Wednesday, 13 December 2017

SKANDAL TANAH SUNGAI YU ADA UNSUR RASUAH! EXCO ATAU MB SELANGOR BAKAL DIPANGGIL SPRM?


1. Selepas Skandal Rasuah anak saudara Azmin Ali di Selangor yang mengundang ugutan Azmin sebagai "Jangan Sentuh Keluarga Saya" menggundah gulanakan Azmin kini isu Skandal Tanah Sungai Yu bakal mencetuskan isu kerana bakal disiasat SPRM. Titik persoalan Skandal Tanah Sungai Yu ialah bagaimana tanah orang miskin diberi kepada mereka yang tidak layak. 


2. Tanah Sungai Yu merupakan kawasan seluas 36 ekar (14.4 hektar)  telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menempatkan penduduk miskin khususnya masyarakat India bagi tujuan penempatan tetapi selepas 2008, namun selepas kerajaan pakatan memerintah mereka kehilangan hak tersebut.

Saksikan Video kronologi Skandal Tanah Sungai Yu 

Terdapat 4 persoalan Tanah Sungai Yu yang bakal mengundang siasatan SPRM

A. Pertama, jawapan kerajaan negeri dalam Dewan Undangan Negeri mengelirukan kerana daripada 175 penerima ada 18 nama, nombor kad pengenalan mereka tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama ada palsu atau sengaja disalah taip bagi mengelak penama dikesan.

B. Kedua, majoriti yang dipilih hampir 70 peratus penerima tiada kaitan langsung dengan Sungai Yu. Hanya 61 orang sahaja dari DUN Permatang dan tujuh dari DUN Sungai Burung, ertinya hanya 68 orang sahaja dari Parlimen Tanjung Karang. Selebihnya orang luar iaitu sejauh Batu Kawan (Pulau Pinang), Padang Serai (Kedah), Ipoh Barat dan Kuala Kangsar (Perak), Masjid Tanah (Melaka) dan Rembau (Negeri Sembilan). 

C. Ketiga, bagaimana boleh ada penerima yang tidak menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri dapat. Ada penerima me­rupakan individu berpendapatan lebih RM3,000 sebulan iaitu seorang doktor yang tinggal di Ipoh Barat. Pemimpin tempatan PKR yang juga ahli panel pemilihan juga dapat malah pegawai khas kepada Exco dan seorang Ahli Majlis Kuala Selangor juga dapat tetapi akhirnya tarik diri selepas dibantah oleh penduduk. Ini bukan salah guna kuasa?

D. Keempat, ialah penerima daripada ahli keluarga yang sama. Ini menunjukkan ahli panel pemilih dalam jawatankuasa terlibat dengan perbuatan curang, rasuah dan salah guna kuasa. Ada tiga keluarga besar yang dapat selain isteri, adik-beradik, anak dan ipar. Kesemuanya sembilan lot untuk keluarga dan ahli panel pemilihan itu.

3. Exco Selangor yang bertanggungjawab iaitu YB Ganabatirau A/L Veraman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Selangor (Adun N48 Kota Alam) perlu bertanggungjawab dan menjawab persoalan itu kerana Ganabatirau seorang ahli yang menyertai Mesyuarat Panel itu. Bagaimana Exco terlepas pandang tentang 4 persoalan yang dibangkitkan di atas? Bagaimana Exco boleh membiarkan panel itu menyalahgunakan kuasa sehingga memberi tanah kepada mereka yang tidak layak? 

4. Amat jelas terdapat unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam memilih senarai. Ini tanah untuk orang miskin bagaimana mereka yang berpendapatan RM6000 ke atas mendapat rumah di kawasan itu. Malah ahli keluarga Panel pemilih juga mendapat tanah tersebut. Jika YB Ganabatirau tidak berkuasa apakah Azmin MB Selangor yang berkuasa meluluskan?

5. Kerajaan Pakatan yang dilaungkan oleh Azmin berkata mahu menjaga dan membantu rakyat miskin. Apa jadi apabila rakyat miskin diketepikan dalam Skandal Tanah Sungai Yu?

6. Kita yakin senarai nama Ahli Panel Pemilih Tanah Sungai Yu bakal didedahkan tidak lama lagi termasuk nama-nama penerima yang dapat secara tidak sah. Kita juga amat yakin SPRM telah menerima senarai itu untuk siasatan. Kita mohon YB Ganabatirau beri penjelasan. Jika dia terlibat dia perlu meletak jawatan jika tidak beliau perlu mendedahkan nama-nama yang terlibat dengan salah guna kuasa itu.

7. Peninglah Azmin MB Selangor. Anak Saudara bakal didakwa tak lama lagi kerana lombong pasir tiba-tiba Skandal Tanah Sungai Yu meletup dan bakal menyusul Skandal tanah Ijok LBCN yang dijual kepada Eco World yang juga menyebabkan rakyat derita sekian lama. 

Captain M
13 Disember 2017

1 comment: