1. Artikel yang diterbitkan oleh
jurnal saintifik laman web Nature, yang menyifatkan rawatan kesihatan negara
sebagai 'serba kekurangan' adalah "pernyataan yang tidak tepat dan
langsung tidak benar sama sekali", kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri
Dr Noor Hisham Abdullah.
2. Hisham mengulas satu artikel
yang bertajuk 'The scientist-gardener who is harnessing tobacco's power to
heal', ditulis pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh berasal
dari Sabah, mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara
dan "banyak keluarga yang 'dimufliskan' oleh bil perubatan yang
tinggi".
Tuduhan berat dari rakyat Malaysia |
3. Menurut Dr Noor Hisham,
Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health
coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai
perkhidmatan rawatan kesihatan.
4. Menurutnya lagi, Malaysia
menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk
menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
5. Dalam satu kenyataan di sini,
beliau berkata, pelbagai perkhidmatan menyeluruh diliputi, termasuk promosi
kesihatan, pencegahan penyakit, perawatan dan rawatan pemulihan.
"Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.
"Ini mewujudkan jaringan keselamatan yang kukuh, memastikan bahawa tiada sesiapa yang dinafikan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan, tanpa mengira keupayaan untuk membayarnya," katanya.
6. Dr Noor Hisham berkata,
Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO) juga terus memperakui bahawa Malaysia
menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada
sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.
"Dengan perkhidmatan
kesihatan awam yang disubsidi, kerajaan mengutip bayaran pengguna yang amat
minimum,
"Dalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom,"
Editor laman web Nature mengaku
tak periksa fakta
7. Facebook Nature Research diserang oleh netizen Malaysia
hampir 1000 komen kerana tidak memeriksa fakta artikel yang ditulis Dr Audrey Teh
itu. Selepas dikecam editor Nature berkata akan memeriksa semula fakta artikel
itu.
8. Adalah sesuatu yang memalukan
menggunakan nama Nature Research tetapi memberi fakta semborono
Audrey Teh penyokong PH yang lama tak balik Malaysia
9. Sesuatu yang pelik. Kebiasaanya
rakyat negara pasti akan berbangga apabila ada dikalangan kita yang mencipta
nama di luar negara. Namun lain situasi bagi Dr Audrey ini apabila dia telah
membuat satu kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia terutamanya pasukan
perubatan.
10. Menyifatkan negara kita tidak
mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam atau dalam erti kata lain hospital di
dalam negara seperti serba kekurangan adalah sesuatu yang sangat keterlaluan.
11. Audrey Teh rakyat Malaysia (Sabah) yang lama tak balik dan berkahwin dengan orang asing di luar negara. Terlalu
taksub dengan Pakatan Harapan (PH) menjadikan hatinya hitam menilai kebaikan
dan kelebihan negara sendiri.
Audrey Teh dan Nurul Izzah |
Mengapa Dr Audrey buta?
12. Belanjawan 2020 misalnya berbilion
peruntukan kesihatan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan. Kerajaan Malaysia
melakukan yang terbaik untuk negaranya.
13. Banyak maklumat boleh diperolehi mengenai kecemerlangan Malaysia dalam bidang perubatan. Mengapa Audrey Teh membutakan mata? Mengapa Audrey memilih menyerang negaranya? tidak malukah dia?
14. Ketika
dunia diancam dengan wabak Covid-19 Malaysia ke depan sebagai negara teratas di
dunia dalam peratus pesakit yang sembuh daripada Covid 19. Dengan kadar 32.7% ,
Malaysia mengatasi negara -negara lain seperti Singapura 24.4%, Hong Kong
22.54% manakala kadar purata penyembuhan di dunia adalah sebanyak 21.01%.
15. Sementara
itu kadar pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Malaysia pula adalah yang
paling rendah iaitu 1.63% berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden
(5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%. Ini membuktikan bahawa kaedah Malaysia
menangani wabak Covid-19 ini adalah yang terbaik dengan sistem perkhidmatan
kesihatan antara yang terbaik di dunia.
16. Kecemerlangan Malaysia dalam
bidang perubatan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diiktiraf diperingkat
dunia sejak sekian lama. Malaysia menerusi Majlis Pelancongan Kesihatan
Malaysia (MHTC) telah menerima pengiktirafan di atas pencapaian cemerlang para
penyedia perkhidmatan kesihatan di majlis anugerah Pelancongan Kesihatan
International Medical Travel Journal (IMTJ) 2018 (International Medical Travel
Journal (IMTJ) Medical Travel Awards 2018) yang diadakan di Athens. Sembilan
daripada lima belas kategori yang dipertandingkan dibolot oleh Malaysia
Healthcare. Ini termasuk, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang
berjaya meraih anugerah “Kluster Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Tahun
2018” (Health and Medical Tourism: Cluster of the Year) untuk tahun kedua
berturut-turut. Ini membuktikan kecekapan MHTC memainkan peranannya sebagai
agensi yang memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan
Malaysia.
17. Malaysia juga telah meraih
pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk “Best Country in the World for
Healthcare” (Negara Terbaik Dunia untuk Penjagaan Kesihatan) daripada
International Living’s Annual Global Retirement Index bagi tahun 2015 sehingga
2017. Pada awal tahun 2018, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara Asia yang
terbaik untuk persaraan, meletakkan Malaysia sebagai negara kelima terbaik
keseluruhan selepas Mexico, Costa Rica, Panama, dan Ecuador.
18. Sama ada hospital Kerajaan atau
Swasta masing-masing memainkan peranan penting. Rakyat Malaysia boleh memilih
perkhidmatan yang mereka mahukan.
19. Hospital Kerajaan Malaysia
memberikan subsidi yang sangat besar kepada rakyatnya. Lebih 90% bil perubatan
ditanggung kerajaan. Rakyat membayar dalam kadar yang sangat murah.
Tidak ada keluarga yang
'dimufliskan' oleh bil perubatan yang tinggi sebagaimana dakwaan Dr Audrey itu.
Dr Audrey boleh melihat sendiri. Jadi motif kutuk negara sendiri?
Captain M
3 November 2020
Lama tinggal di London rupanya. sudah jadi urang putih ma
ReplyDeleteDimnakah bukti yg jelas mngatakan Audrey pnyokong PH? Jgn dpolitikan bndq xda kaitan dgan politik
ReplyDelete