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd semua dalam telunjuk Azmin dan Hilman sahaja. 


Cara mudah untuk mengambil alih ialah menamatkan kontrak syarikat yang dikatakan tidak 'perform'. Cara ini berkesan dan tidak hairan satu masa nanti semua projek kutipan sampah akan dikuasai sepenuhnya oleh KDEB Waste Management & Hebat Abadi Sdn Bhd.

8. Dalam Bajet Selangor 2017 jelas Azmin Ali meningkatkan peruntukan menambahkan kekenyangan proksi Azmin.Syarikat KDEB Waste Management Sdn Bhd dan Hebat Abadi Sdn Bhd mendapat manfaat. 

Kenyanglah Hilman Idham dan Zulfahimin serta proksi Azmin Ali. Mereka mendapat manfaat terus dari arahan Azmin bukan lagi melalui PBT-PBT Selangor. 

9. Percaya hubungan rapat Azmin, Hilman, Zulfahimin dan Adam Rosly ni memang kunci kepada kekayaan Hilman Idham yang didedah sebelum ini. SPRM wajar menyiasat kekayaan mereka ini termasuk perkara-perkara yang mencurigakan melibatkan Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd/ KDEB Waste Management Sdn Bhd. 

Dahsyat lobi projek sehingga ke Indonesia budak Hilman ni




Saturday, 11 February 2017

AZMIN TERPAKSA MENIPU UNTUK 'DIVERT' ISU RASUAH PEGAWAI KHAS DAN PROKSINYA ADAM ROSLY DISIASAT SPRM!



1. Dua perkara yang membimbangkan  Azmin Ali Menteri Besar Selangor ialah Laporan Rasuah Rafizi Ramli ketika sebagai Setiausaha Agung PKR mengenai rasuah Hilman Idham Pegawai Khas MB yang didedahkan Chegubard pada 2 Februari lalu dan juga siasatan terhadap Adam Rosly  memiliki kekayaan luar biasa hari ini di pejabat SPRM. Ia membuntukan fikiran Azmin jika ia menjadi topik utama media melibatkan pegawainya. Semua orang tahu Hilman Idham dan Adam Rosly adalah insan yang rapat dengan Azmin. Tidak hairan dua anak muda ini kaya-raya.

Manikavasagam yang pernah ditahan SPRM kerana kes RM30K juga mendedahkan dalam whatapps mengenai rasuah Hilman Idham ini sebagaimana apa yang dilaporkan Rafizi kepada SPRM 31 MEI 2016


2. Apa yang Azmin lakukan ialah "divert' isu dengan menyebarkan twitter palsu membuat spekulasi adanya Menteri Kanan yang akan meletak jawatan. Kononnya atas 1MDB. Ternyata Azmin sedikit berjaya untuk mengalihkan isu tersebut wal hal isu rasuah pegawainya dan proksinya Adam sedang berlaku. Itulah Azmin Ali. Sama ada dia tidak menjawab isu atau dia akan "divert" isu.

3. Dokumen laporan Rafizi tersembunyi sebelum ini dari pengetahuan netizen berhubung laporannya 31 Mei 2016 mengenai dakwaan Rasuah Seks di Selangor mengaitkan pegawai khas Azmin Ali MB Selangor. 9 bulan laporan rasuah pegawai Azmin ini dirahsiakan demi menjaga nama  baik PKR. Namun didedahkan oleh CheguBard dalam blognya yang tular hari ini bersama dengan kes Adam Rosly yang disiasat SPRM lebih 4 jam. 










SPRM CUBA MENUTUP KES RASUAH HILMAN?

4. SPRM mesti membuat penjelasan sekali lagi berhubung kes rasuah Pegawai Khas MB Selangor ini yang katanya ditutup. Laporan yang didedahkan menunjukkan pendapatan Hilman Idham tidak sepadan dengan gaji yang beliau perolehi sebagai Pegawai Khas MB Selangor untuk membayar pinjaman beberapa buah rumah dan kereta. Tidak mungkin SPRM tidak membuat siasatan terperinci dari segi pendapatan termasuk gaya mewah isterinya. 



5. Siasatan juga mesti dibuat terhadap Hans Yusoff Pemberita Berita Astro Awani (sahabat baik Hilman Idham) yang disebut dalam laporan Rafizi pada 31 Mei 2016. 


6. Kita mendesak SPRM perlu memanggil dan menyiasat Azmin Ali serta Zuraida MP Ampang. Sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Melaka yang rela disiasat. 

Nota: Jika Azmin menyebar Anifah Aman meletak jawatan, tuan punya badan telah menjawab tidak. Jadi apa sebenarnya Azmin mahu? 

Captain M
11 Februari 2017

Friday, 10 February 2017

AKHIRNYA KERANA KAYA LUAR BIASA ADAM KETUA AMK PKR AMPANG MASUK KPI SPRM BULAN FEBRUARI 2017. SIAPA SETERUSNYA?


1.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Februari 2017) memanggil dan mengambil keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang, Dato' Adam Rosly berhubung sumber kekayaannya yang tular sebelum ini. 



2. Adam berada di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 8.15 pagi dan menghabiskan masa lebih 4 jam memberi keterangan kepada SPRM. 31 Januari lalu netizen mempersoalkan tindakan amat pantas SPRM mengenai siasatan kes Tan Sri Annuar Musa Pengerusi MARA iaitu 7 jam selepas mesyuarat Majlis Mara berbanding kes pemimpin pembangkang yang mengambil masa berbulan-bulan. Kes Rasuah Zuraida bos Adam Rosly saja sejak Oktober 2016 . Adam Rosly pula sejak November 2016 iaitu kira-kira 3 bulan ia dilaporkan dan menjadi viral. Tanpa tekanan semua pihak tak mungkin kes Adam boleh diheret. Tahniah Rakyat Malaysia!

3. Mengulas lanjut, Adam pegawai khas kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (dulu miskin sekarang kaya) berkata, beliau sedia dipanggil buat kali ke-2 untuk membantu siasatan SPRM. Kita berharap dengan segala laporan rasuah dan kekayaan luar  biasa Adam Rosly dan juga Zuraida MP Ampang tak mungkin Adam dapat melepaskan diri. SPRM bukan sebodoh itu. Kita ucapkan terima kasih kepada usaha SPRM ini. Bagaimanapun usaha siasatan perlu disegerakan. Rakyat perlu tahu status kes ini sama ada boleh didakwa atau tidak. 

4. Captain M juga dalam siri pendedahan sebelum ini memaparkan kes Adam Rosly seperti berikut;-


5. Bulan Januari lalu SPRM telah mengeluarkan infografik KPI SPRM untuk bulan Januari 2017. Oleh itu kes Adam Rosly adalah satu dari KPI untuk bulan Februari. Ia susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad 27 Januari lalu bahawa  pihaknya bakal mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik. Selain berjanji melakukan pendakwaan setiap minggu. 


6. 2 Februari lalu CheGuBard sekali lagi membuat surat terbuka kepada SPRM memandangkan laporan beliau sebelum ini tahun lepas mengenai Rasuah Rafizi dan Skandal Lot tanah 68054  Paya Indah Wetland tidak berjawab hingga kini. Apakah kes Paya Indah Wetlands dan SPLASH ini akan menjadi KPI SPRM pada bulan februari atau akan datang? sama-sama lihat.

7. Apakah selepas ini Zuraida, Azmin Ali, pemilik syarikat Gamuda Berhad, Pengerusi SPLASH, PBT akan dipanggil SPRM? Dengan siasatan ini peluang untuk Adam Rosly atau Zuraida MP Ampang mengekalkan kerusi Parlimen Ampang mungkin akan terjejas besar.


Captain M
10 Februari 2017

Friday, 3 February 2017

MUHYIDDIN 20 TAHUN SEMBUNYIKAN SKANDAL, TUTUP KES RASUAH PEGAWAI & LETAK MUSANG BERBULU AYAM DI UIAM DAN ITBM!


Kes laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor  terhadap skandal Muhyiddin dengan Nika Gee ni agaknya bukti-bukti yang ada Muhyiddin berjaya melepaskan diri atau tidak? sama-sama lihat. Sama ada dia berjaya atau tidak persepsi tetap akan menghukumnya. Dia pun biadap dengan Tuanku Sultan Johor. Jika dia pakar untuk mengelak tentu dia selamat. Lagipun Mahathir,
Mukhriz dan Anina hanya mengintai kejatuhan Muhyiddin. 

1. Muhyiddin Yassin Presiden PPBM sedang menghadapi krisis moral yang serius. Selepas didedahkan skandal dengan isteri orang oleh Malaysia-today.net. Partinya berhadapan pula skandal seks Anina. Muhyiddin hanya mampu bercuti untuk menutup kisah skandal orang-orangnya. Muhyiddin juga pakar menyembunyikan skandal projek proksi, menantu dan anaknya.


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan
pada tahun 2011. Melanggar kontrak dan projek lambat diserahkan sehingga tempoh ditetapkan. Lebih malang KPM ketika itu atas arahan Muhyiddin Yassin syarikat YTL tidak didenda lewat (LED) sebagaimana syarat kontrak. Hebat Muhyiddin!


2. Itulah kepakaran Muhyiddin Yasin. Dua dekad dia menyembunyikan skandal bersama Nika Gee isteri seorang peguam Stanley Clement Augustin. Namun tidak tertahan lagi apabila didedahkan dalam Akuan Bersumpahnya dalam kes perceraian itu. Hari ini pasti Muhyiddin tidak mampu untuk tidur lena apabila dilaporkan JAIJ akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat". Laporan itu menyebut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM untuk beliau cukup syarat memanggil Tan Sri Muhyiddin.
 Umum mengetahui Muhyiddin tidak pernah melaporkan polis dan menyaman pihak yang menuduhnya. 


3. Namun sikap Muhyiddin yang mendengki dan tidak menyabar untuk menjadi PM maka dia menjaja cerita 1MDB yang dia pun mendapat maklumat dalam kabinet (1MDB Fact Sheet). Dia cuba berlagak jujur dalam masa sama banyak juga kes melibatkan pegawai-pegawainya dia tutup begitu sahaja. Kes paling popular tahun 2011 ketika beliau sebagai TPM ialah dakwaan bahawa Setiausaha Sulit Kanannya ada menerima sogokan. Muhyiddin ketika itu berjanji untuk menyiasat kes itu.  Namun apa jadi? Masing-masing yang dituduh telah membersihkan namanya. Tak nampak pula Muhyiddin suruh berhenti pegawainya. Muhyiddin sengaja menutup kes itu dan mengekalkan SUSKnya sehingga beliau digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malah SUSKnya itu dikatakan terus dijaga baik oleh YTL yang mendapat projek BestariNet RM4b.  




ISu RM160K ke akaun peribadi
Dato 'Mohd Shukor Abd Manan

Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin TPM

4. Sebut Gerbang Perdana Sdn Bhd rasanya mudah untuk mengetahui pelaksana Jambatan Bengkok yang dibatalkan itu dan menerima pampasan beratus juta dari kerajaan. Malah begitu banyak projek yang syarikat ini perolehi dari kerajaan. Pemiliknya juga Dato 'Yahya Abd Jalil adalah orang yang sangat dikenali. Pengerusi syarikatnya Tan Sri Razali Ismail tu popular baru-baru ini sejak beliau menjadi Pengerusi SUHAKAM. Jadi tidak perlu kita mengupas panjang siapa dia. Selebihnya anda boleh mencari dalam carian enjin Google. Banyak cerita dan isu. Sangat terkenal!.




5. Yang kita hendak tanya ialah banyak-banyak kisah itu ialah status penyiasatan SPRM kerana kes itu dilapor kepada PDRM dan SPRM pada tahun 2011. Pemilik syarikat Gerbang Perdana yang juga memiliki syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd didakwa memasukkkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi SUSK Timbalan Perdana Menteri. 



6. Antara maklumat yang ada ialah Dato 'Mohd Shukor Abd Manan telah menerima RM 160,000.00 sehingga Mei 2011. Maklumat yang dipaparkan ketika itu antara lain Dato Mohd Shukor Abd Manan telah menerima wang sebanyak RM 10,000.00 pada 24/01/2011 melalui satu nombor cek 876.183, pada 24/02/2011 melalui satu nombor cek 876.280, pada 28/03/2011 melalui satu nombor cek 876.424, pada 28/04/2011 melalui satu nombor cek 876.543 dan pada 27/05/2011 melalui satu nombor cek 876.666. Semua cek telah ditunaikan dan dimasukkan ke akaun peribadi maybank Dato 'Mohd Shukor Abd Manan itu. Itu adalah tuduhan ketika itu. Sama ada benar atau tidak, hanya SPRM yang tahu kerana masa itu TPM berkuasa!.Kisah seorang bekas Setiausaha Politiknya rasuah (diangkut wang dalam kereta dan almari) pun ditutup begitu sahaja. 

7. Selain itu ialah Resit ATM pada 29/09/2010 (di atas), deposit sebanyak RM 5,000.00 telah dibuat ke akaun peribadi Dato' Mohd Shukor Abd Manan, nombor akaun 5627-31103-18-8 Maybank melalui tunai Deposti Mesin (CDM) di Jalan 222, Petaling Jaya. Ia satu contoh bukti resit yang ada. Sekali lagi selebihnya bolehlah ditanyakan kepada SPRM tentang nombor cek dan juga transaksi akaun itu. 

8. Apa yang kita hendak tunjuk ialah cara Muhyiddin menyelesaikan isu. Tiada kata putus. Pegawainya mungkin diarah atau menjadi mangsa saja.  Malah pihak-pihak lain yang terlibat membuat penafian. Muhyiddin hanya membiarkan isu itu beredar sedangkan bukti transaksi ketika itu wujud. Tiada pula beliau bertindak segagah menyelesaikan masalah 1MDB. Sedangkan ia melibatkan isu integriti bukan sahaja pada pegawai tetapi pada dirinya selaku ketua.

9. Seorang lagi bekas pegawai Muhyiddin adalah Setiausaha Politiknya di Kementerian Pendidikan bernama Datuk Dr Marzuki Mohamad yang kembali menjadi Pensyarah Sains Politik di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjanya menghasut mahasiswa UIAM anti kerajaan agar menyokong Parti Pribumi Bersatu bosnya Muhyiddin Yasin. Malah beliau tanpa segan dan malu hadir ke program PPBM.


10. Lebih hebat dari itu Dr Marzuki masih dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Sebelum ini Pengerusi ITBM adalah Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh orang kuat Muhyiddin Yasin keluar dari UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung PPBM. Soalan kita kepada YB Dato' Mahdzir Khaled Menteri Pendidikan bila nak tamatkan Dr Marzuki yang terang-terang parti Bunge? Beri lah peluang pada orang lain pulak! Dah tiada orang BN ke? 




11. Pandai tak Muhyiddin melepaskan diri dan anak-anak didiknya sejak dua dekad lalu? Bukan sahaja dia bijak menutup kes tapi meletakkan orangnya sebagai "Musang Berbulu Ayam" dalam UIAM dan ITBM. Selebihnya kita serah pada SPRM dan juga pihak-pihak berkaitan.


Captain M
3 Januari 2017

Wednesday, 1 February 2017

DAHSYAT SPRM! HANYA 7 JAM DAH BUKA KERTAS SIASATAN PENGERUSI MARA. KES RASUAH PEMBANGKANG HAMPEH! SPRM DOUBLE STANDARD?





1. Seawal jam 9.00 pagi Captain M menerima mesej tentang mesyuarat tergempar Majlis Mara untuk menyiasat salah guna kuasa serta penyelewengan  Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa. Jam 12.00 pm berita penggantungan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA tersebar dengan cepat selepas mesyuarat itu. Bagi Captain M biarlah ini diselesaikan dengan oleh pihak-pihak berkaitan. Kita tidak mahu membuat spekulasi mengenainya. Masing-masing dari pihak Tan Sri Annuar Musa dan Menteri KKLW menjawab segala persoalan menggunakan segala saluran yang ada. 

2. Apa yang menarik perhatian ialah tindakan SPRM membuat kenyataan media sekitar hampir jam 6.00 petang "SPRM BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP TAN SRI ANNUAR MUSA" iaitu hanya 7 jam selepas mesyuarat membuat keputusan penggantungan. Ia sangat pantas dan cepat!. kagum!

Kagum dengan kepantasan SPRM untuk membuka kertas siasatan!

3. Tapi sayang sekali, SPRM hanya berani melakukannya untuk pemimpin kerajaan dan penjawat awam sahaja! Bagi pemimpin pembangkang SPRM setakat ini tidak berani. Malah kes Lim Guan Eng pun mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Mari kita lihat beberapa kes SPRM yang dilapor atau didedah dalam media sosial tidak diketahui statusnya sehingga sekarang walaupun Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) telah bertukar!

4. 27 Januari lalu ketika temubual oleh Astro Awani Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan. "SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah...saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggulah," Apakah kes ahli politik yang ditunggu itu hanya kes Tan Sri Annuar Musa?

5. Biar Captain M tolong ingatkan beberapa kes ahli politik pembangkang yang kita tak nampak pun kenyataan media dari SPRM 7 jam selepas dilapor atau didedah di media massa. Kita ingatkan Datuk Dzulkifli Ahmad dan Datuk Azam Baki agar pemburuan mereka menyemak senarai mereka dan berlaku cepat sepantas apa yang mereka buat pada pemimpin kerajaan dan penjawat awam! jangan 'double standard' kejar nama tapi kalau rasuah ahli politik pembangkang kecut 'hilang telur'. Kes Lim Guan Eng boleh dikatakan bernasib baik itupun dengan tekanan keras!



Kes Manikavasagam Hilang dan Laporan Kes Rasuah dilapor Rafizi terhadap Azmin Ali ditutup

6. Pada 31 Mei 2016, Ketika Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR (Parlimen Pandan) muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan sendiri bukti mengenai dakwaan Rasuah Seks di Selangor mengaitkan Azmin Ali MB Selangor. Tiada kenyataan media pendedahan dari Rafizi serta SPRM yang sanggup membuat kenyataan media pada hari Sabtu. Berbulan-bulan SPRM menyepi.  Namun pada 3 November 2016 Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika membahaskan Bajet 2017 menyatakan SPRM tiada bukti wujudnya perkhidmatan seks yang melibatkan urusan dengan kerajaan negeri Selangor. Hampeh!

7. Begitu juga kes Manikavasagam (mantan Ahli Parlimen Kapar ) sejak 16 Jun 2016 dilaporkan  telah ditangkap SPRM atas kes rasuah. Ketika ditangkap bersamanya wang tunai berjumlah RM30 ribu yang dipinta daripada Kontraktor dari Kuala Selangor. Bagaimanapun Manikavasagam dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan. Malah Manikavasagam selepas dibebas mengugut saksi SPRM sehingga saksi kes terpaksa membuat laporan polis. Sehingga ke hari ini kes Manikavasagam masih tidak diketahui. 9 bulan berlalu. Kes Annuar Musa SPRM hanya perlukan 7 jam untuk respon media!

Rasuah Zuraida dan Adam Rosly

8. Ikut semakan kisah rasuah Zuraida telah didedah sejak Jun 2016 lagi. Baca disini. Captain M juga ada membuat pendedahan mengenai Kes Zuraida termasuk pengesahan siasatan SPRM.


Cabaran Zuraida telah disahut dan dilaporkan SPRM. SPRM mengesahkan status Aduan rujukan SPRM/INFO/ 2016/ 013780 telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat ( JMM) bertarikh 14/7/2016 dan diputuskan maklumat tersebut Dalam Tindakan SPRM

9. Zuraida turut mengaku beliau menggunakan kelayakan MP iaitu Permit Import dan Kemudahan Pinjaman Ahli Parlimen. Bagaimanapun Zuraida terkantoi apabila beliau dilihat membeli kenderaan setiap tahun, memiliki kenderaan mewah 3 AP ( AP hanya 1 sahaja sepenggal) dan kelayakan pinjaman hanya 4 tahun sekali. Namun apa jadi pada kes itu? 7 bulan masih sepi. Tiada kenyataan media, tiada bukti siasatan!



10. Kisah Banglo Disneyland Ampang, Adam Rosly Pegawai Khas Zuraida yang juga proksi Zuraida dan Azmin Ali dalam perniagaan, kaya raya diusia muda. Memiliki banyak rumah mewah, kereta mewah atas nama kontraktor dan lain-lain. Ada tak kenyataan media SPRM membuka kertas siasatan dakwaan kekayaan itu dari hasil rasuah Azmin Ali dan Zuraida? Boleh baca disini pendedahan itu-


Skandal Rasuah Proksi Azmin Ali, 
Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak (Azmin Ali Ketua Cabang) & Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Hilman Idham (Pegawai Khas Azmin Ali)

10. Apa jadi dengan laporan CheGuBard mengenai salah laku rasuah Azmin Ali kisah status tanah Paya Indah Wetlands melibatkan proksi Azmin Ali? CheGuBard mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed yang juga Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands. Ada tak kenyataan media SPRM bahawa Kertas Siasatan SPRM dibuka?


11. Seorang lagi proksi Azmin Ali juga kaya raya Antara orang yang bertanggungjawab menghubungkan Adam Rosly (Zuraida) kepada Azmin Ali ialah Pegawai Khas MB Selangor bernama Hilman Idham. Dikatakan lebih kaya dari Adam Rosly. Manikavasagam pernah mendedahkan dalam whatapps group tentang kekayaan Hilman Idham ini. Sekali lagi selepas dilaporkan dan kecoh dimedia sosial ada tak SPRM membuat kenyataan media untuk membuka Kertas Siasatan terhadap rasuah Azmin dan Hilman Idham ini?




12. Adakah rasuah skandal tanah Payah Indah Wetlands dan rasuah SPLASH Gamuda, SPRM telah umumkan Kertas Siasatan dibuka? Apa status laporan CheGuBard kepada SPRM? Ada pernah dengar?Apa pendedahan Tan Sri Khalid Ibrahim tiada asas untuk disiasat?.  Dah berapa bulan berlalu?


[Baca di sini]





SKANDAL MARA INC BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA TERLEBIH BAYAR $4.75 JUTA DOLAR (RM13.8 JUTA)

13. Mari kita lihat skandal dalam kain MARA sendiri mengenai Skandal Mara Inc yang membeli Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta) harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Apa status kes ini? Yang kita tahu 30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000. Pesalah dibicarakan di mahkamah dah jatuh hukum ke? Senyap.






14. Kalau rasa nak gagah dan boleh ambil mileage buat kerja bolehlah membuka balik kisah Pengerusi MARA yang lama seperti Sanusi Junid dan juga Tamrin Baba. Tak ada bezapun buka kes Mahathir dengan kes Pengerusi MARA. Datuk Ibrahim Ahmad KP MARA ada maklumat itu tentang beratus juta lesap bawah Tamrin. Cubalah. 


SKANDAL RASUAH SHAFIE APDAL DI KKLW

15. Kes paling banyak didedah oleh Captain M ialah Skandal Rasuah Shafie Apdal di KKLW. Dari Shafie Apdal, KSU, SUB, SUSK, SUS, TSUB, RISDA, malah sehingga kes proksi Shafie Apdal Datuk Peter Anthony yang kini menjadi Naib Presiden Parti Warisan. Ada SPRM membuat kenyataan media membuka Kertas Siasatan? 

[Baca di sini]





Bila SPRM nak masuk JKR Sabah pula. Bawah bajet NKRA 2010-2013 berbilion projek jalan. Shafie Apdal dan proksi kaya raya



Konklusi

16. Jadi kepada Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) kalau SPRM boleh secepat 7 jam untuk Kenyataan Media membuka Kertas Siasatan untuk pemimpin dari pihak pemimpin Kerajaan dan penjawat awam pastikan SPRM juga boleh selaju itu untuk pemimpin pembangkang!.Paling cikai pun selambat kes Lim Guan Eng tetapi tetap jalan. 

17. Kadang-kadang kita sentuh hal golf penjawat awam serta integriti penjawat awam lain tapi jangan lupa untuk menjaga kain sendiri. Begitu juga kes Dato' Bahri Mohd Zin yang dilaporkan merampas harta bernilai RM 100 juta milik balu dan anak yatim menggunakan kuasa SPRM. Ini sangat memalukan!. Tak nampak pun kenyataan media SPRM untuk menyiasat Dato' Bahri Mohd Zin bekas Pengarah Operasi Khas SPRM itu!. Jangan biar PDRM saja bertindak menyiasat dan menunggu kertas pendakwaan Peguam Negara. Kes ni pun salah guna kuasa Pegawai SPRM!. 

18. Harap SPRM dan para blogger SPRM tidak memarahi Captain M. Sama-sama memperbaiki kelemahan! jangan kecut pada pembangkang. Tunjuklah berani tu. Bukan susah buka kertas siasatan. Umum sahaja. Salah tak salah kemudianlah. Apapun Captain M akan terus kagum dengan SPRM sekiranya minggu ini dan minggu depan kisah rasuah projek bekalan air luar bandar (BALB) bakal didedahkan lagi melibatkan kroni Shafie Apdal Presiden Parti Warisan itu. Mohon 'divert" cepat!


Captain M
1 Februari 2017