1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham didedahkan di masih sempat melepaskan diri.
2. Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar 'Aboy' atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayainya. Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah 'brooker' projek. Semua projek lombong pasir, batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan MB Selangor beliau dapat. Belum dikira Aboy memasukkan gambar-gambar kenderaan mewah, percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial facebook dan instagram.
3. Pelbagai aduan termasuk aduan Ummi Hafilda adik Azmin kepada SPRM turut dibuat sekian lama, malah dikatakan setahun SPRM menyiasat kes Nuzul Fadli ini. Akhirnya pada 29 November 2017 'Aboy' ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur. Tiada kerja tapi mampu tinggal di Kondomium mewah G- Residence berharga sekitar RM857k hingga RM2 juta.Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.
4. Portal TheMalaysiaInsight mempersoalkan Captain M kerana mendedahkan lebih awal amaran tangkapan oleh SPRM dan beranggapan tangkapan SPRM adalah satu serangan terhadap Azmin. Buka mata pendedahan mengenai rasuah Azmin berlambak-lambak dalam blog ini berkaitan tanah Paya Indah Wetlands Lot 68054, Splash, Hilman Idham, Manikavasagam, Adam Rosly malah pendedahan terhadap Shafie Apdal dan adik-adiknya dalam kes rasuah KKLW sudah dilakukan setahun yang lalu. Ada bukti jadi tindakan SPRM menangkap pelaku rasuah dan salah guna kuasa adalah tepat. Sekadar maklumat di mana-mana kita boleh memperolehinya. Tidak ada isu.
Pejabat Azmin Ali juga berkata ia serangan awal blogger hakikatnya Ummi Hafilda adik Azminlah yang selama ini membuat laporan kepada SPRM tentang kekayaan Aboy Nuzul Fadli anak saudara mereka sendiri |
5. Jadi apa nak hairan pada kisah Nuzul Fadli ini? Azmin Ali menjawab hal lesen lombong pasir yang dilaksanakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ahli lembaga syarikatnya adalah CEO MBI. Siapa Pengerusi MBI? tentulah Azmin Ali. Mengapa Azmin berbohong? sedangkan dia sendiri berkata lesen pasir dibuka kepada individu yang punya lebih 8 hektar pada tahun 2016 dan tidak semestinya lagi melalui KSSB.
6. Bagaimana lombong pasir haram di Kajang boleh dibiarkan begitu lama sejak 2014 lagi? Sedangkan isu lombong pasir sudah dibicarakan oleh Azmin Ali sejak 2010. Tahun 2010, 2014 dan 2017 isu lombong pasir haram tidak disedari terutama di lombong anak saudara Azmin Ali! Apa PBT Kajang sudah buta? Apa Azmin selama 4 tahun ini melindungi anak saudaranya? Jadi bila ditangkap SPRM mengapa kata ini serangan sedangkan anak saudara memang melakukan kesalahan!
7. Mari kita lihat kekayaan Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid (Aboy) yang beliau sendiri tunjuk bermegah serta rasa bangga bahawa Azmin Ali itu ayah saudara dia (Pak Teh). Bahawa beliau sendiri mencari penyakit. Bukan serangan! Dia yang hendak SPRM menangkap dirinya.
Apa agaknya jawatan Nuzul Fadli aka Aboy ini? |
Ke mana Azmin pergi di situ dia ada. Dia memang proksi Azmin bab-bab duit |
Kemudian bermegah dengan kenderaan mewah
Bermegah dengan kenderaan mewah |
Bermegah Bentley kesayangannya |
Kereta Toyota Camry milik Azmin ini pun dijaga oleh Anak Saudara Azmin |
Kisah kekayaan Azmin Ali dan Shamsidar boleh baca di sini. Sila KLIK |
Hobi sukan mahal |
8. Jadi jika ada pihak yang mempunyai bukti dan lapor kepada SPRM tentang rasuah serta tertuduh sendiri yang menunjukkan kemewahan diri. Apakah ini salah pihak yang dedahkan? Dengarnya abang Azmin iaitu Azman Ali pun tengah cuak sekarang. Sedang sembunyikan mana-mana harta termasuk wang tunai.
Captain M
3 Disember 2017.
zemin kaki sapu
ReplyDeleteBabi punya pkr
ReplyDeleteBest ya dapat duit juta juta, tak.payah kerja.. Muda muda dah kaya. Kaya duit banyak, rumah besar, kereta besar, isteri cantik, girl friend cantek. Semua best.
ReplyDeleteAzmin Ali bila ngko nak ambil aku jadi proxy. Tun Daim dah kira duit,
Ingtkn join BN je bleh kaya. Join pkr pn boleh sekarng.
ReplyDeletebankami.blogspot.com