Saturday 21 April 2018

7 MEI: APABILA SABAH DIINGATKAN KEMBALI KES RASUAH SHAFIE APDAL CURI WANG RAKYAT KKLW


1. Isu di Malaysia cepat berlalu. Rakyat mudah lupa kerana isu datang dan pergi. Setidaknya Rakyat Sabah berbicara semula kisah rasuah Shafie Apdal yang mencuri wang rakyat miskin di KKLW. Projek sepatutnya bermanfaat untuk rakyat miskin di kawasan pedalaman akhirnya projek kenyang buat kroni, rakyat derita. Projek Air, Elektrik,Jalan, PPRT, Risda,Felcra dan lain-lain lagi gagal. RM14 Bilion dilaksana RMK 9 dan RMK10. 

2. Gara-gara fail pendakwaan kes rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal belum di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan, 19 April lalu Mahkamah tinggi menetapkan 7 Mei ini untuk mendengar kes semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengundi dan menjadi calon pilihan raya.

3. Hakim Azhahari Kamal Ramli yang bersidang di dalam kamar turut menetapkan 4 Mei bagi semua pihak yang terbabit untuk memfailkan hujahan masing-masing.

4. Semakan kehakiman itu difailkan Ahli Jawatankuasa UMNO Semporna, Datuk Mohd Ainal Fattah melalui peguam Marcel Jude dengan menamakan SPR dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

5. Marcel ketika ditemui selepas prosiding itu, berkata pada 7 Mei nanti hakim akan membuat keputusan sama ada menerima semakan kehakiman berkenaan atau sebaliknya atau menetapkan tarikh baharu untuk pendengaran seterusnya.


6. Mohd Ainal sebelum ini memfailkan semakan kehakiman itu bagi mendapatkan perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan SPR supaya menolak jika Mohd Shafie dicalonkan di sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

7. Beliau turut memohon injunksi mandatori terhadap pencalonan Mohd Shafie pada PRU-14 sehingga wang RM7.5 bilion yang didakwa hilang ketika bekas Naib Presiden UMNO itu menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikembalikan, yang mana kes berkenaan masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

8. Shafie Apdal ditahan SPRM pada 19 Oktober tahun lalu kerana disiasat kes penyelewengan dana awam projek luar bandar Sabah.

9. Shafie Apdal turut direman lapan hari sebelum dibebaskan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM80,000 deposit.



10. Sebelum ini media mendedahkan tentang siasatan 60 syarikat dan juga dakwaan 23 syarikat adalah dibawah pengaruh adiknya Datuk Yusof Apdal dan hamid Apdal. 14 Syarikat itu baru-baru ini didedahkan sumber SPRM dalam laporan the star dikatakan memberikan komisen projek malah dalam sesetengah tender terhad telah di 'mark up' untuk menampung kos projek. 

11. Kesalahan ini jelas dibawah Seksyen 23 Akta SPRM menyalahgunakan kuasa memberi projek kepada sekutu atau keluarga (adik).



12. Satu kes lagi yang jelas ialah salahlaku rasuah dan salahguna kuasa pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta melibatkan Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony.  Sehingga ke hari ini Peguam Michael Ubu hilang entah ke mana. Terus misteri.

13. Setiausaha Agung Warisan Loretto S Padua Jr berpendapat semakan kehakiman adalah berniat jahat. Katanya

“Dibawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan (Bahagian IV), seseorang akan hilang kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen apabila; antara lainnya orang itu seorang yang bankrap, disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih daripada 1 tahun dan denda lebih daripada RM2,000.00, memiliki warganegara lain dan tidak sempurna akal.

“Presiden Warisan bukanlah seorang bankrap dan tidak pernah beberapa kali bankrap, beliau tidak pernah dituduh, disabitkan dan dihukum penjara/ denda dan yang lebih penting Presiden Warisan tidak gila,”

14. Bagaimanapun tidaklah penting semakan kehakiman itu diterima mahkamah atau tidak yang penting cerita rasuah dan salah guna kuasa Shafie Apdal itu kembali menjadi buah mulut Rakyat Sabah. Rakyat perlu diingatkan semula. Penyokong warisan juga ragu.

15. Lambat atau cepat kertas pendakwaan yang pasti kertas itu sudah ada di meja Peguam Negara. Saksi-saksi juga mengaku termasuk seorang saksi utama bekas pegawai KKLW yang punya wang RM29 juta dibekukan. Kita hanya perlu berharap Peguam Negara percepatkan pendakwaan kes.

16. Siapa tahu Peguam Negara akan mengangkat satu kes Shafie Apdal dan Peter menjelang 9 Mei. Semua boleh berlaku dalam sekelip mata. 

Captain M
21 April 2018

2 comments:

  1. Jalan malam jgn lupaa toleh toleh belakang ...takut takut Ada hantu .

    ReplyDelete
  2. Boleh tolong jelaskan tak bagaimana cara siasatan yg begitu berteknologi dan digunapakai oleh seluruh dunia dibwh AMLA?

    Leonardo pun pulangkan hadiah sbb dia tahu kesan Dari siasatan money laundering Dan kbykan manusia semua tahu dn sedar akta ni.

    Officer telah dilatih dgrnya bertahun tahun dulu.
    Ingatkan semula alma berlainan dgn akta sprm.
    Mohon penjlasan tuan.

    ReplyDelete